ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Hari ni nak kongsi sesuatu info yang ibu ammar ketemu dekat laman sosial facebook. Mungkin boleh dikongsikan di Blog KeluargaKECILkami untuk manfaat kita bersama ya!
Sekarang ni dunia dah semakin canggihkan...Semua benda mesti cepat dan tangkas.Salah satu yang mendapat tempiasnya ialah dalam penulisan mesej. Ala...mesej dekat telefon Blackberry you tu, Note 2 you tu, Galaxy Y you tu,
(eh!sama dengan telefon ibu ammar lah~ada i kisah? kuang3).
(eh!sama dengan telefon ibu ammar lah~ada i kisah? kuang3).
Kalau tulis mesej mesti nak sehabissssssssss pendek kan. Sampaikan kadang-kadang yang penerima mesej tu bingung kejap sebab nak baca pun tak boleh. Mulalah berteka-teki sambil berkosa kata sendiri untuk lebih memahamikan. Tapi yang tu tak kisah pun sebab tak mendatangkan dosa.Yang kita WAJIB kisahkan mulai sekarang ialah bab memberikan salam ketika tulis mesej tu.
Biasanya apa yang korang tulis dipermulaan mesej sebagai petanda memberi salam?
1. Salam
2. Semekom
3. A'kum
Ini antara yang famouslah kan. Korang budget korang akan dapat pahala lah kan...sebab dengan baik hatinya korang-korang semua juga ibu ammar memulakan sesuatu dengan Salam,Semekom dan A'kum kan.Tapi sebenarnya semua ni silap dan yang paling silap ialah
menyebut perkataan-perkataan pengganti 'Assalamualaikum' ni
tanpa kita mengetahui maksudnya yang sebenar.
tanpa kita mengetahui maksudnya yang sebenar.
Ok. Let's we see maksud-maksudnya.
A'kum bermaksud binatang.
Maknanya bagi siapa-siapa yang selama tulis mesej menggunakan A'kum dekat mak,ayah,abang,kakak,adik,kawan-kawan secara logiknya memanggil mereka semua dengan Binatanglah kan.
Semekom dan Salam bermaksud Celakalah Kamu.
Lagi teruk kan.Contohnya kita tulis mesej ni "Semekom...awak apa khabar?". Bertanya khabar tu dah elok tapi tanpa disedari kita dah sumpah dia awal-awal dengan ucapan "Celakalah Kamu". Nauzubillahminzalik...Jangan main-main tau.
Soooooo...mulai SEKARANG kita gunalah AS SALAM sebagai pengganti kepada ASSALAMUALAIKUM kerana ia tidak membawa apa-apa maksud yang mengjengkelkan.
Maafkan aku Ya ALLAH kerna mengharamkan perkataaan Assalamualaikum Mu yang pada asalnya Halal."Islam itu mudah tapi jangan sampai dipermudah-mudahkan"
Jom kita sama-sama ubah ya :-)