Akhirnya kak da pregnant setelah 4tahun berkahwin



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Ibu ammar nak share satu berita gembira ni dekat Blog keluargaKECILkami. 
Korang nak tau tak apa??? Tolonglah nak tahu....ibu ammar semangat nak story mory ni. Hehehe.

Kakak kesayangan ibu ammar dah disah kan pregnant. Huahuahuahuahuahua.
Sila jangan terlalu gembira tanpa mengucap Alhamdulillah ye ibu ammar. 
Dosa tau............urmmmmm, ALHAMDULILLAH Ya ALLAH.


Tahniah Abang Jeff dan Kak da. 

Kak da mengandung setelah 4 tahun mendirikan rumah tangga. Di awal perkahwinannya dia ada mengandung tapi kandungan yang berusia 1 bulan tu gugur setelah dia terjatuh di dalam bilik air. Selepas peristiwa itu dia tidak mengandung lagi. Pelbagai cara dicubanya tetapi tidak berhasil. Sampai suatu masa dia sudah berputus asa sehinggakan tidak mahu lagi menghadiri kenduri saudara mara kerana tidak sanggup menjawab persoalan normal yang sentiasa diaju pada pasangan yang belum mempunyai zuriat 

"Tak ada isi lagi ke?"

"Tak puas lagi ke honeymoon berdua...bila nak bertiga?"

Bukan tu sahaja ada pula yang memberikan nasihat secara sinis.

"Cepat-cepatlah mengandung...nanti dah tua tak ada anak nak jaga sakit pening kau, baru kau nyesal"

Hatinya meraung-raung menjawab persoalan yang dia sendiri tiada jawapannya

"Bukan aku tak nak mengandung lah bodoh...kalau ikutkan hati hari ni jugak aku nak mengandung, nak ada anak tapi ni kan semua kerja Allah. Kun Fayakun beb..."

Marah itu normal bagi wanita yang amat menginginkan zuriat ok. Jiwanya amat sensitif. Jadi sebagai nasihat pada diri sendiri dan korang jugak jangan terlalu banyak bertanya...lebih elok jika kita mendoakannya. Lebih berkat kan :-)

Back to the story!

Orang tua dulu-dulu ada cakap kalau susah nak pregnant ambil anak angkat atau jaga jelah baby siapa-siapa je. Syaratnya baby yang kecik lagi dan mendapat kebenaran kedua ibu bapanya lah. Jangan culik plak ye. Not good...not good. Hehehe. Insyaallah akan lekat (mengandung) sebab perut kita dengki..

Nasihat orang tua ni jangan di pandang remeh tau...sebab dah terbukti lagi sahih dan nyata Kak Da di sahkan pregnant setelah menjaga Muhammad Ammar Muhaimin (anak ibu lettew) sejak ammar berusia 1 bulan lagi. Di usia ammar 6 bulan, kak da pregnant. Alhamdulillah.

Di saat dia tahu yang dia dah mengandung...ibu ammar adalah orang pertama yang dia call sambil nangis esak-esak. Ibu ammar pun joint sebak sekali. Dia wish terima kasih sangat-sangat sebab bagi peluang dia jaga ammar. Dalam hati bersyukur sangat-sangat, anak kecil yang ku lahirkan mampu menggembirakan semua orang walaupun jauh di sudut hati ini menyatakan ini semua kehendak Allah. Walau tanpa Ammar sekali pun...jika Allah nak bagi ia tetap akan bagi.

Sekarang ammar ditatang bagai minyak yang penuh oleh Abang Jeff dan Kak Da. Mungkin sekarang ibu ammar patut mula berfikir perancangan untuk ammar bila emaknya (panggilan untuk Kak Da) berpantang nanti. Cuti tanpa gaji? huhuhu.....best gak tu boleh main dengan ammar puas-puas.

Dah masa untuk lunch...jom makan tapi sebelum tu ibu ammar nak selitkan gambar ammar dekat cni boleh??? ghindulahhhhhhhhh.

Korang pun jawab "suka hati kau lah..ni kan blog kau"

Hehehe :-)



 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome