Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Pepagi dah belek Majalah Dara.Com....banyak sangat info dalam majalah ni. Design / layout dia punyalah sweet...buat hati terus terpaku untuk membelek dan terus membelek sampai muka surat terakhir...serius cantik u oll. Macam tak sesuai dengan harganya, lima hengget je pun.
Kenapa u sibuk baca Majalah Dara.Com...namapun Majalah Dara.Com, maknanya untuk anak dara jelah. U kan dah kahwin, bacalah Majalah Wanita. Ada tak mengomel macam ni? mesti adakan....well, ilmu itu luas. Status tidak membataskan hak untuk memilih jenis bahan bacaannya. Bila membaca Majalah untuk anak-anak dara ni walaupun dah berstatus isteri orang boleh membuatkan perasaan untuk perform diri seakan anak dara macam dulu-dulu tu ada ok. Maksudnya, jaga kecantikan diri untuk tatapan suami lah.
So, sekarang ni ibu ammar nak share tips/petua untuk menjaga kecantikan secara asli dan hakiki sepertimana yang ada dalam Majalah Dara.Com ni.
Moga ia bermanfaat buat kalian:
- Mengempiskan Perut
Bancuh air teh tanpa gula 1 cawan. Kemudian, perah sebiji limau nipis ke dalam air teh tadi dan minum semasa ia masih suam. Ia bukan sahaja mampu mengempiskan peut malah mengemaskannya juga
- Menaikkan Seri Wajah
Ketuk 2 inci kunyit hidup dan halia bersama-sama 5 biji buah manjakani. Kemudian, rebus kesemua bahan itu dengan 2 gelas air sehingga menjadi segelas. Amalkan 2 kali seminggu.
- Menegangkan Kulit
Bersihkan lempoyang wangi sebesar ibu jari beserta dengan kunyit, kemudian kisar. Campurkan 1 gelas air ke dalam adunan tadi. Kemudian, bahagikan kepada 2 bahagian untuk diminum 2 kali. Apabila hendak minum campurkan madu dan kuning telur pada bahagian yang akan diminum terlebih dahulu.
- Tomato Ganti Kolegan
Amalkan memakan 5 sudu makan tomato yang telah dihancurkan setiap hari. Ia mampu memberikan perlindungan 25% daripada sinaran matahari. Selain itu, tomato juga mempunyai banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.
- Meremajakan Kulit
Amalkan makan daun salad kerana 6 helai daun salad mengandungi 100% keperluan vitamin Aharian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambahkan zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
- Kulit Tegang Dan Lembut
Bagi anda yang inginkan kulit yang lembut tetapi tegang seakan memakan vitamin C ataupun pengambilan kolagen, amalkan memakan secawan strawberi setiap hari. Ini kerana 130 % vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen ada dalam secawan strawberi.
- Wajah Lebih Menawan
Kacau setengah gelas air kelapa muda bersama sebiji telur ayam kampung. Amalkan dengan meminumnya pada waktu tengahari 3 hingga 5 kali seminggu. Kulit akan kelihatan lebih berseri dan mulus.
- Melambatkan Proses Penuaan Kulit
Siapa sangka tempe mempunyai banyak khasiat untuk kulit. Lebih banyak dan kerap anda memakan tempe, semakin berkurang kedutan yang muncul di wajah anda. Ini kerana, tempe antara makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang mampu melambatkan proses penuaan pada kulit.