ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Ibu ammar nak share satu resepi yang paling osem, mudah, simple dan cepat ni. Seriously...tak sampai 10minit, dah boleh siap. Nama resepi ni "Coctail Buah campak-campak"...hihi. Sila jangan membeliakkan mata anda...juga jangan try seach dekat pak cik google sebab memang tak kan jumpa. Kalau ada pun dekat entry ni sahaja :)
Ibu ammar letak nama resepi ni Coctail buah campak-campak sebab cara nak sediankannya tak perlu susah-susah dan berfikir panjang...just campak-campak je. Insyaallah...tetap akan sedap dan menjadi.Apa lagi...jom nengok apa bahan-bahannya :
- Bahan - bahannya :
1 - Susu Isian Sejat ( 2 Tin )
2 - Nenas Dalam Tin ( 1 Tin )
3 - Nata De Coco Perisa mangga ( 1 Balang )
4 - Jelly Pelbagai Warna ( 2 Bungkus )
5 - Gula
6 - Ais
- Cara - caranya :
Pertama..u oll bukak semua bahan-bahan yang duk dalam tin tu ( susu dan nanas ). Elok-elok jangan sampai terluka tangan. Sediakan satu bekas yang boleh memuatkan segala bahan-bahan tu. Kemudian masukkan kesemua bahan (susu + nanas + nata de coco + jelly) sekaligus. Seeloknya jangan dibuang air nenas dan mangga tu sebab ia yang akan menentukan rasa coctail ni. Jika ingin rasa manis yang lebih tambahkan sedikit gula. Kemudian masukkan sedikit ais agar coctail ni sejuk...barulah terasa wallllaahhhh nya. Mudahkan?
SELAMAT MENCUBA U OLL