1 Tahun 4 Bulan


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Usia ammar sekarang dah 1 TAHUN 4 BULAN. 


Banyak benda yang dia telah belajar di usia sekecil ini. Antaranya:

Bila ammar dengar azan di tv dia akan sebut Allah  (dalam bahasa pelatnya), then duduk diam-diam depan tv dan dia akan sujud tanda solat. Bila tengok ammar buat macam tu.. tersentuh hati ni. Insan sekecil itu pun ingin untuk  solat. Allah itu maha besar. Pernah sekali ammar tengah turun tangga then orang azan ammar pun terus nak sujud dekat situ. Adushhh…nasiblah sempat pegang kalau tak tergolek jatuh. 3 anak tangga tu..kalau jatuh mahu bengkak kepala kan.

Ammar suka iklan Bananana dekat TV3 tu, kalau ada iklan cepat-cepat dia berlari untuk tengok. Senyum je memanjang bila dapat nengok. Yang peliknya dia suka iklan tu je, kalau cerita kartun jangan harap nak dilayannya.

Ammar suka dengar bacaan Al-Quran dekat handphone ayahnya. Memang dari ammar kecik bila balik kerja, konpem dah hampir maghrib, ayahnya akan selalu pasang bacaan Al-Quran dalam bentuk mp3. Sekarang ni bila ayah ammar pasang je bacaan Al-Quran , ammar akan ambil handphone tu dan letak rapat-rapat  ditelinganya. 

Ammar ni  terlalu aktif sampai tak boleh nak duduk diam, tapi ada satu benda yang mampu membuatkan dia duduk diam. Makhluk istimewa tu adalah cicak. Hehehe…bila ibu ammar buat-buat panggil cicak konpem dia terus duduk diam-diam di riba ibu ammar. Tapi kadang-kadang ammar ni, dia pulak yang panggil cicak konon-konon untuk takutkan kita. Adushh…ammar oh ammar.

Ammar dah pandai panggil orang sekeliling dengan panggilan yang betul kecuali ibu dan ayahnya. Hehehe…ibu dia dah tukar panggil teh. Why? Coz dia selalu dengar anak-anak saudara panggil Bateh (Mak Teh) kan so dia pun panggil Teh. Dah banyak kali diajar panggil  IBU tapi tetap tak berubah. Ayahnya pulak dia panggil abang. Why? Coz dia selalu dengar ibu ammar panggil abang kan. Hakhak…Nasib badan lah kan. Tapi insan lain Insyaallah betul panggilannya. Ammar dah boleh sebut Tok,Toki,Papa,Abah,Kakak,Abang,Kak Chik, Kak Aisa.

Ammar jugak dah pandai sebut nama binatang. Bila nampak ikan dia akan sebut fish, bila nampak kambing dia akan sebut bekkk. Eh, ni bukan nama binatanglah..ni bunyi binatang. Haha..ye erk? Tersilap pulak. Selain tu bila nampak burung dia akan sebut bird, bila tengok gambar gajah pulak dia akan sebut gajahlah. Hahaha..tapi dalam bahasa pelatnya lah.

Bila dahaga ammar dah pandai mintak air dan bila lapar dia akan mintak ‘acik’ (nasi) atau ‘popok’ (keropok). ‘Popok’ dalam istilah ammar mewakili biskut, snek, keropok keping yang digoreng atau apa sahajalah. Hahaha…semua diistilahkan ‘popok’ oleh ammar.

Bila ammar terasa gatal, well ammar ni kan mangsa scabbies. Dia akan bagitahu cepat-cepat ‘tal’….’bat’. Maknanya dia gatal dan nak suruh letak ubat.

Ammar dah pandai mintak nak dimanja. Bila dia nak tidur…dia akan datang sambil bawak bantal bucuk dan botol susu di mulut then dia akan tarik tangan ibunya. Kalau ibunya sedang basuh pinggan ke, masak ke jangan harap nak suruh dia tunggu sehingga settle kerja-kerja tu coz dia akan tarik tangan sampai kita ikutnya masuk bilik. Oh anak teruna!!!...sweet sebenarnya u oll. Nanti dah ada anak sendiri u oll can feel it.

Bila ammar nak tidur dalam buai..dia akan mintak dengan ibu ammar dan cakap uwai (buai) sambil tunjuk buai dia. Tapi kadang-kadang dia mintak je, bila masukkan dalam buai bukannya dia betul-betul nak pun. Menggeliat nak keluar..memang menguji kesabaran kalau dia buat perangai macam tu kan. Rasa macam nak gigit-gigit je.

Ammar dah pandai amin jugak. Amin tu maknanya bersalam. Tapi cara dia amin pelik sikit, dia tak pandai hulur tangan, dia pandai cium je. Kalau ibu ammar cakap “ammar, cepat amin ki (toki) kita dah nak balik”, kalau kebetulan time tu tokinya tengah berdiri, maknanya dia akan cium kepala lutut toki nya. Mana-mana yang sampai untuk dicium. Hahaha…ammar-ammar. Bila orang suruh dia amin banyak-banyak kali, dia akan cakap bye-bye. Tu maknanya dia dah tak nak amin lagi.

Baru diketahui  2 hari lepas, ammar suka makan roti canai. Kakak sulung yang jaganya bagitahu. Semalam try beli dan tengok respon dia..memang sah dia suka makan roti canai. Buktinya, belum sempat ibu ammar koyakkan kecil-kecil roti canai tu, dia dah ambil dulu. Makan dengan selera….ammar makan roti kosong tanpa kuah. Kalau ibu ammar calitkan kuah dekat roti canai tu walaupun sikit dia dah tak nak.

Di usia 1 tahun 4 bulan..bersyukur sangat-sangat dapat anak sepandai ammar. Doa ibu ammar satu je moga bila dia besar nanti ammar nampak agama itu sesuatu yang besar dalam hidupnya. Ini kerana hanya agama yang mampu menjadi hati yang hitam menjadi terang, insan yang jahat menjadi baik, orang yang jahil menjadi ilmuwan agama. Apa yang mampu dilakukan sekarang dedahkan dia dengan agama walaupun kadang-kadang bingung nak start dari mana kan atau mungkin boleh dijadikan cara didikan ibu dan bapa yang lain. Tengok dan kaji, cara didikan macam mana dan kesannya macam mana.

Kat atas tu gambar ammar yang terbaru,snap semalam time balik dari majlis jamuan raya anjuran company ibu ammar. Tapi gambar sepanjang majlis langsung tak sempat nak ambil, maklumlah setiap saat duk jaga ammar manalah sempat nak bergambar :)

Ok, wassalam.



 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome