susu lactosa free ubat cirit birit




ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Apa perasaan ibu-ibu semua tatkala anak kecil kesayangan kita mengalami cirit-birit?
Mesti susah hati tahap cipan kan. Serba salah dibuatnya, 
nak bagi makan takut si anak sakit perut lagi, tak bagi makan pasti dia lapar. Aduiiii....pengalaman ammar cirit birit memang memeritkan.

Sebelum bercerita panjang meh kita pakat search 
maksud sebenar cirit birit ni ye ibu2 bapak2. 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Cirit-birit ialah 
satu keadaan di mana kanak-kanak membuang air besar 
lebih kerap dari biasa dan najisnya cair.
Ia boleh disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti 
tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik, 
mengambil makanan dan air yang telah tercemar dan 
keadaan persekitaran yang tidak terjaga dan kotor. 

Dah tahu maksudnya tu, meh plak dengar si ibu ammar nak membebel :-)
2 minggu lepas ammar mengalami cirit-birit yang agak teruk. 
Dalam masa 24 jam, 3-4 kali ammar buang air besar. 
Ibu dan ayah ammar ambil bawa ammar ke klinik, doktor kat situ ada bagi ubat cirit birit. Gembiralah hati ibu dan ayah ammar ni dengan harapan cirit birit ammar hilang. 
Tapi malangnya....selepas 4 hari berlalu, ubat tak pernah miss tau, 
cirit birit ammar tetap berlanjutan. 

Kemudian, kitaorang pergi ke klinik yang sama mengadu 
tentang cirit-birit ammar yang tak pandai-pandai nak stop tu kan. 
Last-last doktor tu syor agar susu ammar ditukar ke susu yang Lactosa Free 
iaitu susu yang tidak mengandungi gula lah kan. 
Balik rumah terus tukar susu ammar cepat-cepat. 
Sungguh excited ibu ammar ni kan. 
So, keputusannya.....dua hari selepas menggunakan susu yang Lactosa Free 
Alhamdulilllah sangat-sangat usus ammar dah sihat. 
Doktor tu pesan....sekiranya dah tak cirit-birit lagi selepas dua minggu 
boleh kembali guna susu yang asal. 

Lupa nak bagitahu susu yang Lactosa Free ni ada dalam pelbagai jenama..
ammar guna yang Dumex. Harga dia RM 22.50. 
Haaaaaaaaaaaa...inilah rupanya.


Kesimpulannya.hehehe,siap ada kesimpulan tu. Macam karangan dah kan. 
Bagi ibu-ibu yang gusar hatinya tatkala anak cirit-birit 
bolehlah try menukar susu baby yek. 

Semoga info ini boleh memberikan manfaat untuk kalian. Salam :-)




 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome