Anak kecil sukar untuk bercakap? Jom try 9 tips ini


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Anak sukar untuk bercakap...mari kita sama-sama praktikkan tips ini. Moga-moga ia bermanfaat, InsyaALLAH.
  • Selalu Bercakap
Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi d engan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda. Saya sudah merasainya. DEMI ALLAH, ia sangat membahagiakan.

  • Guna Ayat Mudah
Gunakan ayat yang pendek dan mudah.Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

  •   Mimik Muka
Mimik muka anda semasa bercakap amat penting.Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

  •   Bacakan Buku
Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

  • Interaksi Sosial
Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial. Cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

  • Menjadi Pendengar Yang Baik
Anda mesti menjadi pendengar yang baik, memberi perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

  • Mainkan Lagu
Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

  • Banyakkan Berbual
Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

  • Ulang Perkataan Yang Disebut Dengan Sempurna
Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome