ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Sekarang
ibu dan ayah ammar dah start bawak ammar bermain dekat playground
sebelum ni memang tak pernah pergilah kan sebab usia ammar yang tidak
mengizinkan. Tapi sekarang dia dah boleh jalan, main pun yang
ekstrem-ekstrem je dan yang penting usia dia dah sebelas bulan...dah
boleh lasak-lasak sikitkan.
Jumaat...2
hari lepas ammar pergi Taman Permainan Pantai Batu Burok. Bukan main
ramai orang...maklumlah, hati cuti umum mak ayah berebut-rebutlah bawak
anak-anak diorang jenjalan. Dah sampai sana...apa lagi, ibu dan ayah
ammar semangat mencari permainan yang sesuai untuk ammar. Ternampak satu
papan gelongsor yang comel lagi cute..yang penting papan gelongsor tu
single bermakna tiada kemungkinan ammar dilanggar or terjatuh disebabkan
budak-budak yang lain.
Tutup mulut tu sayang..adik belum ada gigi. Malu kat orang :)
Ammar
excited sangat first time dapat main ni. Dia langsung tak takut..Penat
jugaklah melayan kerenah dia...asyik nak naik turun je kan. Dah penat
naik gelongsor ni try permainan lain plak. Jongkang-jongkit...permainan
yang masa-masa kecik dulu kita berebut dengan kengkawan tu..maklumlah,
dua orang je boleh naik. Saiz badan pulak perlulah sama...kalau tak
sorang terangkat ke atas, yang sorang lagi duduk jelah kat bawah.
Pose paling comel ammar mampu buat :)
Haaa.....ibu
ammar rasa ni pose paling comel ammar mampu buat......buat ibu geram
rasa macam nak gigit-gigit je. Ni namanya style sengetkan kepala.
Hihihi...sebelum ni tak da palak dia pandai buat macam ni. Tetiba je
yep. Ibu cayang adik ammar :)
Dah
penat main ni...lepak-lepak pulak dekat Pantai Batu Buruk sambil minum
air milo + cincau bandung untuk hilangkan dahaga. Sekali sekala
menikmati keindahan ciptaan ALLAH ni bestkan.
Ok lah...masa untuk minum pagi. Assalam.