Tak kira...nak bawal jugak!


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Post ni sesuai untuk insan bernama wanita sahaja yep!
Kaum lelaki pi main jauh-jauh. Hehehe.

Sekarang ni terlalu banyak tudung di pasaran. 
Tak payah nak tunggu pergi Syurga tudung, pergi pasar malam sahaja pun dah cukup 
memeningkan kepala dan merambangkan mata untuk memilih.
Kalau pasal harga memang tak usah cakaplah, aduiiii mahal bangat dong!

Macam-macam jenis tudung ada sehinggakan belum pun terbeli yang kita anggap latest,
Sambil-sambil mengira budgetkan, dah timbul pulak yang lagi latest. Adushhhhh!
Last-last tetapkan di hati, 'Bawal"


Jangan salah faham...bukan ikan bawal tau. Tudung bawal lah.
Ada orang kata, tudung bawal ni hanya layak untuk wanita rajin sahaja.
Maklumlah...nak pakainya pun memang agak memakan masa 
berbanding dengan yang tunggu nak pakai je tu kan. 
Tapi bagi ibu ammar, tudung bawal ni lagi senang. Mungkin sebab dah biasakan..
Lagipun tudung bawal ni boleh diubah cara pakainya untuk menutup di bahagian dada.

Pemilihan tudung dan cara bertudung itu hak masing-masing kan.
Yang lebih penting ialah niat di hati kita untuk menutup aurat demi Allah :)

Wallahhua'lam.


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome