Raya Puasa 2013


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin semua. Rasanya masih belum terlambat untuk ibu ammar wish ucapan keramat yang layak diucap setahun sekali  dan hanya di bulan syawal. Kalau wish di bulan lain memang orang tak layan lah, siap buat muka tanda soal lagi tu. Hehehe…

Hari ni dah masuk hari ke-11 kita beraya. Alhamdulillah….u oll masih steady kan?  Tak ada yang pening-pening lalat sebab banyak sangat makan kuih raya kan?.  Rasanya tak ada kot…Tapi hari ni konpem ramai yang pening-pening lalat sebab majoriti dah mula bekerja. Pening sebab  malas nak pergi kerja kan..malas nak tengok muka bos yang bagi bonus raya half month je kan. Hahaha.  Sesungguhnya ku amat memahami part bonus half month tu. Sila jangan berdendam dengan bos anda, percayalah sebanyak mana rezeki anda itu sudah ketentuan dari Allah, bukan dari bos anda. Bersyukur…pasti ada ganjarannya, itu janji Allah. Kalau tak rezeki  kita, Insyaallah rezeki anak-anak kita. Siapa tahu..tetiba tahun ni bila dah kumpul duit raya anak-anak jumlahnya jauh lebih banyak dari tahun-tahun lepas kan.

Bila cakap bab raya memang tak kan habis..mudahnya, apa colour tema u oll tahun ni? Kuih raya buat sendiri atau amalkan amalan mulia tunjuk-tunjuk kat kedai  je?  Tahun ni ibu ammar dan family pilih tema turquoise (harap betul ejaannya) + pink. Pink wajib ada okey!.... Kuih raya pulak buat sendiri je. Kenapa buat sendiri? Sebab lebih jimat. Keluarkan budget Rm60.00 berbalang-balang dapat kuih raya, macam-macam jenis plak tu. Kalau tunjuk-tunjuk dekat kedai, paling banyak pun 3 tupperware  je dapat.  Alamatnya, raya kedua hidang kerepak dengan kacang jelah dekat tetamu sebab kuih raya yang 3 tupperware dah habis raya pertama. Sabor jelah yep!

Bila cakap pasal raya…lagi satu benda yang tak boleh tinggal, gambar raya. Semua dah pakai cantik-cantik memang menyesal sampai raya tahun depanlah kalau tak ambil gambar buat kenangan kan. Penting gambar ni tau, kan nanti nak masukkan dalam facebook..upload gambar yang paling cantik, cute dan comel  lepas tu tiap-tiap hari check berapa ramai kawan yang Likes + comment kan. Hahaha…u oll lah tu.

Sekarang jom nengok gambar we oll yang sempat di snap..Insyaallah cantik, cute dan comel. Perasan punya tuan blog!

 
Tahun ni ber-3, tahun depan belum pasti :) 


Botol susu & bantal bucuk ammar memang tak boleh tinggal


 Susah bukan main nak ambil gambar sekeluarga, ammar tak duduk diam. 
Adik yang bersalah dalam hal ni :)


 Dengan ayah tersayang. Mak tak sempat nak bergambar, sibuk kat dapur :)


 Ammar dengan sepupunya...abang long :)


 Masterpiece...gambar tercomel yang mampu di snap :)


 Family kakak tersayang..perfect, ada teruna dan dara. Ibu ammar pun nak sepasang macam ni. Huhuhu :)


  Anak dara manjanya ni memang tak boleh berenggang dengan uminya. Adushhhhh..


 Mok su dan nephew, Abang long. Tahun depan mok su dah beraya dengan keluarga baru. Sobs...sobs.




 Alhamdulillah...akhirnya selesai upload semua gambar-gambar...dah dekat 2 jam menunggu dengan penuh kesabaran. Moga ia kekal menjadi kenangan di sini. Alhamdulillah, selesai berhari raya walaupun hati sedikit terkilan sebab tahun ni hanya sekali je bertawarih...itu pun mintak tolong akak jagakan ammar. Tercapai jugaklah hajat nak pergi tarawih. Bila dah ada anak memang susah nak pergi solat tarawih, so kalau u oll masih anak dara ambil lah peluang yang ada untuk penuhkan solat tarawih coz bila dah kahwin konpem u oll akan rindu time anak-anak dara dulu. Pergi solat tarawih dengan kakak atau adik. 

Lastly,  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.







 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome