Jom Timbang Berat Blog


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Ibu ammar dah timbang berat blog...anda bila lagi? Jangan pandang remeh...penting ni untuk blogger-blogger semua. Dengan timbang berat blog ni kita boleh tahu...samada blog kita berat atau tak. Kalau berat confirm jadi lambat macam kura-kura bila nak loading. Kalau dah tahu berat...boleh lah ambil inisiatif untuk delete mana-mana perkakasan yang dirasakan tidak terlalu penting di blog anda tu.

Ibu ammar baru jer timbang berat blog ni. Takdalah berat sangat kot...siap print screen lagi :)




Berat blog ibu ammar 62.63 KB. Standard saiz blog yang ringan seboleh-bolehnya kurang dari 1000 KB. So, boleh dikatakan ringan sesangat lah tu yep. Realitinya, berat ibu ammar lagi ringan dari blog ni. Hihihi...happynya (senyum sambil kenyit mata). Macam takda sangkut paut plak berat u dengan berat blog u. Huhuhu :)

Kalau u ool nak tray timbang berat blog u oll gak, senang je. Klik je dekat sini yep:
 

Meh sama-sama kita pakat timbang berat blog. Assalam.


Info menarik : cantik secara asli


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Pepagi dah belek Majalah Dara.Com....banyak sangat info dalam majalah ni. Design / layout dia punyalah sweet...buat hati terus terpaku untuk membelek dan terus membelek sampai muka surat terakhir...serius cantik u oll. Macam tak sesuai dengan harganya, lima hengget je pun. 




Kenapa u sibuk baca Majalah Dara.Com...namapun Majalah Dara.Com, maknanya untuk anak dara jelah. U kan dah kahwin, bacalah Majalah Wanita. Ada tak mengomel macam ni? mesti adakan....well, ilmu itu luas. Status tidak membataskan hak untuk memilih jenis bahan bacaannya. Bila membaca Majalah untuk anak-anak dara ni walaupun dah berstatus isteri orang boleh membuatkan perasaan untuk perform diri seakan anak dara macam dulu-dulu tu ada ok. Maksudnya, jaga kecantikan diri untuk tatapan suami lah.

So, sekarang ni ibu ammar nak share tips/petua untuk menjaga kecantikan secara asli dan hakiki sepertimana yang ada dalam Majalah Dara.Com ni. 



Moga ia bermanfaat buat kalian:

  • Mengempiskan Perut
Bancuh air teh tanpa gula 1 cawan. Kemudian, perah sebiji limau nipis ke dalam air teh tadi dan minum semasa ia masih suam. Ia bukan sahaja mampu mengempiskan peut malah mengemaskannya juga

  • Menaikkan Seri Wajah
Ketuk 2 inci kunyit hidup dan halia bersama-sama 5 biji buah manjakani. Kemudian, rebus kesemua bahan itu dengan 2 gelas air sehingga menjadi segelas. Amalkan 2 kali seminggu.

  • Menegangkan Kulit
Bersihkan lempoyang wangi sebesar ibu jari beserta dengan kunyit, kemudian kisar. Campurkan 1 gelas air ke dalam adunan tadi. Kemudian, bahagikan kepada 2 bahagian untuk diminum 2 kali. Apabila hendak minum campurkan madu dan kuning telur pada bahagian yang akan diminum terlebih dahulu.

  • Tomato Ganti Kolegan
Amalkan memakan 5 sudu makan tomato yang telah dihancurkan setiap hari. Ia mampu memberikan perlindungan 25% daripada sinaran matahari. Selain itu, tomato juga mempunyai banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

  • Meremajakan Kulit
Amalkan makan daun salad kerana 6 helai daun salad mengandungi 100% keperluan vitamin Aharian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambahkan zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

  • Kulit Tegang Dan Lembut
Bagi anda yang inginkan kulit yang lembut tetapi tegang seakan memakan vitamin C ataupun pengambilan kolagen, amalkan memakan secawan strawberi setiap hari. Ini kerana 130 % vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen ada dalam secawan strawberi.

  • Wajah Lebih Menawan
Kacau setengah gelas air kelapa muda bersama sebiji telur ayam kampung. Amalkan dengan meminumnya pada waktu tengahari 3 hingga 5 kali seminggu. Kulit akan kelihatan lebih berseri dan mulus.

  • Melambatkan Proses Penuaan Kulit
Siapa sangka tempe mempunyai banyak khasiat untuk kulit. Lebih banyak dan kerap anda memakan tempe, semakin berkurang kedutan yang muncul di wajah anda. Ini kerana, tempe antara makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang mampu melambatkan proses penuaan pada kulit.

Bila ammar dah tidur


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Rindu dekat anak teruna kesayangan lah. Asyik rindukan dia je...ibu rasa mungkin sebab keletah adik semakin menjadi-jadi sekarang ni menyebabkan ibu asyik terbayangkan adik je. Siap boleh cakap sorang-sorang pulak tu. Kenyataannya...saya angau dengan anak teruna saya. Hihihi...sungguh kuat chemistry adik neh :)

Dalam rindu merindu tu...tengok gambar ammar dekat handphone. Maka, inilah penyebab handphone adalah amat penting tatkala ibu di tempat kerja. Anak dia ada dalam handphone tu. haruslah kan.... :)

Sambil duk nengok-nengok tu....rupanya banyak betul gambar ammar yang di snap waktu dia tidur. Dari kecil sampai umur dia setahun sebulan lebih ni...asyik gambar tidur je. macam ni lah kalau ibu ayah kerjakan. Siang tak dapat nak main dengan anak. Bila balik kerja, lepas maghrib anak dah tidur. So, u oll agak apa yang ibu dan ayah dia akan buat? Ehem..ehem!

Of course lah...duk tepi anak tu, sambil sembang dengan suami macam-macam termasuklah merancang masa depan dia umpamanya...ciri-ciri menantu yang diingini. Hihihi...yang ni karut okey! Sebenarnya...kebiasaannya ibu dan ayah akan ambil gambar anak dia tidurlah coz nak dijadikan bekalan untuk lepaskan rindu esok pulak, macam ibu dan ayah ammar neh :)

Buktinya!










Haaaaaaaaa....kan dah cakap. Dalam banyak-banyak style tidur...yang part menonggeng tu ammar paling suka. Hihihi....bila letak terlentang atas bantal, kejap dia menonggeng balik. Ada segelintir cakap..budak tidur menonggeng ni petanda ada cacing dalam perut dia. Tapi rasanya tak kot....sebab ammar memang dari dulu dia tidur style gini.

Ibu paling rindu nak dengar adik tidur berdengkur. Alunan muzik yang paling indah untuk ibu. Hihihi.

Kesimpulannya...chewahhhh, menyimpul-nyimpul pulak dah. Kalau dah ada anak..telefon berkamera berserta memory kad berpuluh-puluh megabite amatlah diperlukan. Percayalah...memang penuh gambar kat dalam tu. Tapi maaf...bukan gambar anda, tapi gambar anak anda terutamanya dalam handphone si suami kan. Sila jangan terasa hati ya. Anggap jelah gambar anda dah tersemat kukuh dalam hati suami, maka tidak perlukan lagi handphone dan memory card....Assalam :)


Biodata Rasullullah S.A.W


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Setiap apa yang ditulis di alam maya ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. Mengharapkan agar blog ini mampu digunakan untuk berdakwah. Jika tidak mampu memberikan impak yang besar kepada masyarakat sejagat, sekecil-kecil manfaat pun jadilah. Disini, Ibu Ammar nak share latar belakang kekasih Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W. Moga ia berguna untuk kita :

  • BIODATA RASULLULLAH
Nama Penuh : Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ayah : 'Abdullah bin 'Abdul Mutallib bin Hashim

Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Tempat Lahir : Di rumah Abdul Talib, Makkah Al-Mukarramah

Tarikh Lahir : 12 Rabiulawal / 20 April 571 Masihi

Tarikh Wafat : 12 Rabiulawal Tahun 11H / 8 Jun 632 Masihi

Tempat Wafat : Madinah Al-munawwarah

Usia : 63 Tahun

Warna Kegemaran : Merah, Hijau, Putih

Makanan Kegemaran : Bali, Kurma, Buah Tin, Buah Anggur

Sukan : Menunggang Kuda, Memanah, Berenang


  • BENTUK FIZIKAL RASULLULLAH

Baginda digambarkan sebagai seorang yang berbadan tegap, ketinggian sederhana ( tidak terlalu tinggi namun tidak pula terlalu rendah ). Baginda berkulit putih kemerah-merahan. Wajahnya tampan, rambut nabi S.A.W tidak terlalu kerinting namun tidak pula terlalu lurus, rambutnya ikal dan mencecah bahu. Kata-kata baginda bernada lembut tetapi tegas. Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik. Bahunya lebar dan tidak berbulu. Dada Baginda berbulu. Telapak tangan dan kaki baginda tebal. Ketika berjalan, baginda seakan-akan berjalan menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh pula, Baginda menoleh dengan memalingkan seluruh badan. Diantara kedua-dua bahu Baginda terdapat tanda Kenabian.

  • NAMA ISTERI-ISTERI RASULLULLAH


1.   Khadijah binti Khuwailid

2.   Saudah binti Zam'ah

3.   'Aisyah binti Abu Bakar (Anak Saidina Abu Bakar)

4.   Hafsah binti 'Umar (Anak Saidina Umar bin Al-Khattab)

5.   Ummi Habibah binti Abu Sufyan

6.   Hindun binti Umaiyah

7.   Zainab binti Jahsy

8.   Maimunah bintin Harith

9.   Safiyah binti Huyai bin Akhtab

10. Zainab binti Khuzaimah

  • NAMA ANAK-ANAK RASULLULLAH

1.   Qasim

2.   Abdullah

3.   Ibrahim

4.   Zainab

5.   Ruqaiyah

6.   Ummi Kalthum

7.   Fatimah Al-Zahra'

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukum-Nya"
~Surah Al-Hasyr (59) : Ayat 7~


Aku senang melihat dirimu dekat dengan Allah


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh


Rasa tergerak hati nak kongsi kisah Rasullullah S.A.W yang difikirkan amat 'sweet'. Kisah ini diambil dari Majalah Solusi keluaran ke-51. Kisahnya begini :-

Terdapat seorang sahabat yang bernama 'Ata' seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Mardawih. 'Ata' bercerita:

"Saya, Ibn Umar dan 'Ubaid pergi ke rumah Aisyah r.h.a. Saya berkata kepada Aisyah,"
"Ceritakan kepada kami perkara yang paling mempesona daripada semua yang engkau saksikan pada diri Nabi"

Aisyah menarik nafas panjang, kemudian berkata dengan nada hiba menahan tangis:

"Semua perilakunya menakjubkan bagiku"

Aisyah memberitahu lagi:

"Suatu malam, ketika Baginda tidur bersama-samaku dan kulitnya bersentuhan dengan kulitku, Baginda berkata:

"Wahai Aisyah, izinkan aku beribadah kepada Tuhanku"

Aku berkata:

"Sesungguhnya aku berasa senang dekat denganmu. Tetapi aku lebih senang melihatmu beribadat kepada Tuhanmu"

Lalu, Baginda bangkit mengambil bekas air untuk berwuduk. Ketika berdiri untuk solat, aku mendengar Baginda menangis teresak-esak sehingga air matanya membasahi janggut. Kemudian, Baginda bersujud dan menangis sehingga lantai basah dengan air mata. Selepas itu, Baginda berbaring dan menangis hingga Bilal datang untuk memberitahunya telah tiba waktu subuh."

Inilah contoh Baginda menghargai keberadaan seorang isteri di sisinya. Walau untuk solat malam sekalipun, Baginda tetap meminta izin dan tidak meningglkan Aisyah begitu sahaja.


Syaraf Yusof Live on TV1


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Haritu ibu ammar ada ada buat entry tentang nephew ibu ammar yang nyanyi lagu Fitrah Cinta, ala yang dekat You Tube tu. Ingat tak?...ingat tak?...mesti tak ingatkan. Hihihi...dah agak dah. Untuk kasi U oll ingat kembali, meh sini ibu ammar bagi link entry tu, Fitrah Cinta by Syaraf Yusof

Dah ada kemajuan dalam minat dia menyampaikan lagu-lagu berunsur nasihat ni. Alhamdulillah, di hari Jumaat, penghulu segala hari bersamaan 24.05.2013, dia berpeluang nyanyi secara live dalam Rancangan Fikrah yang ditayangkan di RTM, TV1 yang bersiaran pada pukul 9:30~10:30am.

Nak dijadikan cerita, pepagi Jumaat, pukul 6:30am little sis ibu ammar ada forward mesej dari Syaraf Yusof ni. Kitaorang panggil dia along..Bunyinya macam ni:

If berkelapangan jemput tengok along kat TV1 ya, 
kul 9stgh pagi-10stgh pagi..ada live show :).

Bila ibu ammar baca mesej ni..macam tak percaya pulak. Tapi dalam hati dah nekad, nak tengok jugak walau macam mana busy sekali pun (busy dengan budak ammar lah, maklumlah hari cuti). So, tepat jam 9:30am ibu ammar on tv. Pasang volume kuat-kuat sebab kalau kebetulan duk dekat dapur still boleh dengar. Sebagai petanda untuk berjaga-jaga sebenarnya, takut terlepas pandang kan. Excited sungguh!

Dekat-dekat pukul 10:00am cam gitu, pengerusi majlis cakap...bagi laluan dekat artis jemputan. Hoihoi...apasal hati berdebar semacam je ni, macam dia pulak yang kena nyanyi. Sekali kamera fokus, memang betul nephew yang nyanyi. Sempat gak lah ibu ammar rakam walaupun tersekat-sekat dan sebahagian sahaja.




Tahniah untuk Syaraf Yusof...first time terlintas di fikiran bila tengok along live on tv.
"Mungkin along ikhlas dalam niat menyampaikan dakwah, maka Allah permudahkan jalan untuknya :)"


Yang Benar,
Ibu Ammar 


Senyum semua....ammar dah tumbuh gigi


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Sebelum ni ibu ammar ada membebel sebab gigi ammar belum tumbuh-tumbuh lagi kan. Di entry ni: Ammar di usia 1 tahun

Minggu lepas gigi ammar dah tumbuh. Alhamdulillah...so sweet lah bila tengok ammar senyum dengan menampakkan gigi kecik cenonet dia tu. Bila duk kat office seakan terbayang-bayang gigi dia tu. Dulu masa anak dara, bila ada si ibu,mama,mak,umi yang cerita tentang anak dia tumbuh gigi, ibu ammar buat muka selamba je...dalam hati mengomel, "yang tu pun nak heboh-heboh". Nahhhhhhhh...sekarang, ibu ammar lebih teruk dari diaorang..satu dunia nak bagitahu kan :)

Perasaan excited tu memang tak boleh nak dibendung tau...percayalah, nanti u oll dah ada anak baru u oll dapat merasa perasaan yang amat mengcengkam kalbu (lebih-lebih pulak). Buktinya, adik bongsu ibu ammar pernah cakap:

  • "Bateh (panggilan di rumah)...ammar tumbuh gigi, happynya macam nak dapat menantu"
Hihihi...dah terbuktikan. Tapi perumpamaan yang adik ibu ammar bagi tu macam tak kena je. Ammar masih kecik lah. Lambat lagi nak dapat menantu tu.

Maaflah tiada gambar untuk gigi cenonet ammar...setakat ni ibu ammar belum mampu meng'snap' gambar walaupun dah banyak kali mencuba. Maklumlah, cenonet je...nanti dah panjang ckit, ibu ammar upload

  • Perasaan kini : Bahagia bila tengok ammar tersenyum, ada makhluk putih didalam mulutnya :)

Yang Benar,
Ibu Ammar 





E-Day little sis


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Hari ni 18.05.2013...Hari pertunangan adik ibu ammar yang bongsu ni berlangsung 03.05.2013 (jumaat). Sepatutnya cerita ni ditulis 15 hari lalu. Barulah best nak bacakan...maklumlah masih hot. Nak buat macam mana, asyik tak sempat je nak ambil gambar dari laptop dia kan. Malam tadi baru ada masa nak mentransfer gambar-gambar ni. Tak apalah tak hot lagi pun...asalkan masih ada rasa-rasa suam kan :)

Alhamdulillah...doa dimakbulkan. Majlis pertunangan adik bongsu tersayang berlangsung dengan lancar. Walaupun pada mulanya cuaca agak tidak baik, hujan tapi berkat dengan doa semua ahli keluarga mendung berlalu pergi, muncul sang matahari membuatkan kami semua tersenyum lega. 

Majlis berlangsung selepas solat jumaat...dalam pukul 3:00pm. Jom layan gambar yang sempat di snap :)




Pelamin tu kami adik beradik buat sendiri jer. Memang agak memenatkan tapi hasilnya amatlah memuaskan hati. Tema majlis pertunangan adik bogsu ibu ammar ni Pink Coklat. Pada mulanya terfikir jugak...colour tu macam tak pernah dibuat orang je. Hihihi...tapi bila dah di matching tu, sweet pulak nampak yep :)




Ini sebahagian barang  hantaran dari pihak lelaki.




Gambar sebelah kiri ni...gambar ibu ammar dengan kakak yang ketiga. Ibu ammar anak keempat. Perbezaan usia kami 1 tahun je. Ibu ammar 27 tahun, dia pulak 28 tahun. Gambar baby sebelah kanan ni anak bongsu dialah. Perwatakannya lembut..maka anaknya pun lembut. Ibu ammar pulak? tengoklah ammar macam mana...tak pandai nak duduk diamkan. Ibunya pun macam tu lah gak. Hihihi...

Yang tersenyum lebih dekat belakang tu abang ipar. Hantu gigi kitaorang panggil dia. Hihihi....apa pun dialah abang ipar yang paling sporting. Insyaallah, bulan depan boleh merasa jadi ayah setelah 4 tahun menunggu. Due date semakin dekat. Come to papa...come to papa :)




Ni anak sapa ni? sikat asyik ditangan tapi rambut adik tetap tak terurus sebab sibuk duk main sana sini kan. Kalau dibiarkan haru biru majlis pertunangan mak sedara dia ni. Kadang-kadang...ibu pun lost control dengan adik ni tau. Apa pun, ibu tetap cayang adik. Buah hati pengarang jantung ibu :)

Bulan 11 ni Insyaallah majlis perkahwinan pulak akan berlangsung. Moga Allah S.W.T permudahkan segala-galanya bagi kami adik beradik untuk menguruskan majlis adik bongsu kami ni sebaik mungkin. Dah boleh agak, konpem kami semua akan kepenatan sampai tak terbangun tapi tak apalah...ini majlis perkahwinan yang terakhir dalam keluarga kami maka ia patut dilaksanakan semeriah mungkin. Insyaallah.

Tahniah untuk u oll berdua!





Rasa macam ibu-ibu sangat


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Salam pagi yang penuh rasa 'keibuan'. Hihihi....sebelum ni tak terasa macam ibu ke?....Well,rasa. Tapi pagi ni terlebih feel pulak sebab bila buka facebook ada mesej dekat wall. Bukak-bukak dapat mesej ni dari sahabat tersayang, Sabariah Djumat.




Thanks leng untuk ucapan sempena hari ibu ni. Rasa macam sweet je sebab dedication dalam bentuk pantun cam gitu. Old school sangat kau ni...bagus2, aku suka. Tak tau pulak kau ada bakat terpendam dalam bab pantun memantun ni ek. Variasi betul pantun kau ni leng...pantun dua kerat ada, pantun empat kerat pun ada. Mesti kau berusaha keras untuk create pantun ni kan. Terasa diri ini begitu berharga..tetiba jek. Hihihi.

Amin untuk semua doa kau leng. Moga doa insan sebaik kau dimakbulkan Allah S.W.T. Insyaallah persahabatan ni akan kekal sampai bila-bila. 

Kebetulan dah story bab ibu ni...malam tadi ibu ammar dan family sambut hari ibu untuk emak tersayang.  Zaharah Binti Ismail. Selamat hari ibu mak...bersyukur sangat kita ditakdirkan lahir dari rahim mak. Seorang mak yang amat penyayang..dan sentiasa risaukan anak-anaknya walaupun yang dah berkahwin. Sayang mak sangat-sangat..




Kek ni homemade by kakak kedua...Kek ni amatlah cedapppppp. Terutamanya buah-buah peace dekat atasnya tu. Walaupun dia tengah sarat mengandung (8 bulan) tapi masih mampu kuatkan diri buat kek comel ni untuk mak tersayang. Moga Allah mempermudahkan kelahiran anak pertamanya yang dijangka awal bulan depan. Insyaallah...pasti ada balasan baik dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin :)

Sebelum terlupa..ucapan hari ibu jugak ditujukan untuk kakak-kakak tersayang.

  • Rohaya Binti Abdul Ghani - 4 orang cahaya mata
  • Zaidah Abdul Ghani - bakal ibu bulan depan, Insyaallah
  • Nor Rohani Binti Abdul Ghani - 2 orang cahaya mata

Moga kita semua mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak tersayang :)


Selamat hari guru sahabatku


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Mood Hari Guru bermula....Entry ni ditujukan khas untuk SAHABAT tersayang, Cikgu Sabariah D'Jumat. Sabah sweety girl ok...so, u oll jangan terasa pelik dengan namanya tu walaupun pada realitinya empunya nama ni memanglah amat pelik (jangan marah ye leng). Nama manjanya leleng...tapi ibu ammar panggil dia dengan panggilan 'tok'. Ada sejarah disebalik panggilan ni...hehehe.

Mula mengenali leleng masa study dekat Universiti Utara Malaysia sesi 2005/2008. Kami stay di kolej kediaman yang sama, Kolej Muamalat. Ini menyebabkan kami rapat seakan adik beradik. Bukan seakan tapi memang adik beradik. Leleng ni peramah sangat orangnya, lebih tepat friendly. Ini membuatkan ibu ammar amat selesa berkawan dengannya.

Susah senang kami rasa bersama....maklumlah bila di alam study ni, masing-masing duduk jauh dari family maka kawan adalah family yang paling akrab pada masa tu. Bila ibu ammar ada masalah, ibu ammar story dekat dia and bila dia ada masalah, dia pulak story dekat ibu ammar. Konsep sharing is caring gitu. Tiada rahsia antara kami.

Banyak persamaan antara kami...jiwa kami sama. Yang penting kami sama-sama suka makan ikan keli bakar pak andak. Hehehe.....habis kelas, balik kolej cepat-cepat, beratur dekat cafe dengan penuh kesabaran, pastu beli ikan keli bakar. Naik tangga bangunan 4 tingkat laju-laju, makan dengan penuh nikmat sambil menikmati minuman berais. Syoknya :)

Satu lagi kenangan yang tak boleh dilupakan...masa study dulu kitaorang ada kelas malam. Actually, ibu ammar dan leleng ni bukan satu kos atau fakulti tapi kebetulan jadual kelas malam kami sama. Lepas habis kelas dalam pukul 10:30pm gitu, sempat lagi kami beli aiskrim then lepak-lepak dekat kerusi batu sambil tengok bulan dan bintang. Tenang sangat-sangat time tu.

Waaaaaaaaaaa...masih segar dalam kotak fikiran ni dan ia akan sentiasa segar sampai bila-bila. Realitinya...kini, sambil mesej dengannya pun, ibu ammar boleh menangis sebab terlalu merinduinya. Inilah persahabatan...ia tidak boleh diterjemah dengan kata-kata mahupun penulisan. Hanya insan yang dikurniakan SAHABAT sahaja mampu merasainya.

Ni satu-satunya gambar leleng yang masih tersimpan rapi dalam wallet ibu ammar, diselit diantara gambar mak dan ayah. Gambarnya kecil tapi amat besar dimata ibu ammar. Gambar ni ibu ammar mintak dengan leleng masa nak tamat study dulu untuk dijadikan kenangan.

Ni pulak gambar yang dicuri dari FB dia 10minit lalu. Hehehe....comelkan Cikgu Sabariah ni :)


Selamat menyambut Hari Guru leng, aku doakan kau akan sentiasa success dalam apa jua yang kau lakukan. Rajinkanlah diri study untuk tamatkan Pengajian Jarak Jauh Master kau. Aku tumpang happy untuk kau. Love u damn much :)















Hati mula risaukan ammar


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Now...at office tapi hati, jiwa, fikiran melayang-layang rindukan ammar. Rindu tu normal tapi risau ni yang membuatkan diri bertambah gusar. Risau sebab pagi tadi ammar bangun tidur dan dia batuk-batuk pulak. 2 3 hari ni dia memang selsema tapi takdelah teruk...jadi ubat diberi tanpa konsisten, maksudnya kalau dia nampak ok sikit so ubat stop bagi..kalau nampak meleleh hingusnya bagi balik ubat. Bukannya apa, ammar ni susah nak makan ubat, kadang-kadang kasihan nak paksa-paksa sambil pegang tangan dan kaki dia kuat-kuat. Benda tu menyakitkan dia.....(alasan yang kukuh agar tidak dituduh ibu yang lalai, hikhik)

Mungkin bila selsema lambat sembuh, mulalah berkahak...and now, batuk. Ammar ni pulak ada lelah (ada doktor cakap dia lelah..ada pulak cakap dia masih kecil dan tak pandai keluarkan kahak maka ia nampak seakan lelah tapi sebenarnya tak). Ibu pun dah jadi konfius tahap gaban bab ni...

Tadi sebelum tinggal ammar dekat rumah akak, dah bagi ubat selsema dan batuk+lelah..harap-harap Allah sembuhkan ammar dengan ubat tu. Insyaallah....risau ibu dengan adik ni. Nanti time rehat ibu col ayah pergi jenguk adik yep. 

Adik cepat-cepat sembuh ye sayang 




Ammar di usia 1 tahun


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Entry kedua ditulis pada hari ini. Hehehe...melepaskan geram setelah lama tak dapat nak berentry kan. Tetiba merindui anak teruna kesayangan pulak. Maka, macam biasa entry ini ditulis tentang dia, Ammar!.
Hari ni umur ammar dah 1 tahun 29 hari, esok genaplah 1 tahun 1 bulan. Semakin besar anak ibu, Alhamdulillah :)

Bila sudah menjadi sorang ibu...pasti ada walaupun sedikit perasaan mahu membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Membuat perbandingan bukan sebab cemburu tapi kerana mahu melihat perkembangan anak..adakah ia berkembang seiring dengan usianya. Yang pasti perkembangan seseorang kanak-kanak tak kan sama dengan kanak-kanak yang lain. Ada yang boleh jalan dulu..ada pulak yang tumbuh gigi dulu.Okey..apa cerita dengan ammar?Apa yang mampu dilakukan diusia 1 tahun.

  • Berjalan

  • Minum menggunakan straw

  •  Menepuk kedua-dua belah tangan

  • Pengacau utama bila ayahnya drive :)


  • Sukakan gitar




Antara lainnya lagi:
  • Mampu menyebut 'ayah' tapi amat sedih belum mampu panggil 'ibu' :(
  • Amat sukakan minuman coklat (dutch lady)
  • Mampu menendang bola
  • Mengenali ayam dengan panggilan 'kokok'
  • Memanggil kucing dengan menghulurkan tangan berserta membunyikan suara

Ini antara perkara-perkara yang ammar mampu lakukan, tapi ada 2 benda yang ibu agak tensen. Hihihi...tensen lagi tu. Bukan tensen tapi bila memikirkannya..maka mengeluhlah si ibu ni. Apa tu ek?

Pertama, Ammar belum mampu memegang botol susunya sendiri .Bila dia nak minum susu, wajib ada seseorang yang perlu pegangkan botol susu untuk dia. Ibu ammar ngaku ini silap ibu ammar kot sebab terlalu sayang kan, sejak kecil bila ammar nak minum susu...dengan rela hati duk pegang je sampaikan bila dah besar pun ammar tak pandai nak pegang sendiri. Sob--sob..sob!


Kedua, Ammar belum tumbuh gigi. Jangan tak percaya ye u oll..ammar belum tumbuh gigi. Betul...tak tipu :). Belum pun ada tanda-tanda giginya nak munculkan diri. Demi menyedapkan hati yang gusar ni..selalu je tenangkan hati dengan ayat-ayat manis. Contohnya, 'ammar dapat kaki cepat..so,normallah giginya lambat tumbuh'. Tenangnya hati bila dipujuk macam ni kan. Hihihi.... 
Takpelah anak teruna ibu....walaupun adik belum pandai pegang sendiri botol susu adik tu dan gigi adik pun belum tumbuh-tumbuh, ibu tetap sayang adik. Love u cayang!. Pada sesiapa yang ada anak, adik atau nephew yang seusia dengan ammar bolehlah kongsi-kongsi sini yep. janganlah segan-segan ek. Ok u oll, Assalam.



Blog berwajah baru lagi


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Akhirnya siap ibu ammar memunggah segala susun atur perabot-perabot dalam rumah (blog) ni. Biasalah kan...kalau dah memegang watak suri rumah ni, konpem suasana akan sentiasa diubah. Tak kiralah di rumah mahupun di blog. Tiba masa kita akan rasa boring dengan keadaan yang sentiasa sama kan. Maka...ia perlu diubah atau di renew untuk menghasilkan satu suasana yang baru.

Segala yang dianggap memberatkan blog atau dengan kata lain, tidak diperlukan..telah dibuang dengan rela hati. Amat berpuas hati dengan perubahan blog yang ada sekarang. Moga ia bertahan lama sebelum diubah lagi oleh ibu ammar :)

Moga kalian bersenang hati bila singgah di blog ni yup!

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome