ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Kemaafan itu milik Allah S.W.T, bukan manusia!
Jika seluruh manusia di alam ini memaafkan kita, belum tentu Allah melakukan yang sama.
Tindak tanduk manusia menggambarkan mereka meletakkan
nilai kemaafan manusia lebih tinggi berbanding kemaafan Allah S.W.T.
Mungkin ini petanda dunia semakin menghampiri garisan penamat
Dimana di hadapan garisan penamat itu ialah Kiamat.
Terasa sedikit keliru tatkala melihat manusia yang melakukan kekhilafan
mula mementingkan kemaafan dari manusia berbanding dengan Allah. Mungkin kita semakin lupa bahawa Maaf Allah itu suatu kepastian yang membawa kita ke syurga.
Sedangkan kemaafan manusia tanpa kemaafan dari Allah tidak membawa apa-apa makna.
Boleh dijadikan sebagai contoh ialah para artis.Kenapa artis?
Mungkin ini sahaja golongan yang selalu berbuat demikina di fikiran ibu ammar.
Setiap kali melakukan kesilapan pasti akan ada mohon maaf secara terbuka
kepada semua peminatnya.
Kadang-kadang terfikir jugak,
"Diorang ni beria-ia mintak maaf secara terbuka macam ni agaknya dah mintak ampun dengan Allah ke belum?"
"Daripada meminta maaf dari peminat, lebih baik mintak maaf dari ibu bapa diorang secara terbuka sebab dah conteng arang dekat muka parent diorang kan. Bukan ke redha Allah pada seseorang umat bergantung kepada redha ibu bapa pada anaknya?"
"Diorang berbuat dosa dengan Allah, kenapa meminta maaf dari peminat pula?"
Perlu ke mintak maaf dengan peminat?
Mungkin perlu dengan alasan untuk jaga periuk nasi dia kan tapi perlu diingat, rezeki tu Allah yang tentukan bukan peminat.
Moga persoalan ini mampu buat kita berfikir.
Marilah sama-sama kita perbaiki diri. Allah itu Maha Pemurah, mintalah maaf darinya seikhlas hati. Pasti kemaafan Nya milik kita.
Wallahua'lam.