Manjakani ~ buah ajaib wanita




ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Hari ini rasa macam nak story tentang buah manjakani lah...
Bagi yang belum kenal rupa buah manjakani yang penuh khasiat ni, dekat bawah ada gambarnya yang masih segar dan yang telah dikeringkan. 
Dah kenal kan? :-)


Untuk pengetahuan korang.. Manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok hasil dari tidakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria). Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Ibu ammar pun baru tau ni. Hehehe :-)

Buah manjakani ni sesuai untuk wanita yang dah berkahwin jer tau...anak-anak dara dilarang sama sekali!. Hehehe..gurau je, boleh jer korang nak search-search untuk tambahkan ilmu lagipun bila dah kahwin nanti mungkin korang perlukan khasit buah manjakani ni.

Buah manjakani ni amat sinonim sebagai perapat 'miss v' kaum wanita. 
Maklumlah kan....wanita yang dah berkahwin Insyaallah akan mengandung.
Bila dah mengandung faraj/rahim/peranakan akan mengembang 
berpuluh kali ganda dari bentuk asal. 
Masa inilah perlunya bertungku,berganggang  dan ubatan tradisional (manjakani) 
agar 'miss v' kembali ke bentuk asal. 
Ianya bukan sahaja untuk kepuasan dalam hubungan intim 
suami isteri tetapi juga untuk kesihatan dalaman kaum wanita.

Antara khasiat buah manjakani untuk kaum wanita:  

Merawat otot-otot di dalam faraj 
Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat 
menegangkan semula otot otot dalam faraj dan menyebabkan 
faraj menjadi sempit semula.
Mengawal lendir dan lelehan faraj 
  Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.

Mengecutkan semula tisu-tisu 
Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu 
di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
Pencegahan bau yang tidak diingini 
Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi 
bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.

Menegangkan dan mencantikkan kulit  
Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
Rawatan payudara 
Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalannya sangat berkesan digunakan untuk rawatan payudara.
Part payudara ni jugak menjadi satu masalah besar bila kita dah melahirkan anak. 
Confirm payudara jadi menggeleber atau bahasa kampungnya 'jatuh'.
 'Jatuh' tu maknanya tak anjal lagilah. Sungguh tidak cantikkan..Cantik untuk suami ye...bukan untun pandangan lelaki lain.
 Hehehe...Manjakani ni boleh jugak boleh membantu.

Kawan ibu ammar ada gak syor amalkan manjakani ni. 
Menurutnya manjakani ni pahit sangat-sangat sebab tu jarang yang sanggup telan. 
Tapi bila difikirkan...daripada kita makan pil-pil yang dijual dekat kedai 
dengan harga yang agak mahal, kesan jangka masa panjang 
yang tidak diketahui dan belum pasti ianya mendapat kelulusan dari 
Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak. 
Bagus kita amalkan Buah Manjakani ni kan..asli dan tiada bahan pengawet.

Ada kaum wanita yang rebus buah manjakani ni dan minum air rebusan ni..
tapi ini untuk yang kebal sahaja lah yek.
Ibu ammar tak kebal ok....memang alergik dengan benda-benda yang pahit. 
So, ibu ammar cadangkan kalau korang nak makan manjakani 
dengan aman dan tenteram korang beli manjakani yang dah dijual 
dalam bentuk serbuk tu then korang masuk kan dalam sarung kapsul. 
Konpem langsung tak rasa pahitnya tu. Be creatif okey! :-)

Selamat bermanjakani ye semua dan semoga rumah tangga kita semua kekal bahagia.Menjaga kesihatan untuk kepuasan suami jugak dapat pahala. 

Ok, babai..

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome