ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
- Terapkan dalam minda anak secara berulang-ulang.
Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat" Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya". Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda.
- Jangan salahkan orang lain.
Ajar anak agar jangan salahkan orang lain atas sesuatu yang berlaku. Ini penting agar dia sentiasa merasa ikhlas terhadap tanggungjawabnya. Contoh...anak ada mengadu. "Ibu..tadi adik terjatuh. Ini semua salah aiman, dia tolak adik sampai jatuh"....Katakan, "Adik..tak baik cakap macam tu sayang, bukan aiman tolak..tangga tu kan sempit mungkin dia terlanggar. Lain kali adik jangan main-main dekat tangga tu lagi yek". Elakkan dari mengiyakan tindakannya yang negetif agar dia mampu berfikir secara positif.
- Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang dilakukan.
Ini penting, terapkan dalam diri anak anda agar jangan sesekali mengharapkan balasan diatas kebaikan yang dilakukannya. Terangkan kepadanya tentang ganjaran pahala yang akan ALLAH berikan jika dia ikhlas dalam tindakannya..Sesungguhnya ganjaran dari ALLAH jauh lebih berharga dan ia kekal hingga ke akhirat benbanding ganjaran manusia. Terangkan secara slow talk, Insyaallah dia akan faham.
- Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda.
Tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya.Anak akan turut terpengaruh kerna ibu bapa adalah role model yang utama dalam hidup anak-anak.
- Berdoa
Doakanlah untuk kesejahteraan anak seperti anda mendoakan untuk diri anda. Kadang-kadang kita lupa doa yang seminit dengan penuh rasa ikhlas dan rendah diri mampu mengubah dunia yang gelap menjadi terang. Perlu diingat...jika baik doa anda, maka baiklah anak anda. Doa ibu bapa, doa yang paling mustajab.