Scabies oh scabies!


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Lama tak menulis bukan bermakna hati dah lupa. Tipulah kan kalau cakap tak rindu, tempat jatuh lagikan dikenang ini kan pula tempat berkongsi soal hati. Chewahhhhhh..bukan main kau Senah bermadah. Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang perlu di handle sehinggakan tiada masa untuk menjengah ke sini.

Dah hampir sebulan badan ammar dilanda gatal yang melampau. Dikategorikan melampau sebab tatkala tidur ammar asyik tergaru-garu then nangis tanda tak selesa. Memang agak tertekan si ibu dan ayah ni..Dah macam-macam ubat try termasuklah ubat dari farmasi,klinik kerajaan dan klinik swasta. Majoriti doktor cakap puncanya Scabies atau lebih dikenali sebagai hama.




Inilah rupa scabies..ia tinggal dibawah kulit.

Doktor klinik kerajaan nasihatkan agar tilam dijemur, kemudian baju-baju ammar dibasuh dengan air panas. Selain tu, ammar juga dibekalkan dengan dua jenis ubat sapu. Ada yang disapu 3 kali sehari dan ada pula disapu hanya waktu malam. Pegawai farmasi berpesan agar ubat sapuan waktu malam disapu  3 malam berturut-turut kemudian stop untuk beberapa hari bagi mengelakkan kulit menjadi hangus tanpa menyatakan kesan ubat itu yang boleh mendatangkan rasa hangat yang keterlaluan.

Maka, balik je dari kerja terus ibu ammar panaskan air dan basuh semua baju ammar. Ammar pula tidur dengan nyenyak sekali dan ini memberi peluang ibu dan ayahnya untuk menyapukan ubat ke seluruh badannya. Setelah disapu tak sampai 5minit, ammar nampak seakan gelisah...7 minit kemudian ammar menangis meraung-raung. Badannya terus jadi kemerahan...memang sah ubat ni membakar badannya. Tiada cara lain yang mampu dilakukan ketika itu selain membasuh keseluruhan badannya agar rasa panas hilang. Ammar terus menangis seakan merayu agar tidak dibasahi badannya di jam 12:00 malam. Ammar terus menangis tanpa mampu dipujuk lagi. Akhirnya ammar tidur dalam tangisan di bahu ibu. Hanya Allah yang mengetahui betapa sesalnya ketika itu. Kasihan anak ibu..Maafkan ibu dan ayah sayang!

Selang beberapa hari ammar selsema dan batuk sehingga membawa kepada lelah. Pada masa yang sama ammar juga demam. Tiada lagi gurau senda dari ammar coz dia tak boleh main lasak-lasak. Jika tidak ammar termengah-mengah. Ammar juga dah 2 hari tak minum susu, mungkin dia rasa sesak nafas kot. Ya Allah besarnya dugaan yang kau berikan...mungkin ini petanda aku lupa dan alpa mengingati Mu Ya Allah. Engkau berikan dugaan ini agar aku tidak terus leka. Jika ini mahu Mu, aku redha. Hanya satu yang mampu ku ucapkan Ya Allah...Alhamdulillah.

2 kali Ammar dibawa ke klinik menyedut gas...syukur kerna lelahnya beransur pulih. Tapi badannya masih gatal-gatal, sampailah semalam akak nasihatkan agar ammar dibawa ke klinik swasta di Kuala Terengganu. Mahal tak apa, duit boleh dicari...atas nasihatnya semalam terus bawa ammar pergi ke Klinik Ramli. Ammar diberi 4 jenis ubat. Ubat sapu, antibiotik,ubat makan untuk hilangkan gatal dan ubat lelah. Alhamdulillah sangat-sangat keesokan paginya gatalnya nampak tidak lagi kemerah-merahan. Malah sudah berkurang. Ya Allah, besarnya kekuasaan Mu. Akhirnya Engkau izinkan ahli syurga Mu ini sembuh walaupun buat masa sekarang bukan sembuh sepenuhnya. Ini dah mampu untuk buatku tersenyum :)

Bila ammar dah sihat sikit mulalah datang mood nak raya kan. Alhamdulillah, sempat shopping 3 helai baju ammar, 2 helai seluar dan sepasang baju melayu. Moga menjelang raya Allah sembuhkan ammar sepenuhnya.


Untuk tatapan bersama..gambar terbaru ammar. Tengok tu...tengok tu. Makhluk putih dalam mulutnya semakin menampakkan diri buat hati ibu luluh tatkala adik tersenyum :)

Sayang adik selamanya.

 

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome