Assalamualaikum
Sejak ada blog ni...asyik rindu jer nak story-story dekat diari alam maya aku ni.Hehe...Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha semua
Sekarang pukul 9:41am di pagi Hari Raya Aidiladha. Ammar dah tidow setelah memakai baju melayu selama 45minit..tak sempat ibu nak ambil gambar sayang...
Ambik sedikit masa untuk berblog sementara menunggu ayahnya ammar balik dari ambik daging untuk bahagian aqiqah Ammar.
Tahun ni ayah & ibu ammar tunaikan tanggungjawab penting untuk seseorang insan bernama ANAK iaitu Aqiqah. Ambil satu bahagian dengan harga Rm390.00...dapat sedikit murah sebab ayah saudara sebelah ayahnya ammar yang handle pasal Aqiqah ni. Diskaun anak beranak lah tu kan...hehe.Alhamdulillah....
Pagi ni ibu ammar berjubah pink n ayah ammar + ammar plak berbaju melayu biru. Memang langsung tak matching kan.hehehe....tapi xpelah, biru warna secocok untuk lelaki dan pink plak warna secocok untuk perempuan.Ok lah tu kan...Sory lah yek,xsempat nak ambil gambar. Ayahnya pergi ke tempat aqiqah..ammar plak dah tidow.Redha jelah walaupun dalam hati nyesal tak ambil gambar awal-awal.Sob-sob....
Lepas ni terus pergi hantar daging dekat rumah mak untuk dimasak...maklumlah, mak mertua dah tak ada jadinya tak ada siapa nak handle kan. Rindu mak mertua ku sangat-sangat, walaupun sempat bersamanya hanya beberapa bulan tapi banyak sangat kenangan. Dia memang mak mertua yang mabelous...betul cakap suamiku sebelum kahwin dulu..ibu mertua ku ni sayangkan menantu lebih dari anak-anak sendiri.Macam ternampak dia ada dimana-mana je dalam rumah ni. Tolong jangan nangis yer ibu ammar...Al-Fatihah untuk mek tersayang.
Ayah ammar dah balik. So, sekarang ni sesi membahagikan daging untuk diagihkan dekat orang kampung yang selayaknya. Alhamdulillah...semoga Allah S.W.T memberkati rezeki ayah ammar.
Dah siap bahagikan daging ni...apa lagi teruslah pergi beraya rumah mak pulak. Rindunya dekat makkkkkkk (mesti ammar cakap 'drama lebih je ibu aku ni...semalam baru jumpa tok, bukannya jauh sangat pun). Hehehehe......Ammar sila jadi macam ibu bila ammar dah besar nanti yek, selalu rindukan ibu. Walaupun dah kahwin selalu rindu nak jenguk ibu :-)
Dekat rumah mak...makan daging goreng + sup tulang sampai pening. Aduiiii........banyaknya daging.
Malamnya pulak pergi dinner dekat rumah akak...berkumpul ramai-ramai dekat sana sambil sambut besday nephew ~ along & angah. Makan kek sampai pengsan. Hehehe...Kesimpulannya, Aidiladha yang menggembirakan....suka-suka!