Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Keratan renungan ni ibu ammar ambil dekat laman sosial Facebook untuk dikongsikan bersama di sini. Nasihatnya amat berguna untuk para isteri yang berkerjaya. Maklumlah sekarang ni majoriti wanita yang berkahwin akan berkerja. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja kerja asalkan halal. Kadang-kadang terdapat segelintir suami yang tidak bagi isterinya bekerja dengan alasan tempat isteri dirumah. Well, kena redha jelah kan...tapi percayalah si isteri ni akan tetap mencari inisiatif lain untuk melakukan sesuatu yang boleh memberikannya pendapatan. Contohnya, mengasuh anak jiran, ambil upah jahit baju, ambil upah jahit manik dan lain-lain lah.
Niat menjana pendapatan sendiri ni sudah tentu untuk membantu si suami tercinta top up mana-mana yang tidak cukup dan selebihnya untuk membeli keperluan diri sendiri.
Selalunya suami akan dapat gajinya terlebih dahulu di akhir bulan bagi yang bekerja di sektor kerajaan dan seterusnya menghabiskan 3/4 daripadanya untuk membeli barang rumah, membayar kereta dan sewa rumah. Manakala si isteri pula dapat gaji di awal bulan...bila gaji suami dah habis dibelanjakan untuk keperluan rumah, u oll rasa apa akan jadi dengan gaji si isteri???
Haaaaaaa....inilah sebab musabab nasihat di atas perlu dititikberatkan. Bila si suami dah membelanjakan 3/4 daripada jumlah keseluruhan gaji, si isteri perlulah berjimat cermat sehabis mungkin walaupun pada dasarnya dia boleh berjoli sakan dengan duit gaji dia tu dan membeli apa sahaja yang dia mahukan. Namun dia tak boleh berbuat demikian sebab yang ada sekarang hanyalah gajinya untuk perbelanjaan harian sebelum sampai ke pusingan gaji suami yang seterusnya.
Pasti ada sedikit terselit rasa tidak puas hati bila terpaksa catu duit gaji dan tak dapat nak beli barang yang diingini semata-mata untuk memastikan perbelanjaan keluarga cukup. Kadang-kadang terpaksa merelakan walaupun hati tak ikhlas. Kalaulah si isteri ada perasaan macam ni, kasihanlah dekat si suamikan. Tak lepas suami dekat akhirat nanti. Sebenarnya ibu ammar tak berapa faham sangat maksud 'tak lepas di akhirat nanti". Tapi kalau fikir secara mudah mungkin jika isteri tak ikhlas atas duit gajinya yang dibelanjakan untuk keluarga sedangkan ia tanggungjawab suami, maka suami seakan-akan menganiaya hak isteri.
Mulai sekarang...para isteri ikhlaskan lah setiap sen duit gaji anda yang digunakan untuk keperluan keluarga. Pasti ganjarannya jauh lebih lumayan di akhirat kelak. Insyaallah...