Paru-paru ammar dijangkiti kuman.


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Kali ke-dua ammar masuk wad setelah disahkan paru-parunya dijangkiti kuman.
Ammar diarahkan masuk wad selama 3 hari iaitu pada 10.2.2013 hingga 13.2.2013 
untuk diberi rawatan lanjutan.


Pada petang 9.2.2013, ammar kelihatan kurang aktif malah lebih banyak merengek daripada tersenyum kerana pada kebiasaan dia akan tersenyum tatkala dirinya disapa oleh sesiapa pun.

Terperasan satu benda dimana suara ammar bunyinya berlainan malah kadang-kadang bila dia merengek langsung tak keluar suara. Masa tu difikiran mungkin benda tu normal sebab ada jugak ammar buat perangai menjerit. Mungkin sebab tu suaranya jadi macam tu. 

Tiba-tiba terasa bimbang pulak dengan keadaan ammar so bawak ammar ke klinik swasta. Ubat untuk mencairkan kahak diberikan. Sampai je rumah terus bagi ammar ubat tu..ammar tidur dengan lena tapi semenjak pukul 12.30am ammar mula asyik terbangun je lepas tu nangis-nangis. Bila dia nangis suaranya langsung tak ada. Kesian betul!

Ingatkan selepas subuh baru nak bawak ammar pergi hospital tapi keadaan ammar semakin teruk. Nafasnya macam tersekat. Pukul 2.30am terus bawa ke hospital.
Sampai je hospital, ammar diarahkan untuk menyedut gas agar kahaknya cair. Bila disedut sebanyak 2 kali. Masih tiada apa-apa perubahan. Akhirnya….sample darah ammar diambil untuk dihantar ke makmal. Sementara menunggu keputusan ujian darah keluar, dada ammar di x-ray.


Ujian darah menunjukkan tiada sebarang kuman dalam darah ammar tetapi ujian x-ray menunjukkan terdapat tompokan-tompokan di bahagian paru-parunya dan ia adalah kuman. Sungguh kasihan ammar!


Dalam keadaan kelam kabut tu suhu badan ammar tiba-tiba naik sehingga mencecah 40 darjah celcius. Tapi Alhamdulillah..ada hikmah disebalik kejadian, masa nak ambil sample darah ammar.. dia meronta-ronta dan menangis tanpa henti. Disebabkan itu, dia berpeluh dengan banyak dan demamnya kebah.


Pukul 4.15am ammar dihantar ke Wad Melor (wad kanak-kanak). Dikakinya terdapat jarum, tempat untuk masukkan air dan antibiotik ke dalam badannya. Bila ammar bangun pada awal paginya, terus di tarik-tarik wayar air tu sehingga menyebabkan jarum tu tercabut. Aduiiii…..apa lagi, kenalah cucuk jarum lain kan. Jarum pertama yang dah tercabut tu di kaki kiri, so jarum kedua di kaki kananlah pulak. 



Wayar air dibuang kerana bimbang ammar tarik lagi dan yang tinggal hanya jarum untuk dicucuk antibiotik dan ia telah dibalut dengan bandage dengan rapi.  Alhamdulillah, senanglah sikit kerja ibu ammar kan. Doktor dah pesan siap-siap 
“ibunya jaga elok-elok jarum jangan sampai tercabut, nanti kena cucuk kali ketiga pulak”
”Baik doktor, menurut perintah!”


Ammar kena sedut gas 4 jam sekali…tahu jelah ammar, kalau dia tak tidur mana dapat nak sedut gas tu. Takdanya dia mahu..kesimpulannya, memang kena tunggu dia tidur baru gas tu boleh disedut sepenuhnya. Nasiblah nurse-nurse dekat situ agak memahami kan..tak lah dia marah bila sedut tak mengikut masa yang telah ditetapkan. 


Alhamdulillah..hari ketiga ammar sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang tapi masih perlu diteruskan dengan pemberian antibiotik agar kuman tu tak menyerang  balik.

Inilah ujian bilamana diri telah memiliki anak kan. Kita telah menjaganya sebaik mungkin tetapi kalau Allah nak menguji kita bila-bila masa sahaja ianya boleh berlaku, ‘kun fayakun’!. Mungkin Allah S.W.T rindu nak dengar ibu dan ayah ammar menangis, mengadu dan bersujud  mengharapkan belas Nya kan. 

Alhamdulillah dengan ujian ini Ya Allah, kami redha :)
 
 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome