ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Alahai...puitisnya tajuk kat atas tu kan. Macam lirik lagu pulak. Apa-apa jelah...nak story tentang anak teruna kesayangan ni .Ammar suka sangat dengan pantai.Dulu masa pregnantkan dia arwah mek kan masih ada, setiap hari jumaat mesti mek ajak pergi pantai santai-santai dekat sana sambil makan keropok lekor.
Bila cucunya keluar....pun sukakan pantai. Sekarang ni...setiap jumaat kalau ada masa mesti bawak ammar jalan-jalan kat pantai. Bukan main happy lagi dia. Tak lekat nak pegang. Dia nak jalan laju-laju seakan-akan kaki tu dia punya. Padahal masih kena bergantung harap dengan ibu. Ammar...oh...ammar, aktif sungguh.Tengok tu!
Pantai Marang ~ 8.12.2012
Last-last...ibunya dah tak larat nak layan. So...dukung laju-laju. Kan dah boleh duduk diam tu :-)
Jangan bimbang sayang..nanti adik dah pandai jalan, pandai tendang bola hari-hari ayah bawak adik pergi pantai. Tak payah ibu pujuk-pujuk macam sekarang :-)