Mohon isteri berkerjaya redhakan rezeki itu


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh



Keratan renungan ni ibu ammar ambil dekat laman sosial Facebook untuk dikongsikan bersama di sini. Nasihatnya amat berguna untuk para isteri yang berkerjaya. Maklumlah sekarang ni majoriti wanita yang berkahwin akan berkerja. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja kerja asalkan halal. Kadang-kadang terdapat segelintir suami yang tidak bagi isterinya bekerja dengan alasan tempat isteri dirumah. Well, kena redha jelah kan...tapi percayalah si isteri ni akan tetap mencari inisiatif lain untuk melakukan sesuatu yang boleh memberikannya pendapatan. Contohnya, mengasuh anak jiran, ambil upah jahit baju, ambil upah jahit manik dan lain-lain lah.

Niat menjana pendapatan sendiri ni sudah tentu untuk membantu si suami tercinta top up mana-mana yang tidak cukup dan selebihnya untuk membeli keperluan diri sendiri. 

Selalunya suami akan dapat gajinya terlebih dahulu di akhir bulan bagi yang bekerja di sektor kerajaan dan seterusnya menghabiskan 3/4 daripadanya untuk membeli barang rumah, membayar kereta dan sewa rumah.  Manakala si isteri pula dapat gaji di awal bulan...bila gaji suami dah habis dibelanjakan untuk keperluan rumah, u oll rasa apa akan jadi dengan gaji si isteri???

Haaaaaaa....inilah sebab musabab nasihat di atas perlu dititikberatkan. Bila si suami dah membelanjakan 3/4 daripada jumlah keseluruhan gaji, si isteri perlulah berjimat cermat sehabis mungkin walaupun pada dasarnya dia boleh berjoli sakan dengan duit gaji dia tu dan membeli apa sahaja yang dia mahukan. Namun dia tak boleh berbuat demikian sebab yang ada sekarang hanyalah gajinya untuk perbelanjaan harian sebelum sampai ke pusingan gaji suami yang seterusnya. 

Pasti ada sedikit terselit rasa tidak puas hati bila terpaksa catu duit gaji dan tak dapat nak beli barang yang diingini semata-mata untuk memastikan perbelanjaan keluarga cukup. Kadang-kadang terpaksa merelakan walaupun hati tak ikhlas. Kalaulah si isteri ada perasaan macam ni, kasihanlah dekat si suamikan. Tak lepas suami dekat akhirat nanti. Sebenarnya ibu ammar tak berapa faham sangat maksud 'tak lepas di akhirat nanti". Tapi kalau fikir secara mudah mungkin jika isteri tak ikhlas atas duit gajinya yang dibelanjakan untuk keluarga sedangkan ia tanggungjawab suami, maka suami seakan-akan menganiaya hak isteri.

Mulai sekarang...para isteri ikhlaskan lah setiap sen duit gaji anda yang digunakan untuk keperluan keluarga. Pasti ganjarannya jauh lebih lumayan di akhirat kelak. Insyaallah...


Scabies oh scabies!


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Lama tak menulis bukan bermakna hati dah lupa. Tipulah kan kalau cakap tak rindu, tempat jatuh lagikan dikenang ini kan pula tempat berkongsi soal hati. Chewahhhhhh..bukan main kau Senah bermadah. Sebenarnya, terlalu banyak perkara yang perlu di handle sehinggakan tiada masa untuk menjengah ke sini.

Dah hampir sebulan badan ammar dilanda gatal yang melampau. Dikategorikan melampau sebab tatkala tidur ammar asyik tergaru-garu then nangis tanda tak selesa. Memang agak tertekan si ibu dan ayah ni..Dah macam-macam ubat try termasuklah ubat dari farmasi,klinik kerajaan dan klinik swasta. Majoriti doktor cakap puncanya Scabies atau lebih dikenali sebagai hama.




Inilah rupa scabies..ia tinggal dibawah kulit.

Doktor klinik kerajaan nasihatkan agar tilam dijemur, kemudian baju-baju ammar dibasuh dengan air panas. Selain tu, ammar juga dibekalkan dengan dua jenis ubat sapu. Ada yang disapu 3 kali sehari dan ada pula disapu hanya waktu malam. Pegawai farmasi berpesan agar ubat sapuan waktu malam disapu  3 malam berturut-turut kemudian stop untuk beberapa hari bagi mengelakkan kulit menjadi hangus tanpa menyatakan kesan ubat itu yang boleh mendatangkan rasa hangat yang keterlaluan.

Maka, balik je dari kerja terus ibu ammar panaskan air dan basuh semua baju ammar. Ammar pula tidur dengan nyenyak sekali dan ini memberi peluang ibu dan ayahnya untuk menyapukan ubat ke seluruh badannya. Setelah disapu tak sampai 5minit, ammar nampak seakan gelisah...7 minit kemudian ammar menangis meraung-raung. Badannya terus jadi kemerahan...memang sah ubat ni membakar badannya. Tiada cara lain yang mampu dilakukan ketika itu selain membasuh keseluruhan badannya agar rasa panas hilang. Ammar terus menangis seakan merayu agar tidak dibasahi badannya di jam 12:00 malam. Ammar terus menangis tanpa mampu dipujuk lagi. Akhirnya ammar tidur dalam tangisan di bahu ibu. Hanya Allah yang mengetahui betapa sesalnya ketika itu. Kasihan anak ibu..Maafkan ibu dan ayah sayang!

Selang beberapa hari ammar selsema dan batuk sehingga membawa kepada lelah. Pada masa yang sama ammar juga demam. Tiada lagi gurau senda dari ammar coz dia tak boleh main lasak-lasak. Jika tidak ammar termengah-mengah. Ammar juga dah 2 hari tak minum susu, mungkin dia rasa sesak nafas kot. Ya Allah besarnya dugaan yang kau berikan...mungkin ini petanda aku lupa dan alpa mengingati Mu Ya Allah. Engkau berikan dugaan ini agar aku tidak terus leka. Jika ini mahu Mu, aku redha. Hanya satu yang mampu ku ucapkan Ya Allah...Alhamdulillah.

2 kali Ammar dibawa ke klinik menyedut gas...syukur kerna lelahnya beransur pulih. Tapi badannya masih gatal-gatal, sampailah semalam akak nasihatkan agar ammar dibawa ke klinik swasta di Kuala Terengganu. Mahal tak apa, duit boleh dicari...atas nasihatnya semalam terus bawa ammar pergi ke Klinik Ramli. Ammar diberi 4 jenis ubat. Ubat sapu, antibiotik,ubat makan untuk hilangkan gatal dan ubat lelah. Alhamdulillah sangat-sangat keesokan paginya gatalnya nampak tidak lagi kemerah-merahan. Malah sudah berkurang. Ya Allah, besarnya kekuasaan Mu. Akhirnya Engkau izinkan ahli syurga Mu ini sembuh walaupun buat masa sekarang bukan sembuh sepenuhnya. Ini dah mampu untuk buatku tersenyum :)

Bila ammar dah sihat sikit mulalah datang mood nak raya kan. Alhamdulillah, sempat shopping 3 helai baju ammar, 2 helai seluar dan sepasang baju melayu. Moga menjelang raya Allah sembuhkan ammar sepenuhnya.


Untuk tatapan bersama..gambar terbaru ammar. Tengok tu...tengok tu. Makhluk putih dalam mulutnya semakin menampakkan diri buat hati ibu luluh tatkala adik tersenyum :)

Sayang adik selamanya.

 

Cium anak dapat pahala, Cium suami gugur dosa


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

  • Fadhilat mencium anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.


  • Fadhilat mencium suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.


Hai...mak jemah buat apa tu?


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

First thing first...Alhamdulillah sangat-sangat sebab hari ni boleh bekerja seperti sediakala setelah hampir 3 minggu bercuti..seminggu datang kerja dengan bawak bodyguard kecik, ammar. Maklumlah, pengasuh ammar belum habis pantang. Disebabkan perasaan nak bekerja tu membuak-buak...apa lagi, bawak jelah ammar kat tempat kerja ni. 2 in 1, buat kerja and at the same time jadi babysitter. 

Now...ambil sedikit masa untuk jenguk blog and kongsi gambar-gambar lucu ammar aka mak jemah yang sempat di snap :)

Sambil tu...hayati dialog di bawah. Huahua.


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


"Hai Mak Jemah...Mak Jemah buat apa tu?"




"Haiiii..Mak Jemah tengah tunggu turn nak mengaji ni."

"Laaaa...ye ke? Mak jemah sabar ye, jap g sampailah turn Mak Jemah"

"Mak Jemah sabarlah ni...tengok muka Mak Jemah kat bawah ni, penuh dengan kesabaran"



"Aa...penuh dengan kesabaran, saya nampak dengan jelas Mak Jemah"

 1 JAM KEMUDIAN 



"Tapi sekarang...kenapa muka Mak Jemah semacam je ni?
....macam ada benda yang tak puas hati je"

"Memang Mak Jemah tak puas hati, ada orang amik turn Mak Jemah,
Mak Jemah geram tahap gaban ni"

"Sabar Mak Jemah...sabar, bawak mengucap banyak-banyak"



 "Aaaarggggggghhhhhhhhh.....dari tadi lagi Mak Jemah bersabar. Mak Jemah tak nak mengaji"

"Mak Jemah nak balik!, tak kira...nak balik jugakkkkkkkkkk!!!"



Memang kurang tahap kesabaran Mak Jemah tunit ni. Hihihi :)

Just For Fun.


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome