Tiada tuhan selain Allah


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH


Jom kita sama-sama tambahkan pahala di pepagi hari ni dengan menyebut 
kalimah indah LAILAHAILLAALLAH. Menyebut dengan lidah, berniat dengan hati 
dan buktikan dengan tindakan bahawa tiada tuhan yang disembah 
melainkan ALLAH Yang Maha Satu.

Izinkan jiran di bahu kanan kita melaksanakan tugasnya mencatat pahala
dan biarkan jiran di bahu kiri kita rehat buat seketika mencatat dosa atau mungkin
lebih elok ia berehat untuk selamanya.

Ingatlah bahawa jika setiap detik Allah ada di dalam hati kita
pasti kita tidak akan rasa kesunyian walaupun ketika itu kita keseorangan.

Mari kita renung akan kata-kata di bawah :)

Jika Iman kita tidak seharum dan semekar musim bunga
Sekurang-kurangnya jangan  biarkan ia mendung seperti musim hujan
Kerana kasih sayang ALLAH ibarat mentari yang tidak pernah redup
Yang sentiasa memberi kita peluang memperbaharui 
Musim iman kita setiap hari

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome