Antara anak dan kerja


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh




Dalam menempuh hari-hari bahagia melayan kerenah ammar, jiwa gusar tetap tidak dapat diselindungi.  Mungkin ini perkara normal yang dialami oleh si ibu, emak, mama, umi , mummy yang bekerja. Sampai satu masa, perlu memilih antara kerja dan anak. Realitinya anak itu perlu, namun kerja itu keperluan. Maksudnya anak itu perlu diutamakan dalam segala hal, namun kerja tidak boleh ditolak tepi kerna itu keperluan sebagai rezeki tambahan selain dari gaji suami kan.

Due date kakak kesayangan/ pengasuh ammar dah semakin dekat. Makin dekat, makin gusar hati ni. Gusar memikirkan siapa yang akan jaga ammar…kalau hantar ammar kepada orang yang tiada hubungan kekeluargaan untuk dijaga, memang tak lah. Bukan hati tak percaya tapi kasihankan ammar.

Dah terbiasa bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri walaupun sedikit menyebabkan hati berbelah bagi. Dilema betulkan bila mengalami sutuasi macam ni.….amat tidak suka!. Namun, atas nasihat suami maka hari ini satu surat rasmi “Permohonan Cuti Buat Sementara Waktu” telah siap ditaip. Belum di email kepada bos. Takut bercampur malu sebenarnya…malu nak mintak cuti yang dirasakan tidak logik ni.

Difikiran ni…dah boleh agak apa yang bos akan cakap…”Macam dia pulak yang bersalin”. Negatifnya fikiran ni. Bukan apa...kalau kita duduk di tempat bos kita tu, konpem kita pun akan cakap benda yang sama kan. 

Maaf bos, buat masa ni hanya ini yang mampu saya lakukan…seriously, saya amat memerlukan cuti. Gaji dapat seciput je pun tak apa, asalkan bos tak keluarkan perkataan keramat ‘resign’ tu. Huhuhu….
Kalau fikir secara mudah…’bercuti buat seketika, sementara menunggu kakak sihat, bila dia dah sihat hantar ammar then kerja balik macam biasa’. 

Tapi,

Kalau fikir secara susah…’bercuti buat seketika, sementara menunggu kakak sihat. Sihat cepat atau lambat belum pasti. Doa-doa cepatlah. Tapi selalunya , selepas 40 hari baru sihat sepenuhnya. Maka, agak lama jugaklah bercuti. Setelah dia memiliki anak sendiri, adakah kasihnya pada ammar akan berubah, macam mana layanannya pada ammar”. Huhhhhhh…memang complicated!

Maka, berdoalah pada Allah semoga kamu dipermudahkan oleh Allah sepertimana mudahnya kamu berfikir. Insyaallah, Allah jua yang menentukan segalanya.  Allah jua yang mengatur mudah atau susah rezekimu. 



 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome