ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Antara pantang larang dalam hubungan suami isteri :
- Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebih-lebihan
- Hindar meninggikan suara atau menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada yang rendah agar tidak mengguris hatinya
- Usah lontarkan kritikan pedas yang menyebab pasangan berkecil hati. Sentiasa berlapang dada untuk menerima pandangannya
- Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat di syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama di syurga adalah untuk orang yang bercakap benar
- Jangan meninggalkan isteri tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri dari isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
- Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri sentiasa betul