cara tradisional ubati jangkitan cacing




ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Apa petanda perut anak kesayangan anda dijangkiti cacing?
Setahu ibu ammar...antara petandanya ialah:
  • Bayi tidur dalam keadaan tertonggeng
  • Tiada selera makan
  • Tidak lena tidur
  • Sering merengek
  • Najisnya berbau busuk
  • Perut kembung
Menurut Dr. Zubaidi Bin Haji Ahmad, jangkitan cacing adalah 
merupakan sejenis parasit yang boleh hidup di dalam usus,darah dan organ badan. 
Cacing akan masuk ke dalam tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan 
telur cacing yang terdapat pada makanan.
Ini terjadi secara tidak sengaja apabila mereka mengambil 
makanan yang tidak dimasak sempurna. 
Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan 
sebelum makan juga merupakan golongan utama yang menjadi mangsa 
jangkitan parasit cacing.

Telur cacing ini akan menetas di dalam usus kecil dan membesar dengan 
mendapat zat makanan ketika proses penghadaman. 
Cacing dewasa akan mengawan dan buntingakan bergerak ke usus besar 
seterusnya telur cacing akan dikeluarkan melalui najis.
Amat malang jika anak kesayangan anda dijangkiti cacing 
sebelum mencapai umur 1 tahun kerana tiada ubat cacing yang akan diberi 
kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 1 tahun. 

So, sekarang ni ibu ammar nak cadangkan satu cara tradisional 
untuk mengubati jangkitan cacing ni. Caranya ialah:

Ambil pucuk ubi kayu dalam anggaran segemgam gitu. Pucuk jer tau...


kemudian disatukan dengan kapur sireh 


dengan menggunakan telapak tangan sehingga keluar air 
dari pucuk ubi tu dan pastikan ia sebati dengan kapur.

Kemudian disapukan ke perut anak kesayangan anda.Insyaallah mujarab. 
Perlu diingat..kita hanya mampu berusaha, 
Allah jua yang menentukan segalanya. 
So, jangan lupa berdoa pada yang berkuasa :-)

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome