Happy Besday AMMAR ♥


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Mulakan entry dengan nyanyikan lagu besday u ammar :)
 
♥Allah selamatkan kamu…
♥Allah selamatkan kamu…
♥Allah selamatkan Muhammad Ammar Muhaimin…
♥Allah selamatkan kamu~~~

Terima kasih…terima kasih…terima kasih Ya Allah! Tiada apa yang mampu ku ungkapkan untuk menggambarkan rasa syukurku pada Mu atas nikmat pemberian insan kecil, Muhammad Ammar Muhaimin. Pejam celik pejam celik dah setahun Engkau meminjam ahli syurga Mu pada kami. Maaf Ya Allah...maaf jika kami belum mampu memberikan yang terbaik untuknya.  Berikanlah diriku dan suami petunjuk untuk membimbing dan mendidik Muhammad Ammar Muhaimin ke jalan yang diredhai Mu.

Tahniah adik...adik dah satu tahun tau...adik dah besar. Ibu dan ayah sayang adik sangat-sangat. Adik anak yang amat baik...tak pernah susahkan ibu dan ayah. Adik pandai berdikari sebab dari usia dua bulan adik dah diajar untuk tinggal dengan mak dan abah (pengasuh vs kakak & abang ipar). Adik mewarnai hidup ibu dan ayah...yang lebih membanggakan ibu, adik mewarnai hidup mak dan abah yang selama ni sunyi tanpa suara bayi walaupun telah 4 tahun mendirikan rumah tangga. Kini mak dah pregnant 7 bulan. Tanpa sedar anak ibu dan ayah ni telah membahagiakan diorang.


Ni gambar sekitar majlis besday ammar. Majlis ni disambut malam tadi, selepas isyak...
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Antara menu makanan dan minuman untuk majlis ammar:

  • Mee goreng + keropok ~ mama ammar yang sediakan
  • Nasi kunyit / pulut kuning + ayam masak merah ~ tok wan ammar yang sediakan
  • Coctail buah-buahan ~ ibu ammar yang sediakan
  • Puding laici ~ Mok su dan mak ammar yang sediakan
  • Ais sirap 
  • Kek

 Terima kasih untuk mak-mak sedara ammar (mama,mak,mok su) juga tok wan yang merelakan diri tolong masak-masak tu. Semua best-best...Satu lagi thanks untuk toki yang membacakan doa majlis. Hihi...Thanks all sebab menyayangi ammar seikhlasnya..

HAPPY BIRTHDAY YANG PERTAMA AMMAR-----♥



 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome