Antara ubat penahan sakit gigi vs durian


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Tertekan rasanya bila tiba musim durian gigi mula buat hal....sakit je memanjang.
http://matcuoi.com

Bila hantu durian berada dalam situasi macam ni memang agak tertekan sebab perlu membuat satu keputusan yang amat berisiko dalam hidup. Hehehe...lebih-lebih betul kau ni ek? Gurau jep, tapi cuba you oll bayangkan musim durian datang sekali setahun je, bila dah tiba masa durian tu akan luruh tanpa mampu di sekat. Bila habis durian atas pokok tu maka tamatlah musim durian, sepatutnya ibu ammar boleh menikmati durian tu tanpa rasa was-was tapi malangnya ku tak mampu berbuat demikian SEBAB sakit gigi maka ibu ammar kenalah buat keputusan yang bijak sama ada nak makan durian + tak makan ubat penahan sakit gigi atau makan ubat penahan sakit + tak makan durian yang lazat tahap mabelous tu.  Maklumlah, durian tu panas, mana boleh makan ubat nanti silap hari bulan tak terbangun.




Tapi kalau bau durian terlampau kuat mahu tergugat ketahanan mental ni. Rela je skip makan ubat penahan sakit, sakit pun sakitlah asalkan boleh makan durian yang limited tu. Macam manalah tak tergoda pokok durian tu tepi dapur je, pagi-pagi buah durian yang comel tu tergolek-golek je depan tangga dapur. Kasihan pulak dekat dia kan, takda sapa yang peduli. Dengan berat hati ku melangkah mengambil durian tu sekaligus dengan parang untuk membukanya. Hihihi...lakonan semata-mata betul kan :)

Bila rasa sakit gigi yang baik hati lagi budiman ni datang...terus duduk diam-diam tanpa perlu mengadu pada si suami. Why??? konpem kena marah...kalau marah je tak apa, ni sekali dengan ugutan nak bawak klinik cabut tu. Kalau sebut pasal cabut, maka berdiam diri itu lebih baik dari mengadu bagi ku. Siapa tak takut cabut gigi..macam-macam dah dengar cerita. Sebelum cabut tu..berapa das suntikan doktor cucuk dekat gusi. Adushhh..ngilu. Tak payah pergi..bayangkannya sahaja sudah membuatkan hati gerun.

Sesungguhnya ku akan bertahan sehingga habis musim durian ni. Selepas musim durian, ubat akan dimakan secara berhemah. Hope ammar tak terikut perangai ibunya ni. Sekarang ni ayah ammar yang pening, nanti isteri ammar pulak yang pening. Aikkkkkkkk.....jauh berangan nampak. ammar baru 1 tahun 4 bulan lah, bab isteri tu jauh sangat lagi masanya. 

Kalau cakap bab sakit gigi ni, teringat masa mengandungkan ammar..masa tu pregnant kan ammar 3 bulan gigi sakit. Pergi mana-mana klinik pun tak kira kerajaan mahupun swasta ubat yang diberi hanyalah Paracetamol 500mg. Menderita sangat rasa, nak dapat ubat penahan sakit jangan bermimpilah konpem tak dapat sebab katanya takut effect baby. Siap merayu-rayu lagi dekat doktor nak cabut, tapi hasilnya kita pulak yang kena marah. Tindakan doktor tu betul sebenarnya, ia untuk kebaikan ibu dan anak dalam kandungan. Akhirnya doktor tu pesan agar tampal koyok (yang tampal di kepala bila sakit kepala tu) di pipi (tempat yang sakit), Insyaallah akan berkurangan. Alhamdulillah, dengan izin Nya, sakit reda. Kalau lah ada mana-mana ibu yang merancang untuk pregnant better dicabut mana-mana gigi yang berlubang atau gigi yang goyang tu, nanti dah ada isi dalam perut tu seandainya sakit gigi datang, memang menyesal tak sudah. Sekadar berkongsi pengalaman :)

Ok lah, dah nak pukul 1:30pm..masa untuk rehat. Selamat menikmati musim durian tanpa diganggu rasa sakit gigi yang sentiasa datang tanpa di duga tu. Ingat, sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Moga ia mampu menghapuskan dosa-dosa kecil.Wassalam.






 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome