Bawak ammar jenjalan di malam hari


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Ini cerita 2 hari lepas...disebabkan oleh ibu dan ayah ammar kerja maka masa yang ada hanyalah di malam hari. So, dengan perasaan yang teruja otak ligat memikirkan mana nak bawa ammar ni jenjalan di malam hari. Dah dapat!!!...selepas solat maghrib zassss drive ke Giant sebab dekat situ ada disediakan kawasan permainan kanak-kanak. Ammar tidur dengan lenanya sepanjang perjalanan. Terfikir...macam mana nak ajak ammar main ni. Tapi tak apa...biarkan dia tidur kejap untuk recharge energy...nanti boleh main dengan puas hati. 

Sampai di Giant dia still tidur...rela je ibu ni dukung ke tingkat atas kawasan permainan..last-last ammar bangun gak tapi mamai lagi. Bila dia nampak macam-macam game ada depan mata dia..terus terang matanya. Memang riuh rendah tempat...biasalah budak-budak kalau dapat main tak hingat dunia. 

Ibu dan ayah dengan rela hati jadi bodyguard ammar...ikut je mana dia pergi sebab budak-budak berlari sana sini, kalau tak jaga alamaknya asyik kena langgar jelah ammar kan. Al-maklumlah..baru pandai jalan terlanggar sikit je dah terjatuh. 


Ammar bermain dalam keadaan mamai+confius dengan kanak-kanak di sana sini yang tidak dapat dikawal oleh mak bapak diorang. Dah siap ammar main sini, ayahnya nak belikan baju untuk ammar pulak. Sambil-sambil ayahnya memilih baju, ammar dah reward balik energy dia. Apa lagi..habis  area dia redah...dan sekarang ni ammar pulak yang tidak dapat dikawal.


Habis semua tempat dia redah....baju yang disangkut pun ditariknya. Ibunya dengan rela hati buat muka seposen bila penjual tu duk jenguk-jenguk. Tak apalah sayang...ibu redha :)

On the way balik..ammar tidur dengan lena. Sory ibu dan ayah ganggu waktu tidur adik..ibu dan ayah just nak buat adik happy.  Love u sayang!

Disini ibu ammar ada listkan beberapa langkah keselamatan yang patut dititikberatkan oleh ibu bapa atau penjaga tatkala membawa anak-anak bermain di kawasan/taman permainan.

  • Kanak-kanak perlulah sentiasa diawasi sepanjnag berada di taman permainan.
  • Ibu bapa haruslah sentiasa perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar kawasan permainan yang disediakan.
  • Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan permainan supaya kemalangan dapat dielakkan.
  • Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.
Oklah...entry perlu stop disini. Bos dah suruh buat kerja. Assalam :)



Rugi bagi orang yang tidak mengamalkan surah Al-Mulk semasa hidupnya


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH 

Amatlah rugi seseorang umat yang tidak mengamalkan surah Al~Mulk semasa hidupnya. Rugi yang teramat rugi. Kenapa ibu ammar cakap macam tu? ada sebabnya tau. Cakap bukan sebarang cakap je ni. Jom kita ketahui kelebihannya. Kelebihan yang membuatkan hati ini jatuh cinta pada surah ni.

  • Tatkala berhadapan dengan Malaikat azab untuk menerima hukuman..pengamal Surah Al-Mulk akan mendapat pembelaan dari surah Al-Mulk itu sendiri dimana Surah Al-Mulk akan berjumpa dengan Allah agar dijauhkan dari seksaan kubur bagi orang-orang yang sentiasa membacanya dikala hidupnya. 
Nampak mudah bagi orang yang suka meremeh-remehkan soal mati tapi berbeza bagi orang yang takutkan mati. Setiap kali membaca surah ni..ibu ammar cuba membayangkan keadaan di dalam kubur dengan menghayati sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Far East yang bertajuk Menanti Di Barzakh 

Ku merintih aku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di Barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan jugak rindu
7 langkah pun baru berlalu
Susai talkin penanda syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan suatu khayalan 
Tetapi ia sebenar kejadian 

Kembali roh kembali
Kembalilah kedalam diri
Sendirian sendiri..sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku jasad didalam Keranda Kayu

Ajal yang datang dimuka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tegambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi

Jantung berdegup kencang
Menantikan Malaikat datang 
Mengigil ketakutan gelap pekat dipandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan 
 Di alam Barzakh jasad dikebumikan 

Ku merintih aku menangis
 Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata.

Cuba fahami setiap bait lagu ni...memang menakutkan. Takut sebab tiada amalan untuk dibawa ke sana nanti. Mungkin ini boleh dijadikan salah satu  bekalan untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak.Disini ibu ammar ada sertakan link untuk mendownload Surak Al~Mulk bagi yang belum mengamalkannya. 


 Kalau nak dengar bacaannya boleh klik dekat atas sebelah kiri..ada tanda speaker. Kalau nak boleh print sekali lagipun saiznya lebih besar dan jelas. Hope ia boleh membantu kita menjadi umat yang lebih menghargai masa hidup untuk bekalan selepas mati.Wallahhua'lam..






Redha suami..syurga untuk isteri


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:
  •   Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
  • Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.
  • Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.
  • Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.
  • Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.
  • Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...

Detik Rasullullah S.A.W dijemput sakaratul maut


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah;

  • Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.
 
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

  • “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 
  
  • "Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,  
  • “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 
  • “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 
  • “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
  • “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
 Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
  • “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
 Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.  
  • “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
  • “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, 
  • “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” 
 Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Ammar sertai 'baby super model contest'


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Salam selasa semua. Mulakan tulis entry dengan senyuman. Senyum....senyum...senyum tu kan sedekah. 2 hari lepas ibu ammar dijemput untuk sertai contest yang dianjurkan oleh Wanada Kidswear. U oll familiar tak dengan Wanada Kidswear? Kalau u oll kaum ibu bapa yang suka membeli baju baby secara online, Insyaallah u oll akan familiar. 

Dulu-dulu...ibu ammar adalah membeli Korean Hat Unisex untuk ammar warna merah dan biru. Mungkin ni salah satu sebab nama ibu ammar di tag. Terima kasih Wanada Kidswear.


Ibu ammar pun carilah gambar ammar yang dirasakan encem. Last-last ibu ammar pilih gambar yand dekat bawah ni! harap-harap ia boleh menambat hati orang ramai LIKE gambar ammar ni banyak-banyak. Gambar yang paling banyak LIKE akan menjadi pemenang.




Sesiapa yang baca entry ni sudikanlah klik link dekat bawah ni dan rajinkan diri anda untuk LIKE gambar ammar yep. Thanks....Jika menang, anggaplah ini hadiah yang paling comel untuk birthday ammar bulan depan.


13.03.2013...hari comel ibu ammar


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Hari ni 13.03.2013..genaplah usia ibu ammar 28 tahun. Terasa seakan semakin berumur tatkala difikirkan 2 tahun sahaja lagi angka 2 sebagai permulaan umur akan bertukar kepada 3. Tapi mungkin tidak perlu beria-ia memikirkan apa yang bakal terjadi 2 tahun akan datang kerna pada masa tu belum tentu diri masih bernyawa. Jangan salah faham...buat masa ni ibu ammar tidah di sahkan menghidapi apa-apa penyakit kronik. Tapi ia pemikiran normal bagi insan yang akui dan akur dengan kekuasaan Allah. 

Sesungguhnya ajal,maut, jodoh, rezeki ketentuan Allah Yang Maha Satu.Tahun ini kita mampu gembira keriangan bila tepat jam 12malam si suami mengucapkan Happy Birthday beserta kejutan hadiah...esoknya di laman sosial teman-teman rapat berderet-deret memberi ucapan beserta doa-doa yang amat menenangkan hati. Namun tahun depan belum tentu ya! Terima kasih Ya ALLAH, Engkau memberi peluang kepadaku untuk merasa nikmat berumur 28 tahun.

13.03.2013...sudah lama ibu ammar menunggu tarikh yang cantik ni dengan mengharapkan perkara-perkara yang cantik bakal berlaku. Alhamdulillah...impian tercapai. Suami tersayang membuat kejutan dengan hadiah beserta kad yang comel. Sesungguhnya, hadiah yang paling indah ialah kasih sayang abang. Cukup indah!..Hadiah yang lebih indah ialah Muhammad Ammar Muhaimin bin Muhammad Amrie Firdaus, zuriat kesayangan. Ibu teruja untuk menyambut Birthday ibu...tapi ibu lebih teruja nak menyambut Birthday adik bulan depan. Juga tarikh yang amat cantik 14.04.2013...Bulan ni ibu tak mau tinggal kerja sebab lbu tak nak gaji ibu kena potong. Ibu nak save budget untuk sambut Hari Jadi adik yang pertama. Moga Allah berkati niat ibu :)

Di usia 28 tahun ni...aku berdoa pada Mu Ya ALLAH semoga:
  • Aku ingin dekat dengan Mu Ya Allah...dekat dalam apa jua keadaan.
  • Dibuka kan hati untuk beramal jariah, tidak kedekut untuk besedekah.
  • Dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjaga ammar dan suami
  • Sentiasa merindui kedua ibu dan bapa ku..rindu untuk berbuat baik pada mereka.
  • Ingin terus merasa bahagia seperti sekarang

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI :)


Alhamdulillah...follower semakin bertambah


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Setelah hampir seminggu ibu ammar tidak dapat menulis new entry dan hanya dapat bukak blog sebagai pengunjung disebabkan masalah internet yang terlalu perlahan akhirnya hari ni boleh bukak dengan jayanya. Syukur sangat....dan yang paling bersyukur follower semakin bertambah kepada 60 orang. 

60 orang je? bagi u oll mungkin '60 orang je' tapi bagi ibu ammar 'wow...dah 60 orang'. Dua benda yang berbeza kan..60 orang pun dah cukup ramai bagi ibu ammar sebab bukan mudah seseorang blogger tu nak follow blog kita. Mungkin blog kita tak memenuhi citaranya, cara penulisan kita yang agak memboringkan..siapa tahukan?.

Thanks kepada semua follower blog ibu ammar ni...tidak kiralah follow secara rela..paksa..atau suka-suka. Ia tetap menambahkan semangat ibu ammar untuk search lebih banyak ilmu tentang dunia blogger ni. 

Untuk menghargai follower-follower yang baik hati ni, ibu ammar ingat nak memulakan segmen meriview blog-blog u oll semua lah. Insyaallah...dalam sebulan ibu ammar akan mereview 1 @ 2 orang blogger yang bertuah. 1 atau 2 je? yelah...tak boleh ramai-ramai nanti cepat habis pulak segmen ni..maklumlah follower tak lah ramai sangat. Hehehe :)

Kekerapan meriview blog u oll adalah bergantung kepada:

  •   Keaktifan broadband ibu ammar. Eh2...bukan broadband ibu ammar, broadband hak milik syarikat. Kalau bos ibu ammar  yang baik hati ni top-up untuk sebulan terus boleh lah ibu ammar review kerap sikitkan.
  • Tahap kerajinan ibu ammar...kalau tahap kerajinan ibu ammar meningkat seiring dengan tahap kerajinan jari-jemari ni menaip. InsyaAllah...matlamat 2 orang blogger diriview setiap bulan akan terlaksana.  
  •   Tahap kelajuan internet...ini juga amat penting, kalau ibu ammar dirasuk kuasa rajin tapi tiba-tiba internet slow dimana untuk loading blog kalian pun telah memakan masa hampir 2 jam, maka mungkin perlu dibatalkan niat yang murni ni buat sementara.
Semoga dengan ada segmen review-mereview ni..boleh meningkatkan tahap kefamousan blog u oll, disamping meningkatkan follower dan ranking. 

Ok lah...bos on the house, so buat kerja dulu yep. 
Assalam.


Setia lebih beerti jika bersulamkan agama


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Setia Hujung Nyawa...dah dekat sebulan cerita tamat tapi masih tidak dapat dilupakan si Zain dal El ni kan. Mesti korang tengok cerita ni kan. Cerita yang membuatkan we oll semua lewat solat maghrib...cerita yang membuatkan we oll lewat mandi, cerita yang membuatkan we oll lewat masak untuk husband. Kan..kan..kan semua jadi lewat sebab 1 jam duk tercongok depan TV kan. Ashtaghfirullah....

Banyak yang betul dan banyak jugak yang tak betul tentang jalan cerita ni kan. Impaknya pun amatlah dahsyat. Ibu ammar ada terbaca...seorang remaja yang amat meminati cerita ni menyatakan dia ingin memiliki happy ending dalam hidupnya macam El walaupun pada mulanya perlu menderita. Remaja ni menyatakan mungkin dia perlu melakukan hubungan dengan boy friendnya sebelum kahwin sepertimana yang dilakukan oleh El. Premikiran yang amat menyedihkan..

Kat bawah ni ada nasihat dari En. Zain dan Cik El di alam nyata bukan En. Zain dan Cik El yang drama tu ek. ..yang dalam drama tu jangan diikut yek. Tak elok untuk kesihatan :)

Jom!


Yang bab nasihat dari Ustaz Azhar Idrus paling best. hehehe...Tersenyum sorang ibu ammar baca. Ok lah...selamat beramal ye u oll. Hapuskan 'sweet couple dalam dunia ni dan wujudkan sweet husband and wife je. Barulah hidup lebih barakah :)

Jintungan lah pulak


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Terasa seakan tak cukup tidur sebab ammar asyik terjaga dan nangis malam tadi.
Mungkin rasa tak selesa akibat jintungan atau lebih mesra dengan panggilan demam 
campak yang dialami. Amat kasihan anak ibu..

Balik dari kerja hari khamis..terus dapatkan ammar. Ammar nampak aktif tapi di 
bandannya ada biji-biji kecil. Masa mandikan dia..perasan ada  beberapa biji besar di paha. Masih berfikiran positif..mungkin ruam. Takpe-takpe jap lagi siap mandi ibu sapukan ubat ruam ek. Tapi keesokannya biji kecil dan besar dah penuh satu badan ammar, dekat muka pun ada sekali. Terus dapatkan mak dan ayah...bila tengok betul-betul ayah cakap ammar kena jintungan.

Kasihan ammar..patutlah tak dapat tidur. Tapi Alhamulillah..ammar tak demam sebab ada orang kata bila nak keluar biji-biji tu selalunya akan demam. Setakat ni ammar still boleh bermain dengan aktif..cuma dia lebih kerap tidur. Maybe penat..demam campak ni menyebabkan badan sakit-sakit kan.

Semalam dah pergi mintak air tawar. Kalau bab air tawar ni...ibu ammar selalu takut kalau-kalau terlebih percaya pulak kan, boleh syirik jadinya. So, setiap kali nak bagi 
minum ammar air tu sentiasa ingatkan pada diri 'air ni hanya sekadar air...ia hanyalah perantara sebagai petanda bertawakal kepada Allah, yang menyembuhkannya hanyalah Allah S.W.T. 

Dalam pada sakit-sakit tu ammar tetap menggembirakan hati ibu dan ayahnya..petang semalam ammar bangun dan berjalan sejauh 4 langkah. Alhamdulillah sayang ibu..
mungkin ni orang kata nak ringan tubuh kan.Hilang terus rasa penat jaga anak ibu ni.

Hari ni terpaksalah bekerja half day...ini pun terpaksa datang sebab nak settle kan gaji staff. Mungkin esok lusa terpaksa cuti untuk jaga ammar sepenuhnya. Tak apalah...ibu redha sayang. Rezeki boleh dicari tapi adik segala-galanya bagi ibu.


Ni gambar ammar 2 hari sebelum dia kena jintungan. Sekarang mukannya yang 
bersih tu dah ada kudis-kudis kecil. Haraplah tak tinggal parut yek. Harap u oll semua tolong doakan ammar cepat sembuh yep :)


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome