Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Rasa tergerak hati nak kongsi kisah Rasullullah S.A.W yang difikirkan amat 'sweet'. Kisah ini diambil dari Majalah Solusi keluaran ke-51. Kisahnya begini :-
Terdapat seorang sahabat yang bernama 'Ata' seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Mardawih. 'Ata' bercerita:
"Saya, Ibn Umar dan 'Ubaid pergi ke rumah Aisyah r.h.a. Saya berkata kepada Aisyah,"
"Ceritakan kepada kami perkara yang paling mempesona daripada semua yang engkau saksikan pada diri Nabi"
Aisyah menarik nafas panjang, kemudian berkata dengan nada hiba menahan tangis:
"Semua perilakunya menakjubkan bagiku"
Aisyah memberitahu lagi:
"Suatu malam, ketika Baginda tidur bersama-samaku dan kulitnya bersentuhan dengan kulitku, Baginda berkata:
"Wahai Aisyah, izinkan aku beribadah kepada Tuhanku"
Aku berkata:
"Sesungguhnya aku berasa senang dekat denganmu. Tetapi aku lebih senang melihatmu beribadat kepada Tuhanmu"
Lalu, Baginda bangkit mengambil bekas air untuk berwuduk. Ketika berdiri untuk solat, aku mendengar Baginda menangis teresak-esak sehingga air matanya membasahi janggut. Kemudian, Baginda bersujud dan menangis sehingga lantai basah dengan air mata. Selepas itu, Baginda berbaring dan menangis hingga Bilal datang untuk memberitahunya telah tiba waktu subuh."
Inilah contoh Baginda menghargai keberadaan seorang isteri di sisinya. Walau untuk solat malam sekalipun, Baginda tetap meminta izin dan tidak meningglkan Aisyah begitu sahaja.