Dia sudah tertulis untuk mu


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
 
Wanita sentiasa bimbang memikirkan jodohnya...biasanya wanita akan lebih serius memikirkan tentang jodoh tatkala umur mula mencecah 25 tahun. Mungkin kerana desakan keluarga...terpengaruh dengan rakan sebaya yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata sedangkan dia masih terkapai-kapai mencari pasangan.. atau mungkin dia bimbang dirinya mendapat title 'andartu'. 

Kita selalu mendengar pepatah "wanita yang baik untuk lelaki yang baik"...maka bersangka baiklah dengan Allah. Ingatlah bahawa semenjak kita berusia 4 bulan dalam rahim ibu, Allah telah menentukan Ajal, Maut, JODOH dan rezeki untuk kita. Yang penting...jangan berhenti untuk terus berusaha dan berdoa kepadanyaNya. Percayalah, pasti...pasti dan pasti calon imam mu akan tiba!


Yakinlah dengan ketentuan Allah..sesungguhnya "Kita merancang, Allah jua merancang TETAPI apa yang dirancang oleh Allah jauh lebih baik dari apa yang kita rancang"!

Contoh yang kukuh ada didepan mata!.

Situasi 1
Masa kecil-kecil dulu ibu ammar bercita-cita nak jadi Guru. Dulu minat sangat dengan seorang cikgu Bahasa Melayu (bukan minat cinta-cinta tu tau....minat cara dia mengajar). So, tiba-tiba bercita-citalah nak jadi Cikgu Bahasa Melayu....cikgu lain tak nak. Hehe...biasalah budak-budak kan. Tapi Malangnya bila dah habis study...isi borang KPLI tak dapat-dapat. Ditakdirkan kerja dekat  Terengganu dan berjumpa dengan si ayah ammar..ada jodoh kahwin, kemudian dapatlah anak teruna kesayangan tu kan.

Situasi 2 
Best friend ibu ammar pulak, Sabariah D'Jumat namanya, berasal dari Sabah. Dapat jadi cikgu, sekali je isi borang KPLI terus diterima jadi cikgu.Cikgu Bahasa Inggeris lagi tu kan. Alhamdulilah...tapi malangnya jodohnya belum sampai.

So apa yang korang nampak dari kedua-dua situasi kat atas tu...Allah Maha Adil kan? 
Ibu ammar dapat rezeki dalam bentuk jodoh...dia pulak dapat rezeki dalam bentuk pekerjaan.Kami yakin bahawa suatu hari ibu ammar akan dapat kerja sesuai dengan kelulusan yang ada dan best friend kesayangan ibu ammar tu pulak akan ketemu jodohnya. Insyaallah : )

"Kun Fayakun" ...kalau Allah kata JADI maka akan JADILAH. Sekiranya jodoh dari Allah telah sampai..sesaat pun tak mampu ditangguh.Be strong kaum hawa!


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome