Ingatkan duit RM10...rupa-rupanya!


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Perasan tak warna duit RM20 sekarang  seakan-akan sama dengan RM10? 
Memanglah kalau nak diikutkan duit RM10 warnanya merah dan duit RM20 pula warnanya oren. Tapi masalahnya sekarang ni kalau sekali imbas dalam keadaan kelam kabut nak membayar confirm tak terperasan punyalah. 


Mesti situasi ni telah dialami oleh ramai orang dan salah seorangnya ialah ibu ammar :)
Baru je pagi tadi ianya terjadi. Ok, nak dijadikan cerita pagi tadi ibu ammar berhenti dekat satu kedai makan untuk bungkus apa-apa je untuk breakfast.

Bila dah fikir-fikir..beli mee goreng + ayam goreng. Harganya RM3.30. Dalam keadaan kelam kabut ambil duit dan bayar. Bila dah sampai pejabat tergerak hati nak buka wallet sekali tu check...tadi bayar dengan duit RM20.00. Sepatutnya balance RM16.30...tapi ada RM6.30 je. Woooiiiiiitttt, mana lagi RM10? Mesti penjual tu ingat duit ibu ammar bagi tu RM10.

Amat mengecewakan :(

Kesimpulannya

1. Sila check dulu betul2 duit yang hendak bayar tu sama ada RM10 atau RM20. 
Check lama-lama pun tak apa, dalam setengah jam gitu.

2. Demi keselamatan duit-duit anda, bagus kiranya diasingkan siap-siap 
duit RM10 dan RM20 ni. Jangan kasi diorang duduk rapat-rapat.

3. Lagi bagus Bank Negara tukar terus warna duit RM20 tu, 
letak warna pink pun cantik. Pasti dalam wallet kaum wanita ada duit RM20 je.

Wallahhua'lam.

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome