Qadar Allah yang boleh diubah


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

“Perkara yang Allah kehendaki pasti akan berlaku,
dan perkara yang Allah tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku”

 
Inilah kepastian yang telah pasti kerana Allah itu Maha Besar. 
DIA pencipta dan pemilik alam ini. Kita sebagai hamba Nya hanya layak 
menerima apa sahaja Qadar yang telah ditentukan. 

Sesungguhnya…sempurnalah iman seseorang tatkala ia melaksanakan 
Rukun Imannya iaitu Percaya Kepada Qada dan Qadar Allah S.W.T.

Namun…timbul pula persoalan tentang ungkapan bahawa Qadar mungkin boleh berubah. Contohnya, jika Qadar menetapkan kita sakit bukankah kita boleh berusaha untuk menjadi tidak sakit? Jika Qadar menetapkan kita terlibat dalam kemalangan bukankah kita boleh berusaha untuk mengelakkan kemalangan itu daripada berlaku?

Persoalannya kita tahu ke bila kita nak sakit? Bila kita nak kemalangan? 
Tak tahu kan…..

Allah pernah berfirman dalam Surah al-Ra’d 13:39 “Aku menghapuskan apa-apa yang dikehendaki oleh Ku dan Aku menetapkan apa-apa yang dikehendaki oleh Ku”. Ayat ini menjelaskan bahawa Allah menetapkan urusan umatnya selama setahun, lalu DIA memadamkan apa-apa yang dikehendaki Nya. Ini bermakna Allah menetapkan apa-apa yang dirancang dan juga mengubah apa-apa yang sudah dirancang.

Bagi mengetahui Qadar Allah yang boleh diubah, kita perlu fahami jenis-jenis Qadar dimana Qadar terbahagi kepada 2 iaitu Qadar Mubram dan Qadar Mu’allaq.

Qadar Mubram 
Qadar Allah S.W.T yang terdapat di Lohmahfuz. Qadar ini TIDAK AKAN BERUBAH dan tidak diketahui oleh sesiapa pun. Ini adalah rahsia ilmu Allah sehinggakan para Malaikat sendiri pun tidak mengetahuinya. 

Qadar Mu’allaq 
Qadar yang tergantung dan ia BOLEH BERUBAH berdasarkan kepada faktor dan sebab yang tertentu. Ia disebut sebagai Qadar yang ada dalam kitab-kitab disisi para Malaikat. 

Contohnya rezeki, ajal, maut dan usia tetap di sisi Allah, namun cacatan yang ada di sisi para Malaikat tidak tetap dan ia berubah mengikut perintah Allah S.W.T.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “Sesiapa yang suka jika diluaskan rezeki dan dipanjangkan usia, maka hendaklah ia menghubungkan siratulrahim”. 

Dengan ini, kita boleh mengandaikan bahawa Allah menetapkan usia seseorang sekitar 50 tahun sahaja. Namun jika dia menghubungkan siratulrahim sesama manusia maka usianya akan ditambah sehingga mencapai 70 tahun. 

Malaikat hanya mengetahui usia seseorang antara 50 hingga 70 tahun tetapi Malaikat tidak tahu sama ada usia seseorang bertambah atau tidak kerana Malaikat tidak tahu sama ada seseorang itu menghubungkan siratulrahim atau tidak. Sesungguhnya, hanya Allah yang mengetahui hakikat yang sebenar.

Belajarlah untuk bersangka baik dengan Allah…setiap Qadar Allah itu pasti yang terbaik untuk umat Nya.

Wallahhua'lam.

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome