Resepi mudah : Ikan talapia masak 3 rasa


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Ada sesiapa yang bingung memikirkan lauk yang ingin dimasak malam ni? Ibu ammar ada satu resepi mudah untuk dikongsi ni...ikan talapia masak 3 rasa . Mungkin ada dikalangan u oll yang dah pernah buat kan dan mungkin ada yang baru nak belajar-belajar masak tu...ni antara resepi yang osem lah kan. Perlu diingat...masak memasak ni bukan untuk ibu je..anak-anak dara pun patut belajar, nanti dah kahwin pergi rumah mak mertua takdalah malu bila masuk dapur. Okey..apa lagi, jom kita nengok bahannya:

Disini ibu ammar Senaraikan bahan-bahan mengikut kategori agar u oll mudah untuk faham 
(harap-harap macam tu lah yek)



Bahan untuk sediakan kuahnya

  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Serai
  • Sos Cili
  • Sos Tiram
  • Nanas dalam tin
  • Buah tomato (dipotong dadu)



Bahan untuk menggoreng ikan 


  • Ikan Talapia
  • Telur (1 biji)
  • Kunyit
  • Lada sulah
  • Garam

Caranya macam ni tau..kita gorengkan ikan dahulu. Pecahkan sebiji telur, masukkan lada sulah,kunyit dan garam. Kemudian gaul pada ikan...biarkan sebentar. Sementara tu panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas baru goreng ikan tau, konpem ikan tak melekat dekat kuali tu. Ikan dah masak...tos kan minyaknya.

Sekarang kita sediakan pulak kuahnya..panaskan minyak, gorengkan bawang merah,bawang putih dan halia yang dah ditumbuk. Bila naik bau, masukkan serai. Biarkan sekejap...masukkan sos cili,sos tiram dan air nanas. Biarkan menggelegak...masukkan buah nanas dan tomota pula. Tambahkan sedikit bahan perasa (gula,garam,ajinamoto).

Ikan dan kuah dah siap..apa lagi siram kuah 3 rasa tu ke atas ikan talapia. Ready to mamam. Senangkan..selamat mencuba bagi yang berkenan nak try.

Maaf, tiada gambar sebagai paparan.Tak sempat nak ambil gambar bila dah memasak ni :)





Dapat free header dari 'budak suka vanilla'


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Alhamdulillah...hari ni, murah rezeki ibu ammar sebab dapat header  free dari 'Budak suka vanilla' sorang neh. Nak dijadikan cerita..pagi tadi ibu ammar bukak Facebook, tetiba blogger yang baik hati ni tawarkan header free. Kalau nak just pm dekat dia link blog dan ciri-ciri header yang diinginkan..dia akan tolong buatkan. So owesome lah blogger ni. 

Ibu ammar try lah pm facebook dia..nama facebooknya Budak Vanilla Blog. Mencuba nasiblah namanya tu kan...alahai, dia reply lah. So apa lagi...mana mungkin ibu ammar lepaskan peluang keemasan ni. Terus mesej apa-apa yang patut.Siap terover demand lagi tu...nasiblah 'Budak suka vanilla' ni baik hati. Maka siaplah header yang dia create.





Alhamdulillah...amat menepati citarasa. Tapi ibu ammar terpaksa ubah sedikit kerna ada masalah yang tidak dapat dielakkan..maka jadilah header baru ibu ammar yang ada sekarang. Untuk pengetahuan u oll...request header ni masih dibuka. Kalau u oll berminat boleh lah pm di facebooknya CLICK SINI atau melalui blognya CLICK SINI

Kepada Blogger BudakSukaVanilla ni...thanks a lot ye. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan anda ni..Satu lagi, ammar kirim salam comel. Hihihi (yang ni tipu sebab ammar belum boleh cakap).Apa pun..terima kasih sekali lagi yep.



Resepi Coctail buah campak-campak


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Ibu ammar nak share satu resepi yang paling osem, mudah, simple dan cepat ni. Seriously...tak sampai 10minit, dah boleh siap. Nama resepi ni "Coctail Buah campak-campak"...hihi. Sila jangan membeliakkan mata anda...juga jangan try seach dekat pak cik google sebab memang tak kan jumpa. Kalau ada pun dekat entry ni sahaja :)

Ibu ammar letak nama resepi ni Coctail buah campak-campak sebab cara nak sediankannya tak perlu susah-susah dan berfikir panjang...just campak-campak je. Insyaallah...tetap akan sedap dan menjadi.Apa lagi...jom nengok apa bahan-bahannya :



  • Bahan - bahannya :
1 - Susu Isian Sejat ( 2 Tin )
2 - Nenas Dalam Tin ( 1 Tin )
3 - Nata De Coco Perisa mangga ( 1 Balang )
4 - Jelly Pelbagai Warna ( 2 Bungkus )
5 - Gula
6 - Ais
  • Cara - caranya : 
Pertama..u oll bukak semua bahan-bahan yang duk dalam tin tu ( susu dan nanas ). Elok-elok jangan sampai terluka tangan. Sediakan satu bekas yang boleh memuatkan segala bahan-bahan tu. Kemudian masukkan kesemua bahan (susu + nanas + nata de coco + jelly) sekaligus. Seeloknya jangan dibuang air nenas dan mangga tu sebab ia yang akan menentukan rasa coctail ni. Jika ingin rasa manis yang lebih tambahkan sedikit gula. Kemudian masukkan sedikit ais agar coctail ni sejuk...barulah terasa wallllaahhhh nya. Mudahkan?
SELAMAT MENCUBA U OLL



Anak kecil sukar untuk bercakap? Jom try 9 tips ini


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Anak sukar untuk bercakap...mari kita sama-sama praktikkan tips ini. Moga-moga ia bermanfaat, InsyaALLAH.
  • Selalu Bercakap
Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi d engan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda. Saya sudah merasainya. DEMI ALLAH, ia sangat membahagiakan.

  • Guna Ayat Mudah
Gunakan ayat yang pendek dan mudah.Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

  •   Mimik Muka
Mimik muka anda semasa bercakap amat penting.Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

  •   Bacakan Buku
Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

  • Interaksi Sosial
Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial. Cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

  • Menjadi Pendengar Yang Baik
Anda mesti menjadi pendengar yang baik, memberi perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

  • Mainkan Lagu
Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

  • Banyakkan Berbual
Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

  • Ulang Perkataan Yang Disebut Dengan Sempurna
Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.


Happy Besday AMMAR ♥


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Mulakan entry dengan nyanyikan lagu besday u ammar :)
 
♥Allah selamatkan kamu…
♥Allah selamatkan kamu…
♥Allah selamatkan Muhammad Ammar Muhaimin…
♥Allah selamatkan kamu~~~

Terima kasih…terima kasih…terima kasih Ya Allah! Tiada apa yang mampu ku ungkapkan untuk menggambarkan rasa syukurku pada Mu atas nikmat pemberian insan kecil, Muhammad Ammar Muhaimin. Pejam celik pejam celik dah setahun Engkau meminjam ahli syurga Mu pada kami. Maaf Ya Allah...maaf jika kami belum mampu memberikan yang terbaik untuknya.  Berikanlah diriku dan suami petunjuk untuk membimbing dan mendidik Muhammad Ammar Muhaimin ke jalan yang diredhai Mu.

Tahniah adik...adik dah satu tahun tau...adik dah besar. Ibu dan ayah sayang adik sangat-sangat. Adik anak yang amat baik...tak pernah susahkan ibu dan ayah. Adik pandai berdikari sebab dari usia dua bulan adik dah diajar untuk tinggal dengan mak dan abah (pengasuh vs kakak & abang ipar). Adik mewarnai hidup ibu dan ayah...yang lebih membanggakan ibu, adik mewarnai hidup mak dan abah yang selama ni sunyi tanpa suara bayi walaupun telah 4 tahun mendirikan rumah tangga. Kini mak dah pregnant 7 bulan. Tanpa sedar anak ibu dan ayah ni telah membahagiakan diorang.


Ni gambar sekitar majlis besday ammar. Majlis ni disambut malam tadi, selepas isyak...
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Antara menu makanan dan minuman untuk majlis ammar:

  • Mee goreng + keropok ~ mama ammar yang sediakan
  • Nasi kunyit / pulut kuning + ayam masak merah ~ tok wan ammar yang sediakan
  • Coctail buah-buahan ~ ibu ammar yang sediakan
  • Puding laici ~ Mok su dan mak ammar yang sediakan
  • Ais sirap 
  • Kek

 Terima kasih untuk mak-mak sedara ammar (mama,mak,mok su) juga tok wan yang merelakan diri tolong masak-masak tu. Semua best-best...Satu lagi thanks untuk toki yang membacakan doa majlis. Hihi...Thanks all sebab menyayangi ammar seikhlasnya..

HAPPY BIRTHDAY YANG PERTAMA AMMAR-----♥



Tips mengajar anak supaya ikhlas


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH


  • Terapkan dalam minda anak secara berulang-ulang.
Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat" Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya". Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda.

  • Jangan salahkan orang lain. 
Ajar anak agar jangan salahkan orang lain atas sesuatu yang berlaku. Ini penting agar dia sentiasa merasa ikhlas terhadap tanggungjawabnya. Contoh...anak ada mengadu. "Ibu..tadi adik terjatuh. Ini semua salah aiman, dia tolak adik sampai jatuh"....Katakan, "Adik..tak baik cakap macam tu sayang, bukan aiman tolak..tangga tu kan sempit mungkin dia terlanggar. Lain kali adik jangan main-main dekat tangga tu lagi yek". Elakkan dari mengiyakan tindakannya yang negetif agar dia mampu berfikir secara positif.

  • Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang dilakukan.
Ini penting, terapkan dalam diri anak anda agar jangan sesekali mengharapkan balasan diatas kebaikan yang dilakukannya. Terangkan kepadanya tentang ganjaran pahala yang akan ALLAH berikan jika dia ikhlas dalam tindakannya..Sesungguhnya ganjaran dari ALLAH jauh lebih berharga dan ia kekal hingga ke akhirat benbanding ganjaran manusia. Terangkan secara slow talk, Insyaallah dia akan faham. 

  • Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda. 
Tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya.Anak akan turut terpengaruh kerna ibu bapa adalah role model yang utama dalam hidup anak-anak.

  • Berdoa
Doakanlah untuk kesejahteraan anak seperti anda mendoakan untuk diri anda. Kadang-kadang kita lupa doa yang seminit dengan penuh rasa ikhlas dan rendah diri mampu mengubah dunia yang gelap menjadi terang. Perlu diingat...jika baik doa anda, maka baiklah anak anda. Doa ibu bapa, doa yang paling mustajab.


Pantang larang dalam hubungan suami isteri


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH


Antara pantang larang dalam hubungan suami isteri :

  • Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebih-lebihan

  • Hindar meninggikan suara atau menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada yang rendah agar tidak mengguris hatinya

  • Usah lontarkan kritikan pedas yang menyebab pasangan berkecil hati. Sentiasa berlapang dada untuk menerima pandangannya

  • Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat di syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama di syurga adalah untuk orang yang bercakap benar

  • Jangan meninggalkan isteri tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri dari isteri walaupun ketika isteri sedang haid.

  • Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri sentiasa betul


Doa buat suami soleh -----♥


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH


 
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..
Aku buta tanpa bimbingan Mu..
Aku kekurangan tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..
Amin, Amin Ya Rabbal Allamin.

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Tetiba jumpa sesuatu yang bermanfaat di facebook..ibu ammar nak share sinilah.


Bersuci tu maknanya berwuduk. Sesiapa yang tidur dalam keadaan berwuduk amat besar ganjarannya dimana dia diantara golongan yang didoakan oleh Malaikat. At-Tabarani pernah meriwayatkan,

Sesiapa yang tidur pada waktu malam dalam keadaan
berwuduk maka malaikat akan mendampinginya pada
malam tersebut dan para malaikat akan mendoakannya:

"Ya ALLAH ampunilah hambaMu si fulan"

Malam ni...sebelum tidur kita jangan lupa berwuduk yep. kenyit mata tanda setuju :)




Dah start bawak ammar bermain playground


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Sekarang ibu dan ayah ammar dah start bawak ammar bermain dekat playground sebelum ni memang tak pernah pergilah kan sebab usia ammar yang tidak mengizinkan. Tapi sekarang dia dah boleh jalan, main pun yang ekstrem-ekstrem je dan yang penting usia dia dah sebelas bulan...dah boleh lasak-lasak sikitkan. 

Jumaat...2 hari lepas ammar pergi Taman Permainan Pantai Batu Burok. Bukan main ramai orang...maklumlah, hati cuti umum mak ayah berebut-rebutlah bawak anak-anak diorang jenjalan. Dah sampai sana...apa lagi, ibu dan ayah ammar semangat mencari permainan yang sesuai untuk ammar. Ternampak satu papan gelongsor yang comel lagi cute..yang penting papan gelongsor tu single bermakna tiada kemungkinan ammar dilanggar or terjatuh disebabkan budak-budak yang lain.

Tutup mulut tu sayang..adik belum ada gigi. Malu kat orang :)

Ammar excited sangat first time dapat main ni. Dia langsung tak takut..Penat jugaklah melayan kerenah dia...asyik nak naik turun je kan. Dah penat naik gelongsor ni try permainan lain plak. Jongkang-jongkit...permainan yang masa-masa kecik dulu kita berebut dengan kengkawan tu..maklumlah, dua orang je boleh naik. Saiz badan pulak perlulah sama...kalau tak sorang terangkat ke atas, yang sorang lagi duduk jelah kat bawah. 


Pose paling comel ammar mampu buat :)

Haaa.....ibu ammar rasa ni pose paling comel ammar mampu buat......buat ibu geram rasa macam nak gigit-gigit je. Ni namanya style sengetkan kepala. Hihihi...sebelum ni tak da palak dia pandai buat macam ni. Tetiba je yep. Ibu cayang adik ammar :)

Dah penat main ni...lepak-lepak pulak dekat Pantai Batu Buruk sambil minum air milo + cincau bandung untuk hilangkan dahaga. Sekali sekala menikmati keindahan ciptaan ALLAH ni bestkan. 

Ok lah...masa untuk minum pagi. Assalam.


Fitrah Cinta by Syaraf Yusof


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Pepagi ni tetiba rasa macam nak share satu lagu CINTA. U oll yang tengah hot-hot bercintan mesti suka kan. Bab kata orang tangkap leleh. Well...i know, i pun pernah bercinta dulu. Eh...tak tanya pun? suka hatilah i nak bagitahu...hihi. 

Tangkap leleh tu dulu-dulu je...sekarang ni couple yang bijaksana dah tak macam dulu-dulu lagi kan. Masing-masing dah tau batasan dalam bercinta....dan lagu ni Insyaallah tidak akan membuatkan anda tangkap leleh sebaliknya membantu anda...anda dan anda semua yang tengah hot bercinta tu berfikir tentang Fitrah Cinta.

Syaraf Yusof ni sebenarnya nephew ibu ammar...ibu ammar share lagu bukan berniat untuk tingkatkan ranking riview video dia ker...apa ker dan dia tak mintak pun ibu ammar buatkan entry untuk dia. Ibu ammar tergerak untuk share lagu ni dengan korang sebab lirik dia betul-betul menyedarkan hati ni...tenang untuk didengar. Mungkin lebih afdal hayati lirik ni sambil tutup mata. Moga dapat menjadi manfaat untuk kalian dalam melayari bahtera cinta. 


Mesti u oll cakap..."rajinnya dia printscreen". Biasalah, semangat lebih kan. Bagi sesiapa yang sudi mendengarnya bolehlah klik link kat bawah ni yep.


Sambil-sambil dengar tu jom hayati liriknya

Cinta... tak terungkap maknanya,
Agung rasa ia pada yang mencipta,
Dari mata hati akhirnya ke jiwa,
Kini meruntun hiba

Cinta...oh damainya warna
Awan terasa disampingnya
Longlainya terasa, di sapa rindu Nya,
Basah lidah dengan nama.

Cinta yang dinoda Kini tinggal nama
Ke mana perginya Sebenarnya cinta
Ia yang dicemar Palingkan fitrahnya
Oo apakah salah Dia sang manusia

Mereka pemula Salah ertikannya
Akal hilang punca Nafsu yang beraja
Akhirnya wanita Korbankan segala
Buat sang arjuna Yang jijik cintanya

Oh tuhan
Peganglah hatiku Usah biarkanku Merana kehausan

Cinta, cukup-cukup sudah
Alasanmu bukanlah wira Kembali pulanglah kepada fitrah,
Takut dan taatlah Kepada Pemilik cinta
Maka bertaubatlah, mereka yang berfikirnya

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome