jaundis yang dialami ammar

Assalamualaikum

Hari ni ibu ammar nak story tentang Juandis  yang dialami oleh Muhammad Ammar muhaimin . Ibu ammar dah janji kan. (Senyum sambil duk rewind balik kenangan 6 bulan lepas)…still segar dalam ingatan. Ok!....start.

Jaundis atau dalam bahasa kampungnya…Demam Kuning dialami oleh Ammar sehari selepas melihat bumi Allah ni.

Sebenarnya selepas lahirkan ammar, ibu ammar demam…jadi ibu ammar kena tahan dalam masa 24 jam di wad. Kalau suhu badan dah ok…baru boleh balik. Kalau diikutkan..ibu ammar demam kejap jer, tapi tetap tak boleh balik sebab procedur dia kena wait sampai 24jam.

Keesokannya….doktor check suhu dah ok,so bolehlah balik. Sekali tu nurse tengok ammar…dengan selambanya dia cakap ‘eh,baby mcm jaundis je’…terus dia ambil ammar untuk check jaundis. Bila result dah keluar…CONFIRM JAUNDIS. Sian anak ibu….

Ibu ammar  mengaku ni silap ibu sebab selepas lahirkan ammar adalah abang ipar yang hantar nasi+ikan bakar+ lada hitam (makanan normal untuk orang yang berpantang). Sebenarnya..lada hitam tu salah satu  penyebab jaundis. Maafkan ibu sayang…ibu lupa.

Level jaundis ammar time tu 157.3….jadi ammar kena tahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan ibu ammar pulak boleh balik. Datang untuk menyusu je. Beratnya hati ni nak berpisah dengan ammar. Jauh tu nak berulang alik dari rumah…45minit baru sampai.

Discuss dengan husband & kakak yang sulong…dia suruh try mintak pindahkan ke hospital berdekatan supaya senang nak menyusu. Alhamdulillah boleh pindahkan ammar ke Hospital Kuala Berang..Dekat Hospital Kuala Berang ni…boleh duduk sekali dengan baby. Syukurnya….

Masa check out dari HSNZ jaundis ammar 157.3…selepas 1jam perjalanan, check in di Hospital Kuala Berang jaundis ammar dah up sampai 200.00. Serta merta ammar diletakkan bawah lampu…tapi malangnya, ammar nangis tak henti-henti mungkin sebab bila dah duduk bawah lampu tu dia dah tak dapat rasa pelukan ibunya. 

Semalaman ammar tidur atas katil dengan ibu..cahaya lampu tu memang tak dapat bagi ke ammar 100% lah kan. Pagi tu check…jaundis dah up lagi jadi 200 lebih. So, lampu yang pada mulanya untuk bahagian atas badan sahaja…sekarang dah di tambah untuk atas dan bawah badan.

Seakan satu keajaiban berlaku…apabila ibu ammar cuba untuk kali ke berapa entah letakkan ammar bawah lampu pagi tu. Ammar tidur situ dengan lena langsung tak nangis Alhamdulillah sangat2 Ya Allah..

Keesokannya dah boleh balik sebab level jaundis dah turun sampai 170.00. Tapi still kena check dekat klinik takut-takut up lagi kan.




Bila dah balik rumah mak untuk berpantang..lega sangat-sangat.. rasa macam hilang beban dibahu…Tapi lega tu kejap je sebab bila pergi check untuk hari-hari yang seterusnya…jaundis ammar kejap turun,kejap naik. Kalau up lagi kena masuk wad balik. Siapa yang nak kan…

Apa lagi…usaha dengan pelbagai cara untuk turunkan jaundis ammar. Antaranya:

1-     Bagi susu formula
2-     Bagi minum air anggur hitam
3-     Bagi minum susu kambing
4-     Mandikan dengan air herba jenama TYT
5-     Mandikan dengan Air Bunga Kuning
6-     Mandikan dengan campuran air ‘daun dukung anak’ (ingat2 lupa)
7-     Jemur bawah mentari pagi

Semua petua ni nurse tak bagi buat kan…dia suruh bagi susu badan je. Tapi ibu ammar tetap buat dengan niat bertawakal pada Allah. Kita tak tahu mana yang terbaik kan….

Selepas 15 hari…Juandis ammar hilang. Tapi..dalam banyak-banyak usaha tu, jemur ammar bawah mentari pagi agak berkesan.

Sebelum tamatkan post ni…ibu ammar ada satu advice. Sekiranya, anak terkena jaundis cubalah dengan apa cara sekali pun asalkan ia tidak memudaratkan kerana pengakhiran jaundis yang teruk ialah darah baby akan ditukar dengan darah lain. Jangan sampai ianya terjadi dekat anak kita. Wallahua’lam..

aidiladha 2012


Assalamualaikum

Sejak ada blog ni...asyik rindu jer nak story-story dekat diari alam maya aku ni.Hehe...Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha semua




Sekarang pukul 9:41am di pagi Hari Raya Aidiladha. Ammar dah tidow setelah memakai baju melayu selama 45minit..tak sempat ibu nak ambil gambar sayang...

Ambik sedikit masa untuk berblog sementara menunggu ayahnya ammar balik dari ambik daging untuk bahagian aqiqah Ammar. 

Tahun ni ayah & ibu ammar tunaikan tanggungjawab penting untuk seseorang insan bernama ANAK iaitu Aqiqah. Ambil satu bahagian dengan harga Rm390.00...dapat sedikit murah sebab ayah saudara sebelah ayahnya ammar yang handle pasal Aqiqah ni. Diskaun anak beranak lah tu kan...hehe.Alhamdulillah....

Pagi ni ibu ammar berjubah pink n ayah ammar + ammar plak berbaju melayu biru. Memang langsung tak matching kan.hehehe....tapi xpelah, biru warna secocok untuk lelaki dan pink plak warna secocok untuk perempuan.Ok lah tu kan...Sory lah yek,xsempat nak ambil gambar. Ayahnya pergi ke tempat aqiqah..ammar plak dah tidow.Redha jelah walaupun dalam hati nyesal tak ambil gambar awal-awal.Sob-sob....

Lepas ni terus pergi hantar daging dekat rumah mak untuk dimasak...maklumlah, mak mertua dah tak ada jadinya tak ada siapa nak handle kan. Rindu mak mertua ku sangat-sangat, walaupun sempat bersamanya hanya beberapa bulan tapi banyak sangat kenangan. Dia memang mak mertua yang mabelous...betul cakap suamiku sebelum kahwin dulu..ibu mertua ku ni sayangkan menantu lebih dari anak-anak sendiri.Macam ternampak dia ada dimana-mana je dalam rumah ni. Tolong jangan nangis yer ibu ammar...Al-Fatihah untuk mek tersayang.

Ayah ammar dah balik. So, sekarang ni sesi membahagikan daging untuk diagihkan dekat orang kampung yang selayaknya. Alhamdulillah...semoga Allah S.W.T memberkati rezeki ayah ammar. 

Dah siap bahagikan daging ni...apa lagi teruslah pergi beraya rumah mak pulak. Rindunya dekat makkkkkkk (mesti ammar cakap 'drama lebih je ibu aku ni...semalam baru jumpa tok, bukannya jauh sangat pun). Hehehehe......Ammar sila jadi macam ibu bila ammar dah besar nanti yek, selalu rindukan ibu. Walaupun dah kahwin selalu rindu nak jenguk ibu :-)

Dekat rumah mak...makan daging goreng + sup tulang sampai pening. Aduiiii........banyaknya daging.

Malamnya pulak pergi dinner dekat rumah akak...berkumpul ramai-ramai dekat sana sambil sambut besday nephew ~ along & angah. Makan kek sampai pengsan. Hehehe...Kesimpulannya, Aidiladha yang menggembirakan....suka-suka! 


 


insan kecil ibu & ayah ~ muhammad ammar muhaimin


Assalamualaikum..

Nama pun seorang ibu kan..mesti excited nak bercerita tentang anaknya. Samalah gak dengan Ibu Ammar ni mesti nak bercerita tentang Ammar.

Let's do it..hehe.

Disebabkan blog ni di create 6 bulan selepas kelahiran Ammar, maka cerita2 awal adalah berkisahkan disaat Ammar dilahirkan. Nampak tak,ibu Ammar amat excited dengan ammar kan... :-)

Muhammad Ammar Muhaimin b Muhammad Amrie Firdaus (panjangkan ~ dekat mykids sampai dua baris namanya)..Insan kecil pengarang jantung hati ibu n ayahnya dilahirkan pada 14.04.2012 (ibu ammar 13.03.1985 ~ comelkan) tepat jam 4.38pm di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Berat ketika dilahirkan adalah 3kg. Agak berat kan....

Nak story ckit pengalaman delivered ammar ni...ok,ibu ammar start turun air (bukan air ketuban kot~sebab tak sakit) pukul 4am. Terus ayah ammar hantar ke hospital. Time ni memang langsung tak sakit..siap boleh jalan sendiri pergi masuk wad. Kuatkan ibu ammar...hehe.

Dari pukul 4am sampai 10am, jalan hanya terbuka 2cm...so aku kena hantar ke hospital besar sebab dah 6jam kan. Sampai sana check jalan terbuka 3cm. Time ni dah start sakit...Allah jer yang tahu. Pukul 2, terbuka 4cm..tapi rasa sakit sangat-sangat, nasiblah ada doktor lelaki tu kesiankan ibu ammar ni...dihantar masuk labour room. Kalau ikut procedure 6cm baru boleh masuk labour room. Alhamdulillah..

Disebabkan terlalu sakit...nurse tu cucuk jarum ctu...cucuk jarum cni. langsung xrase apa2...

Bila dah siap cucuk2 tu...panggillah ayahnyer ammar masuk. Nak puji lah ckit usband saya ni,hehe....disaat kecemasan tu dia sentiasa tersenyum pada saya sambil berselewat. Kalau diikutkan dia ni seorang yang agak kelam kabut disaat kecemasaan...tapi dengan kuasa ALLAH, segala2nya berubah. Thanks abang...

Satu yang paling menakjubkan bagi saya...time melahirkan ammar, suara saya langsung xbunyi teriak ker...nangis ker.Just diam and push. Mungkin terlalu sakitkan...sampai tak terkeluar suaranya.Hehe....Tapi nurse tu siap cakap 'bagusnya rohana, langsung xbunyi suara...ikut jer arahan nurse'. Bagiku tu semua kemudahan yang diberikan oleh ALLAH sebab sepanjang sakit xputus2 berselawat...sambil diiringi doa family.  Terima Kasih ya ALLAH. 

Bila dah lahir tu...ibu ammar n ayah ammar excited nak tau jantina sebab memang tak scan. Sekali nurse tunjuk,melompat ayahnyer...maklumlah anak lelaki.Anak ayahlah tuuuuu :-)

Happy kan.....

Ini lah Muhammad Ammar Muhaimin b Muhammad Amrie Firdaus
Juara Ibu  n Ayah


Tapi ada yang tak happy ckit sebab ammar kena jaundis...Next post,ibu ammar citer ek.

Ok.Babai..


25.10.2012 ~ first day buat blog ni

Salam Semua...



Hari ni, 25.10.2012...tetiba je si ibu ammar ni nak berblog kan.Hehehe...so, apa lagi ibu ammar pun search lah dekat google cara2 nak create blog. 

Bila dah godek ctu, godek cni..terhasil lah blog keluarga KECIL kami ayah.ibu.ammar. Mungkin ni salah satu link untuk ibu ammar menulis segala isi hati tentang kasih sayang dalam hati kan. 

Hope blog ni tak membosankan yer....yang penting IBU SAYANG AMMAR SANGAT2. Be a good boy yer sayang..





 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome