E-Day little sis


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Hari ni 18.05.2013...Hari pertunangan adik ibu ammar yang bongsu ni berlangsung 03.05.2013 (jumaat). Sepatutnya cerita ni ditulis 15 hari lalu. Barulah best nak bacakan...maklumlah masih hot. Nak buat macam mana, asyik tak sempat je nak ambil gambar dari laptop dia kan. Malam tadi baru ada masa nak mentransfer gambar-gambar ni. Tak apalah tak hot lagi pun...asalkan masih ada rasa-rasa suam kan :)

Alhamdulillah...doa dimakbulkan. Majlis pertunangan adik bongsu tersayang berlangsung dengan lancar. Walaupun pada mulanya cuaca agak tidak baik, hujan tapi berkat dengan doa semua ahli keluarga mendung berlalu pergi, muncul sang matahari membuatkan kami semua tersenyum lega. 

Majlis berlangsung selepas solat jumaat...dalam pukul 3:00pm. Jom layan gambar yang sempat di snap :)




Pelamin tu kami adik beradik buat sendiri jer. Memang agak memenatkan tapi hasilnya amatlah memuaskan hati. Tema majlis pertunangan adik bogsu ibu ammar ni Pink Coklat. Pada mulanya terfikir jugak...colour tu macam tak pernah dibuat orang je. Hihihi...tapi bila dah di matching tu, sweet pulak nampak yep :)




Ini sebahagian barang  hantaran dari pihak lelaki.




Gambar sebelah kiri ni...gambar ibu ammar dengan kakak yang ketiga. Ibu ammar anak keempat. Perbezaan usia kami 1 tahun je. Ibu ammar 27 tahun, dia pulak 28 tahun. Gambar baby sebelah kanan ni anak bongsu dialah. Perwatakannya lembut..maka anaknya pun lembut. Ibu ammar pulak? tengoklah ammar macam mana...tak pandai nak duduk diamkan. Ibunya pun macam tu lah gak. Hihihi...

Yang tersenyum lebih dekat belakang tu abang ipar. Hantu gigi kitaorang panggil dia. Hihihi....apa pun dialah abang ipar yang paling sporting. Insyaallah, bulan depan boleh merasa jadi ayah setelah 4 tahun menunggu. Due date semakin dekat. Come to papa...come to papa :)




Ni anak sapa ni? sikat asyik ditangan tapi rambut adik tetap tak terurus sebab sibuk duk main sana sini kan. Kalau dibiarkan haru biru majlis pertunangan mak sedara dia ni. Kadang-kadang...ibu pun lost control dengan adik ni tau. Apa pun, ibu tetap cayang adik. Buah hati pengarang jantung ibu :)

Bulan 11 ni Insyaallah majlis perkahwinan pulak akan berlangsung. Moga Allah S.W.T permudahkan segala-galanya bagi kami adik beradik untuk menguruskan majlis adik bongsu kami ni sebaik mungkin. Dah boleh agak, konpem kami semua akan kepenatan sampai tak terbangun tapi tak apalah...ini majlis perkahwinan yang terakhir dalam keluarga kami maka ia patut dilaksanakan semeriah mungkin. Insyaallah.

Tahniah untuk u oll berdua!





 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome