ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Maklumat ini diambil dari website Pa & Ma
Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu
sepanjang tempoh kehamilannya.
1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.
Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.
3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.
4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.
5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.
6. Mengamalkan Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam
Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman
Surah Luqman
Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf
Surah Yusuf
Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat
Surah Hujurat
Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin
Surah Yaasin
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah
Surah Taubah
Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl
Surah an-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Ini pula buah tangan yang comel untuk ibu-ibu hamil. Agaknya apa yang baby dalam peyot anda,anda dan anda semua sedang buat yek. Dioarang sebenarnya tengah:
So sweet :-)