Tiada tuhan selain Allah


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH


Jom kita sama-sama tambahkan pahala di pepagi hari ni dengan menyebut 
kalimah indah LAILAHAILLAALLAH. Menyebut dengan lidah, berniat dengan hati 
dan buktikan dengan tindakan bahawa tiada tuhan yang disembah 
melainkan ALLAH Yang Maha Satu.

Izinkan jiran di bahu kanan kita melaksanakan tugasnya mencatat pahala
dan biarkan jiran di bahu kiri kita rehat buat seketika mencatat dosa atau mungkin
lebih elok ia berehat untuk selamanya.

Ingatlah bahawa jika setiap detik Allah ada di dalam hati kita
pasti kita tidak akan rasa kesunyian walaupun ketika itu kita keseorangan.

Mari kita renung akan kata-kata di bawah :)

Jika Iman kita tidak seharum dan semekar musim bunga
Sekurang-kurangnya jangan  biarkan ia mendung seperti musim hujan
Kerana kasih sayang ALLAH ibarat mentari yang tidak pernah redup
Yang sentiasa memberi kita peluang memperbaharui 
Musim iman kita setiap hari

Kenali 6 zon penting di tapak kaki si manja


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Pepagi dah buka facebook...pepagi jugak terjumpa info ni. 
Jadi ibu ammar nak abadikan info ni dekat Blog Keluarga kecil Kami 
untuk dikongsi bersama oleh follower mahupun insan comel yang sudi view blog ni.
Infonya adalah berkenaan tapak kaki si manja. 


Gambar ini dah menerangkan segala-galanya.
Dimana terdapat 6 zon utama di tapak kaki si manja yang boleh diurut 
tatkala si manja berada di dalam keadaan yang tidak selesa. 

Ibu ammar percaya...
si manja kesayangan paling banyak mengalami masalah di zon 2 
(jari kaki paling kecil) yang merujuk kepada Rongga Pernafasan. 
Dimana meraka amat mudah dijangkiti virus selsema. 
Baru je elok selsemanya...2 minggu kemudian selsema lagi. 
Malam-malam tidur asyik terjaga je sebab hidung tersumbat..
siangnya pulak asyik merengek je sebab hingus melelah 
menyebabkan dia rasa tak selesa. Kadang-kadang pening memikirkannya. 
Betul ke tak? 
Insyaallah, lepas ni jika si manja selsema bolehlah kita ambil minyak taylon 
sapu secara perlahan di zon 2.

Ibu ammar jugak nak share TIPS  tentang cara mudah nak tidurkan si manja: 
  •  Tukarkan lampin yang baru/bersih
  •  Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih
  • Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut si manja anda
  •  Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.
  •  Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda. 
Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. 
Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam 
dengan keadaan mengereng ke kanan.
 

Bila dah ada anak :)


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Bila dah ada anak banyak benda yang abnormal akan menjadi normal dalam kehidupan.
Yang paling ketara keabnormalan mejadi normal tatkala sebahagian dari budget untuk 
diri sendiri dihabiskan untuk keperluan si anak. Hehehehe.Itu lumrah okessss!. 
Sila jangan merungut ye...senyum je,tak perlu kata apa2.

Bila kita naik gaji...kita akan col mak laju-laju untuk kongsi kegembiraan kan.
Then mak cakap...'Alhamdulillah, rezeki anak tu'.Kan...kan...kan. Maknanya,
 gaji yang naik tu..bukan untuk u oll berbelanja dengan jayanya yep tapi untuk anak u oll.

Maka dengan kesedaran yang mendalam
Hari ini ibu ammar telah mengahbiskan wang yang ada untuk anak teruna  kesayangan
dimana sehelai seluar beserta dua helai baju telah dirembat dari sebuah pasaraya
yang dirahsiakan namanya atas sebab-sebab yang tertentu. Haha..tetibe je yep!


Mak ayah tak ada baju nak pakai tak apa asalkan anak cantik,hensem, bergaya. Hehehe...sampai macam tu sekali yep. Uh...uh...uh, sayangnya dekat anak.
Mesti masa kita kecik-kecik dulu...parent kita buat menda yang sama kan.
Buat apa sahaja asalkan anak happy. Bila kita dah ada anak baru kita faham 
macam mana perasaan mak ayah kita suatu ketika dulu.

Korang faham tak apa yang ibu ammar nak cakapkan ni? 
Macam tak sampai je kan...
Maksudnya, bila kita dah ada anak baru kita tahu macam mana mak ayah 
kita berkorban untuk kita dulu. Baru kita tahu besarnya tanggungjawab 
menjadi seorang ibu dan bapa untuk menjaga makan, minum, pakai 
serta didikan di setiap saat tumbesaran anak.

Bukan senang u oll..oleh itu, berbangga dengan ibu bapa anda sebab 
diorang mampu membesar dan mendidik anda sepertimana yang ada sekarang...
kerana belum tentu anda mampu mendidik anak-anak anda 
sepertimana mereka mendidik anda.

sayang mak dan ayah sangat-sangat!

Segmen : Klik sana!..Klik sini by Cik Lyeen cupcakes


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Selamat pagi semua..
Mulakan hari anda dengan menyertai sebuah segmen yang mabelous dari 
Cik Lyeen Cupcakes. Nama segmen ni Klik sana!...Klik sini!.


Hadiahnya pun agak mabelous tau, antaranya:

HADIAH

Kami mencari 50 pemenang untuk segmen ini.


10 Blog Review

20 Bloglist Tahunan
10 Promosi header
2 Topup
2 Tudung Bawal
2 Buah Novel
2 Buah Header
2 Brooch Roses paling mahal dalam dunia.HAHA

 Apa lagi jom lah kita ringan tulang empat kerat ni untuk join. Klik sini untuk join http://dewisyifaindehouse.blogspot.com/2013/02/segmenklik-sana-klik-sini.html

Masih ada 4 hari lagi sebelum tarikh penyertaan tamat iaitu pada 24.02.2013. 
Apa lagi...klik,klik,klik!.Ibu ammar pun join ni tau..doa-doalah ada rezeki kan. 
Ini segmen pertama yang ibu ammar join semenjak menubuhkan blog ni 25.10.2012. 
Moga ada luck :)


Keterujaan : special post dari Blog Gadesh Blogger untuk ibu ammar


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Boleh tak ibu ammar nak jerit kuat-kuat sebagai tanda keterujaan yang tak terhingga neh?
Hehehe, silakan...silakan.

Kenapa teruja sangat ni?
Sebenarnya...jap tadi ibu ammar buka blog. Sekali tu tengoklah dekat shoutbox,
kot-kot ada pengunjung istimewa blog ni tinggalkan mesej.
Adalah satu mesej dari AzyanRamle.
Mesej dia macam ni tau:
Blog anda direview saya..tekan sini [Link]

So..tekanlah slow-slow dengan perasaan mengantuk ditengahari ni kan.
TAPI
Lepas baca post dia terus mata ni jadi besar, jantung berdegup kencang dan telinga rasa 
suam sejuk-suam sejuk je. Hehehe...

Wooowww...tak sangka ada yang sudi tulis tentang blog yang tak berapa nak owesome ni.
Tajuk postnya 'Ibu ammar' (rasa cam glamor plak kan)
Apa pun, terima kasih sangat-sangat dekat Azyan Ramle, 

 
Kalau korang nak tahu apa yang Gadesh Blogger ni tulis tentang ibu ammar klik link ni tau

Kalau korang nak direview macam ibu ammar,
sudi-sudikanlah jari jemari korang untuk klik dan follow blog dia. Best!

Apa yang penting...hari ni ibu ammar belajar satu benda yang baru, letak link dalam post.
Sebelum ni mana pernah buat ni, tapi disebabkan adik Azyan Ramle ni search punya seach 
jumpalah  tutorial tentang ni.

Inilah kehidupan...kadang-kadang disebabkan insan yang hanya dikenali di alam maya
mampu untuk buat kita belajar sesuatu ilmu yang baru.
So sweet!

Thanks Azyan Ramle :)

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome