Assalamualaikum
Hari ni ibu ammar nak story tentang Juandis yang dialami oleh Muhammad Ammar muhaimin . Ibu
ammar dah janji kan.
(Senyum sambil duk rewind balik kenangan 6 bulan lepas)…still segar dalam
ingatan. Ok!....start.
Jaundis atau dalam bahasa kampungnya…Demam Kuning dialami
oleh Ammar sehari selepas melihat bumi Allah ni.
Sebenarnya selepas lahirkan ammar, ibu ammar demam…jadi ibu ammar
kena tahan dalam masa 24 jam di wad. Kalau suhu badan dah ok…baru boleh balik.
Kalau diikutkan..ibu ammar demam kejap jer, tapi tetap tak boleh balik sebab
procedur dia kena wait sampai 24jam.
Keesokannya….doktor check suhu dah ok,so bolehlah balik.
Sekali tu nurse tengok ammar…dengan selambanya dia cakap ‘eh,baby mcm jaundis
je’…terus dia ambil ammar untuk check jaundis. Bila result dah keluar…CONFIRM
JAUNDIS. Sian anak ibu….
Ibu ammar mengaku ni
silap ibu sebab selepas lahirkan ammar adalah abang ipar yang hantar nasi+ikan
bakar+ lada hitam (makanan normal untuk orang yang berpantang).
Sebenarnya..lada hitam tu salah satu penyebab jaundis. Maafkan ibu sayang…ibu lupa.
Level jaundis ammar time tu 157.3….jadi ammar kena tahan di
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan ibu ammar pulak boleh balik. Datang
untuk menyusu je. Beratnya hati ni nak berpisah dengan ammar. Jauh tu nak
berulang alik dari rumah…45minit baru sampai.
Discuss dengan husband & kakak yang sulong…dia suruh try
mintak pindahkan ke hospital berdekatan supaya senang nak menyusu.
Alhamdulillah boleh pindahkan ammar ke Hospital Kuala Berang..Dekat Hospital Kuala Berang ni…boleh duduk sekali dengan
baby. Syukurnya….
Masa check out dari HSNZ jaundis ammar 157.3…selepas 1jam
perjalanan, check in di Hospital Kuala Berang jaundis ammar dah up sampai
200.00. Serta merta ammar diletakkan bawah lampu…tapi malangnya,
ammar nangis tak henti-henti mungkin sebab bila dah duduk bawah lampu tu dia
dah tak dapat rasa pelukan ibunya.
Semalaman ammar tidur atas katil dengan ibu..cahaya lampu tu memang tak dapat bagi ke ammar 100% lah kan. Pagi tu check…jaundis dah up lagi jadi 200 lebih. So, lampu yang pada mulanya untuk bahagian atas badan sahaja…sekarang dah di tambah untuk atas dan bawah badan.
Seakan satu keajaiban berlaku…apabila ibu ammar cuba
untuk kali ke berapa entah letakkan ammar bawah lampu pagi tu. Ammar tidur situ
dengan lena langsung tak nangis Alhamdulillah sangat2 Ya Allah..
Keesokannya dah boleh balik sebab level jaundis dah turun
sampai 170.00. Tapi still kena check dekat klinik takut-takut up lagi kan.
Bila dah balik rumah mak untuk berpantang..lega
sangat-sangat.. rasa macam hilang beban dibahu…Tapi lega tu kejap je sebab bila
pergi check untuk hari-hari yang seterusnya…jaundis ammar kejap turun,kejap
naik. Kalau up lagi kena masuk wad balik. Siapa yang nak kan…
Apa lagi…usaha dengan pelbagai cara untuk turunkan jaundis
ammar. Antaranya:
1- Bagi
susu
formula
2- Bagi
minum air anggur hitam
3- Bagi
minum susu kambing
4- Mandikan
dengan air herba jenama TYT
5- Mandikan
dengan Air Bunga Kuning
6- Mandikan
dengan campuran air ‘daun dukung anak’ (ingat2 lupa)
7- Jemur
bawah mentari pagi
Semua petua ni nurse tak bagi buat kan…dia suruh bagi susu badan je. Tapi ibu
ammar tetap buat dengan niat bertawakal pada Allah. Kita tak tahu mana yang
terbaik kan….
Selepas 15 hari…Juandis ammar hilang. Tapi..dalam
banyak-banyak usaha tu, jemur ammar bawah mentari pagi agak berkesan.
Sebelum tamatkan post ni…ibu ammar ada satu advice.
Sekiranya, anak terkena jaundis cubalah dengan apa cara sekali pun asalkan ia
tidak memudaratkan kerana pengakhiran jaundis yang teruk ialah darah baby akan
ditukar dengan darah lain. Jangan sampai ianya terjadi dekat anak kita.
Wallahua’lam..