Tabung kesayangan ammar


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Berat kaki melangkah meninggalkan ammar dengan mak dan abah kesayangannya setelah 3 hari duduk dengan ibu ayah. Well cutikan…sekarang ni ammar dah ada tabung kesayangan. Sebelum ni ibu ayah yang isikan. Sekarang, ia telah dipindah milik secara keseluruhan kepada pemilik yang sebenar. Hihihi..ayat, tak tahan makkk!!

Malam tadi balik dari Mydin Mall dalam pukul 9:00pm…tapi ammar tak mahu tidur pulak. Habis dompet ibu diselongkarnya. Terkelur lah syiling-syiling yang ada tu. So, kutip cepat-cepat untuk isikan tabung ammar. Dalam nak masukkan syiling tu….masih sempat berfikir si ibu ni,

 “why not suruh ammar masukkan sendiri je duit syiling ni…sekurang-kurangnya dia boleh belajar”

Cepat-cepat turunkan tabung…letak depan ammar. Mula-mula tunjuk kat dia macam mana nak masukkan duit tu…dia tengok je. Otak dia tengah berfikir tu……dah 2 3 letak, bagi dia pulak pegang duit syiling tu. Alhamdulillah…dia cepat belajar. 


 Gambar tak berapa nak comel..huhu. Upload gak :)


Pada mulanya, dia masukkan duit tu tapi dia pegang je..tak lepas-lepas. Then, tunjuk lagi..lama-lama dah pandai. Bukan main happy ibu dan ayah ni…si ayahnya siap ambil video lagi tu. Yang lucunya ammar…bila duit tu dah masuk tabung, boleh pulak dia bye-bye dekat duit tu. Terbahak-bahak ibu ayah gelak tengok aksi spontan adik! Sabar jelah yep.

Malam ni adik jangan tidur awal ek…kita sama-sama masukkan duit dalam tabung adik tu. Ayah cakap dalam kereta banyak duit syiling ayah simpan. Balik nanti kita kasi keluar semua. Misi utama, penuhkan tabung adik. Hihihi..


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome