ammar dah pandai nak mengikut



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Nak story sikit hari ni Muhammad Ammar Muhaimin dah pandai nak mengikut ibu dan ayah dia pergi kerja. Aduiiiiiii....inilah yang ibu dan ayah ammar paling risaukan dari dulu.

Nak dijadikan cerita masa hantar ammar rumah kakak..bawak masuk semua barang-barang ammar dalam rumah. Ammar masih di dalam kereta leka bermain dengan ayahnya. Rutin biasalah kan..ayah ammar akan cium ammar puas-puas sebelum past dekat kakak.

Dah siap kiss situ, kiss sini bagilah dekat kakak. Kakak masuk kan dalam walker bagi dia bebas bergerak. Sambil tu tangan ammar asyik duk dalam mulut jer..dalam fikiran ibu ammar mungkin ammar dah lapar. So, cadangkan dekat kakak supaya suap nestum  segera sebab semalam dia tak makan sebelum tidur. 

Kakak siapkan nestum dan bagi dia makan..ibu dan ayah ammar ambil kesempatan untuk cepat-cepat masuk kereta bagi elak ammar hantar kitaorang dekat pintu yang dah dipagar dengan muka yang sedih seperti sebelum-sebelum ni. Ok, misi berjaya...masuk kereta tanpa dapat dikesan oleh ammar.

Sekali tu tiba-tiba ammar dengan lajunya tolak walker ke muka pintu sambil tengok ibu dan ayah dia.. Last-last dia angkat tangannya sebagai petanda minta untuk didukung. Ayah ammar yang secara semulajadi 'ada taman dalam hati' tu terus keluar kereta ambil ammar.. sob,sob,sob :-(

Ayah ammar pun decide bawak ammar pergi makan dan jalan-jalan dulu lepas tu baru hantar balik. Ibu ammar mengangguk tanda setuju walaupun dalam hati risau sebab masa tu dah masuk waktu kerja.Redha jelah kan....demi anak. Bila dah masuk kereta wajah ammar berseri-seri kembali :-)


Jangan risau sayang, ibu tak marahkan ammar pun. Ammar tak nak pisah dengan ibu dan ayah ek. Kejap jelah sayang nanti petang ibu datang ambik. Tengok tu..bukan main happy anak teruna ni sorang. Main puas-puas nanti nak kena tinggal lagi. Hehehe..

Kakak dan abang ipar datang makan dekat kedai gak menaiki motor sebagai umpan untuk memujuk ammar. Ammar memang...kalau nampak je motor, yang lain booooo layan. Maka legalah hati ibu dan ayah ammar.

Hari ni ibu dan ayah punch card pukul 8:40am demi buah hati tersayang.


game dahulu kala yang mendewasakan kita



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Bila mencecah umur 27 tahun dengan status isteri kepada Muhammad Amrie Firdaus bin Shaari dan ibu kepada seorang anak yang comel Muhammad Ammar Muhaimain,  terasa seperti ingin kembali ke zaman kanak-kanak. Ini bukan bermakna alam perkahwinan yang dilalui sekarang tak membahagiakan ya tetapi sekadar mengimbau kenangan lalu.

Zaman kanak-kanak sekarang amat berbeza dengan zaman kanak-kanak dahulu. Amat jauh berbeza ya…boleh dikatakan hampir 80%.  Orang kata ‘dunia dah berubah’ maka zaman kanak-kanak sekarang juga turut berubah. Kadang-kadang apabila melihat kanak-kanak di dunia baru membesar terlintas di fikiran ibu ammar “sungguh rugi korang membesar di zaman sekarang”. 

Kalau semua orang berfikiran seperti anda..mungkin dunia tak kan maju! Terpulanglah kan..setiap orang ada pendapat masing-masing.  Masa zaman kanak-kanak dulu ibu ammar ada ramai kawan..kiranya di kawasan rumah yang umur sebaya akan jadi best friend. Lelaki dan perempuan main sama-sama. Antara permainan yang dikira famous lah kan…hehehe. Ibu ammar gunakan bahasa Terengganu lah yek, hope korang fahamlah.

1.Tol Nusuk 

Permainan ni kalau dalam bahasa standardnya main sorok-sorok tapi dalam dialek Terengganu panggil ‘Tol Nusuk’. Game ni kalau lagi ramai yang main lagi best.. Cara mainnya seorang akan jadi tukang kira yang lain nyorok sesuka hati dekat mana-mana je. Tempat nyoroknya pulak mencabar. Semua tempat sekeliling rumah..kadang-kadang sampai ke rumah jiran sebelah nyoroknya.Hehehe…Dah habis kira..tukang kira ni akan cari orang yang menyorok tu sampai jumpa. Yang paling first dijumpai akan jadi tukang kira pulak..


Budak-budak zaman sekarang ada gak lah yang main tapi parents dah tak bagi main nyorok luar dari dalam kawasan rumah. Bahaya katanya…nanti dibawak lari orang. Terutamanya anak-anak yang perempuankan. Lagi satu main pulak dengan adik beradik je..maklumlah zaman sekarang mana ada lagi budak-budak  yang  datang main kat rumah jiran kan.Kalau game ni main dalam rumah je manelah bestkan..dah boleh agak adik atau abang kita nyorok dekat mana. Hehehe…sungguh tidak mencabar!

2.Lempor Selipar

Korang faham tak permainan apa ni? Ok2..sila jangan marah pada diri sendiri sebab tak faham yek. Let’s me explain. Permainan ni pun sama lagi ramai joint lagi best main. Alatan yang diperlukan hanyalah selipar sahaja.I ni gambaran gamenya...penat i cari dekat tenet tau :-)


Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan. Selipar akan disusun secara berdiri yang berbentuk seakan segi tiga. Pemain akan membaling ke arah selipar yang disusun tu dengan menggunakan selipar jugak sehingga terbalik. Bila dah terbalik pemain tu kena berlari secepat mungkin supaya mencapai satu round sebelum pihak lawan siap menyusun balik selipar yang dah terbalik tadi ke bentuk asal. (Menulis sambil membayangkan zaman kecik-kecik dulu~indahnya kenangan kan).

Budak-budak zaman sekarang dah tak main ni. Diorang main game yang seakan sama tapi tak serupa di tempat tertutup,beraircond,perlu bayar sebelum main dan perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu Bowling. Hehehe..Tu pun bagi kanak-kanak yang mampu mengangkat dan membaling bola bowling tu lah. Kalau tidak...tengok jelah :-)

3. Cepi

Korang tau tak permainan cepi tu apa? Kalau dekat Terengganu, ia merujuk kepada permainan tudung botol tu. Ingat tak zaman kita kecik-kecik dulu kita suka ambil tudung botol kicap mak dekat dapur..siap kena marah lagi tu sebab mak terpaksa tudung kicap guna plastik then ikat dengan getah. Hehehe...Tudung botol tu kena kumpul samapi 5 keping pastu baru boleh main. Selalunya main dengan adik je...2 orang. Tak pun kakak joint sekali..3 orang. Tapi bila kakak joint akan jadi pergaduhan sebab dia lagi pandai main dari kita. So, kita frust...buat muka seposen pastu gaduh. Hehehe...


Tudung botol tu kena simpan elok-elok sebab nanti kalau mak terpijak terus dia buang jauh-jauh. Maknanya lambat lagilah boleh main sebab kena tunggu mak beli kicap seterusnya bulan depan :-)

4. Ziropen

Pelik tak korang rasa nama ni? Ibu ammar pun rasa pelik bila nak tulis. Lucu jer rasa...Ia dipanggil Ziropen sebab setiap kali nak lompat kena sebut "Ziropen" kalau lupa nak sebut giliran dia tu dikira batal. Hehehe.

Permainan Ziropen ni merujuk kepada game yang seurat getah disambung-sambung sampai panjang. Kemudian pemain akan melompat melepasi getah tu. Akan ada 2 orang yang akan tarik getah tu menjadi tegang. Sambungan getah tu mula diletakkan di paras buku lali, then kalau lepas (confirmlah lepas kan..rendah sangat tu) up lagi ke lutut. Seterusnya ke pinggang,dada, telinga, kepala dan atas sekali diangkat melepasi kepala. 


Sapa-sapa yang lepas tahap paling tinggi tu confirm boleh masuk pertandingan lompat tinggi dekat sekolah sebab game ni lebih kurang sama je :-)

Ayah ammar selalu bercerita..masa dia kecil-kecil dulu dia selalu pergi melastik burung dalam hutan dengan member dia. Yang comelnya, arwah ayah mertua selalu ikut senyap-senyap dari belakang untuk pastikan keselamatannya. Ayahnya caring patutlah Muhammad Amrie Firdaus pun caring orangnya. 

Haaaaa....lupa nak bagitahu pernah tengah-tengah ayah ammar story pengalamannya masa kecik, ibu ammar ada tanya "agak-agak abang...ammar boleh merasa pengalaman yang sama macam abang rasa tak?....masuk hutan cari burung". Ayah ammar cakap "sekarang ni hutan tu dah macam tak selamat lagi sebab selalu dengar harimau mengaum"... :-(

Nampaknya ammar tak dapatlah pengalaman melastik burung...tapi pengalaman main game 'angry bird' pasti boleh. Hehehe..

Ok lah semua. Kesimpulannya zaman kecil anak-anak kita tak akan sama dengan kita dulu. Zaman dah berubah, situasi pun berubah tetapi kenangan tetap teguh dalam ingatan.



awal muharram yang terindah



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Apa khabar? Harap sihat-sihat semua dalam rahmat Allah S.W..T ya. Hari ini dah 14 Muharram bermakna 14 hari juga buku catatan baru kita dibuka. Yang tahun lepas dah tertutup rapat tanpa boleh diubah lagi...macam mana kawan-kawan semua bila direnungkan kembali banyak catatan sebelah kanan bahu atau pun kiri bahu? atau pun tiada masa untuk merenung benda-benda ni semua..tepuk dada,tanyalah hati.

Ibu ammar bersyukur sangat pada Awal Muharram tahun ni...seakan-akan Allah melimpahkan pelbagai rezeki. Perlu diingatkan disini perkataan REZEKI bukan semata-mata merujuk kepada DUIT. Rezeki tu luas maknanya jika kita luaskan pemikiran kita. Rezeki ni termasuklah anugerah zuriat,kasih sayang, ketenangan, berlapang dada, perasaan untuk bertaubat dan mendekatkan diri pada Allah juga dianggap rezeki. 

Ok, rezeki yang ibu ammar maksudkan ialah perasaan untuk membuat amalan-amalan sunat dalam Islam. Sebelum ni ibu ammar tak pernah baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Jahilnya kan..Tapi tahun ni Allah SWT gerakkan hati ibu ammar untuk search doa-doa ni dekat internet then baca selepas asar untuk Doa Akhir Tahun dan selepas maghrib untuk Doa Awal Tahun. Syukur Alhamdulillah...rezeki pertama di Awal Muharram.

Di Awal Muharram ni jugak....ibu ammar mulakan dengan Solat Sunat Dhuha. Dah 27 tahun hidup...tahun ke-27 baru nak bersolat Sunat Dhuha. Amat jahilkan....Hati ni tergerak nak amalkan Solat Sunat Dhuha bilamana adik bongsu kesayangan pernah menyatakan "Solat Sunat Dhuha ni membuatkan kita merasa cukup"..Ibu ammar amalkan setiap pagi, Alhamdulillah hati menjadi tenang sangat..Alhamdulillah Ya ALLAH. Sebelum ni ada jugak tergerak hati nak Bersolat Sunat Dhuha tapi macam-macam alasan yang datang terutamanya bab make up. Biasalah perempuan ni kan..nanti nak ambil wuduk kena bukak tudung,cuci make up semua..lepas solat nak bersiap untuk pakai balik tudungkan. Uhhhhhhhhh...whatever. Ini semua kerja syaitan laknatullah. Tipsnya tekadkan dalam hati..pasti Allah akan memberikan kita kelapangan..

Ibu Ammar jugak berpuasa di 10 Muharram. Korang puasa tak? hehehe...Agak berbangga ya disini!. Bukan berbangga sebenarnya tapi bersyukur, ibu ammar insan terpilih. Allah telah memilih hati ini untuk berpuasa. Pada tahun-tahun sebelum ni..sketsa biasa di hari 10 Muharram. 

''jom breakfast"
"Eeeermmm...tak apalah,saya puasa hari ni"
"Eh, puasa? puasa ganti ek?"
"Tak adalah saya puasa sunat 10Muharram"
"Ooooooooo....%#@*!~"

Alhamdulillah tahun ni dah semakin memahami akan nikmat berpuasa di 10 Muharram tatkala orang lain tak berpuasa terasa seakan-akan Allah sayang diri ini.  Semoga dipanjangkan umur ke tahun hadapan untuk menunaikan puasa sunat 10 Muharram lagi.Amin.

Di tahun baru Islam ni jugak..ibu ammar berdoa sangat semoga Allah membuka pintu rezeki agar ibu ammar dapat melangsaikan sisa-sisa hutang yang masih ada. Takut sangat bila difikirkan soal hutang ni. Takut bila diambil nyawa ni dari jasad...amal yang dilakukan sepanjang hidup ini tidak dapat dihisab.Nauzubillahminzalik...

Semoga Tahun baru Islam ni Allah memberikan kita peluang untuk bertaubat dan memperbaiki hubungan kita dengan Nya. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah..yang buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri. Terima kasih Ya Allah untuk Awal Muharram Yang Terindah!

Sebelum mengakhiri post ni..Marilah kita renungi kata-kata dibawah ni.
JANGAN BERHENTI BERDOA!


 


ammar pengganti jam loceng



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH 

Mata ngantuk...dekat office dah lah tak ada keje nak dibuat. Lagilah menjadi-jadi ngantuk ni. Ni semua ammar punya pasal lah. Eh...eh...sedap mulut nak salahkan anak aku pulak ek!.Hehehehe....Oh...drama...drama...drama :-)

Situasi dekat bilik tidur 
"Adik ammar...awalnya adik ammar bangun sayang.....baru pukul 4:30am ni"...

"Tidurlah sayang"

Ulit-ulit, bagi susu..tetap nak bangun main. Try plak cara lain masukkan dalam buai...setangah jam dodoi mata langsung tak ada ciri-ciri nak terlelap je.

"Abang...bangunlah abang. Main dengan ammar ni. Sian dia". Si ayah ammar bangun sambil mata terbuka 180 darjah sahaja. Hehehe..Tepat jam 6:00am jam loceng ayah ammar berbunyi..Belum pun sempat jam tu berbunyi nyaring cepat-cepat off. 

Ni menunjukkan ammar membuatkan ibu dan ayah sentiasa bangun awal dari jam loceng. Mungkin lepas ni perlu buang sahaja jam loceng tu sebab setiap pagi ammar menjalankan tugasnya dengan baik sekali. 

Sekarang ni ammar dah ada pe'el dia tau. Korang faham tak pe'el tu maksudnya apa. Pe'el ni macam perangai dia lah ek..Kalau kita tak layan dia mulalah dia jerit kuat-kuat. Aduiiiii.......


Mungkin ammar bangun awal sebab rindu nak main dengan ibu dan ayah dia kan..Maklumlah, ibu balik keje pukul 5:30pm. Pergi ambil dia kadang-kadang pukul 6:00pm. Pukul 7:00pm dia dah tidur..masa manalah sempat nak bermanjakan. Sian anak ibu..Tak apa sayang...kalau memerlukan one day ibu perlu berhenti kerja, ibu akan resign demi anak ibu. Huhuhu.

Ibu sayang adik ammar!



kelebihan surah Qul HuwAllahu Ahad



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Banyaknya kelebihan membaca surah Qul HuwAllahu Ahad. Jom kita tengok!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem.Qul Huw-Allahu Ahad.Allah-us-Samad.Lam yalid wa lam yulad.Wa lam yakul lahu kufuwan ahad
Maksudnya:
  
In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. Say: He is Allah, the One! Allah, the eternally Besought of all! He begetteth not nor was begotten And there is none comparable unto Him.

Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ

Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.” (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).

Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”


  

solat dhuha ~ pembawa rezeki


ASSALAMUALAKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Dah Solat Dhuha hari ini kengkawan?Kalau belum...masih ada masa lagi. Waktu dhuha belum tamat lagi. Kalau tak sempat nak buat hari ini,jangan bimbang...esok masih ada. Doakan sahaja moga usia kita dipanjangkan agar kita berkesempatan menunaikan solat Sunat Dhuha.

Solat Dhuha ni pembuka pintu rezeki..dulu ibu ammar ambik remeh pasal Solat Dhuha ni. Memang tak pernah ambil tahu..solat lagilah jauhkan. Sehingga 2minggu lepas adik kesayangan menyatakan tentang nikmat Solat Dhuha ni. Dia cakap "bila kita Solat Dhuha ni...kita boleh rasa kesannya. Contoh, gaji kita memang tak naik tapi bila kita gunanya untuk isi minyak kereta, belanja makan minum harian, bagi mak ayah...kita tetap rasa duit tu cukup,kadang-kadang siap ada lebih lagi".

So...ibu ammar rasa teruja sangat...terdetik untuk turut melakukan Solat Dhuha. Ibu ammar tanamkan dalam hati, Awal Muharram tahun ni mulai dengan Solat Dhuha. Alhamdulillah..terasa nikmatnya. Rezeki tu ada je.....2 hari lepas,ada tengok status dekat FB tentang pengat durian. Dalam hati memang teringin sangat. Sekali pergi rumah mak...ibu tersayang buat pengat durian. Syukur Alhamdulillah...dapat berbuka puasa dengan pengat durian. Mabelousssssssssss...

Malam seterusnya adik pulak buat Puding Roti Berkastad...punyalah sedap. Satu loyang dia bagi bawak balik. Makan sampai pengsan..hehehe. Ini juga rezeki yang tidak disangkan-sangka kan :-)

Sesungguhnya Allah telah berjanji bagi sesiapa yang menunaikan Solat Dhuha, Allah  S.W.T sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
Disini Ibu ammar sertakan tatacara menunaikan Solat Dhuha.
Rakaat Pertama: Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha, Takbiratul Ihram, Doa Iftitah, Membaca surah al-Fatihah, Membaca Surah al-Qur’an (Tak kisah surah apa pun,surah yang pendek2 pun tak apa), Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud kali kedua, Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua: Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10), Duduk untuk tahiyyat akhir, Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Seterusnya baca Doa Solat Dhuha.
 
Kalau rasa tak confident nak baca ni...baca yang rumi pun tak apa


Jangan kata sibuk sampai tak ada masa untuk menunaikan Solat Dhuha. Pasangkan niat dalam hati..pasti Allah akan memberikan kelapangan kepada kita. Insyaallah :-)



reaksi rakyat malaysia ~ burger free McD

Agak-agak apa reaksi rakyat Malaysia apabila McD beri burger free? Macam-macam dah nasihat para ulamak agar tidak mengambil burger tu dalam usaha memboikot barangan Israel. Tapi keputusannya....Mari kita tengok sama-sama!


Hasilnya..berderet-deret orang Malaysia yang pentingkan diri beratur. Orang yang bukan beragama Islam sibuk membuat demostrasi untuk memboikot burger McD, kita pulak orang yang beragama Islam...Hamba Allah S.W.T...umat Nabi Muhammad S.A.W sibuk beratur nak ambil burger free tu.

Ibu ammar bukan nak mengutuk...mungkin diorang ada alasan tersendiri. Tapi dioarang tak terfikir ke...selama ni mana ada pernah McD buat amal jariah macam gini, bagi burger free bagai. Tiba-tiba pulak time Bumi Gaza diceroboh, dia duk bagi burger free. Nampak sangat kan...

Korang ingat dengan 200,000 biji burger free yang akan diberikan tu boleh ganti balik semua kemusnahan dekat Gaza, nyawa dan penderitaan penduduk Gaza. Fikirlah sikit....agaknya pihak pengurusan McD yahudi laknattullah tu dah bertepuk tangan...bersorak hoorey melihat negara umat Islam masih menyokong kuat produk diorang walaupun umat seagamanya dikepung, diseksa dan dibunuh. 

Mungkin ada yang beranggapan, boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia"....kata manusia yang 'bijak' pandai.

Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil yang sayangkan kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.


"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."


Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan burger percuma??

Tepuk dada...tanyalah iman.



Lelaki~sebelum kahwin lain~bila dah kahwin lain!

Kenapa tiba-tiba je rasa nak story bab ni ek?.  Mungkin sebab ibu ammar salah seorang dari berjuta-juta wanita yang berpendapat begini. Hehehe…Tipu jer :-)

Entahlah...mungkin ada betulnya ungkapan ini. Tapi cuba kita (wanita) berfikir secara logik kenapa sebelum dan selepas ianya menjadi LAIN. Bukan LAIN sebenarnya tetapi situasi menyebabkan ia sedikit berbeza.

PART 1 ~ ‘BERMESEJ’

Sebelum Kahwin:
"Setiap 1 Jam hantar mesej ucap I LOVE U"

Selepas Kahwin:
"Wife hantar mesej…bukan main liat nak reply. Siap wife bagi warning lagi…kalau tak reply maknanya tak sayang. Hehehe…Lepas tu baru reply"

Tak perlu pun hantar mesej setiap 1 jam untuk wish I LOVE U sebab setiap pagi sebelum pergi kerja si suami dah wish siap-siap sekali dengan extra kiss dahi,pipi,bibir lagi kan..Sebelum kahwin mana boleh buat macam tu.Hehehe.

PART 2 ~ ‘SIKAP’

Sebelum Kahwin:
"Sayang ni cantiklah…abang rasa macam tak pernah jemu tengok sayang. Mata bulat,lubang hidung bulat,bibir bulat. Hehehe.Bla…bla…bla"

Selepas Kahwin:
"Wow cantik giler perempuan tu….kalau dapat yang macam tu memang abang tak keluar bilik lah"

Bukan main tinggi dia puji kan…hati mana yang tak jeles. Tapi percayalah..setinggi mana pun dia puji, isteri tersayang tetap bertakhta di hati. Jadi tak payah lah nak bimbang. Biasalah lelaki bermulut manis kan…Kadang-kadang si suami ni saje je nak uji kita. Kalau rasa tercabar…cubalah jadi macam girl yang husband kita kata cantik tu.

PART 3 ~ ‘MAKAN MINUM’

Sebelum Kahwin
"Setiap hari makan tengahari sama. Makan pulak tak mainlah dekat warung…hari-hari KFC"

Selepas Kahwin
"Jarang sekali boleh makan tengahari sama-sama. Kalau keluar makan pun makan dekat kedai biasa-biasa je…paling grand pun makan nasi ayam"

Kalau bab makan ni konpem 70% berbeza bila dah kahwin. Maklumlah…dulu lelaki tu tak tanggung kita. Memang duit tak habis lah. Sekarang ni…nak beli kosmetik pun kita mintak duit dengan dia kan. So, budget dia dah berubah…gaji yang dapat tu banyak cabang perlu dibahagi.

Gaji sebelum & selepas kahwin sama je…kalau naik pun adalah rm50~rm100.00 setahun kan. Tapi perbelanjaan yang perlu dicover makin bertambah. Kalau ada anak lagi lah kan…untuk pampers,susu,nestum semua dia yang tanggung kan. Jadinya…bersyukurlah dengan apa sahaja yang termampu oleh suami kita. Tak apa tak dapat makan mewah asalkan duit yang ada mampu untuk makan sebulan sebelum dapat gaji next month.

PART 4 ~ ‘KASIH SAYANG’

Sebenarnya part ni lah yang kaum wanita / isteri paling sensitif. Jiwanya akan memberontak bila terasa kurang sehingga terpancar pada setiap tindak tanduknya. Maklumlah…Isteri ingin sentiasa dibelai oleh suami, ingin dilayan seperti kanak-kanak kecil.

Bagi wanita / isteri tiada kompromi dalam bab kasih sayang. Umpama sebuah kereta…minyaknya perlu sentiasa penuh. Kalau tak penuh pun perlu sentiasa ada…sekiranya tidak kereta tidak dapat berjalan / berfungsi.

Begitu jugak dengan kasih sayang dari seorang suami…mungkin selepas kahwin suami tidak dapat bagi sepenuhnya kasih sayang sebab terpaksa berkongsi dengan anak-anak, tapi perlu sentiasa ada untuk si isteri. Bagi peluang untuk isteri merasa bahagia dengan kasih sayang suami setelah penat seharian menjaga anak dan menguruskan rumah tangga. (kenyit mata tanda setuju! Hehehe)

Lepas ni kita jangan merungut lagi ek wahai si isteri semua. Suami kita adalah yang terbaik untuk kita kerna ia pemberian dari Allah. Mari kita renung maksud hadis ni!

'Sebaik-baik wanita apabila diberikan sesuatu dia bersyukur, apabila tidak diberikan apa-apa dia bersabar...juga yang menyenangkan hati suami serta mentaatinya bila suami menyuruhnya"

Gambar kat bawah ni so suwitttttttttttttt!

 U r my prince...u r my princes


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome