Kenali 6 zon penting di tapak kaki si manja


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Pepagi dah buka facebook...pepagi jugak terjumpa info ni. 
Jadi ibu ammar nak abadikan info ni dekat Blog Keluarga kecil Kami 
untuk dikongsi bersama oleh follower mahupun insan comel yang sudi view blog ni.
Infonya adalah berkenaan tapak kaki si manja. 


Gambar ini dah menerangkan segala-galanya.
Dimana terdapat 6 zon utama di tapak kaki si manja yang boleh diurut 
tatkala si manja berada di dalam keadaan yang tidak selesa. 

Ibu ammar percaya...
si manja kesayangan paling banyak mengalami masalah di zon 2 
(jari kaki paling kecil) yang merujuk kepada Rongga Pernafasan. 
Dimana meraka amat mudah dijangkiti virus selsema. 
Baru je elok selsemanya...2 minggu kemudian selsema lagi. 
Malam-malam tidur asyik terjaga je sebab hidung tersumbat..
siangnya pulak asyik merengek je sebab hingus melelah 
menyebabkan dia rasa tak selesa. Kadang-kadang pening memikirkannya. 
Betul ke tak? 
Insyaallah, lepas ni jika si manja selsema bolehlah kita ambil minyak taylon 
sapu secara perlahan di zon 2.

Ibu ammar jugak nak share TIPS  tentang cara mudah nak tidurkan si manja: 
  •  Tukarkan lampin yang baru/bersih
  •  Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih
  • Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut si manja anda
  •  Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.
  •  Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda. 
Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. 
Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam 
dengan keadaan mengereng ke kanan.
 
 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome