Selamat Hari Lahir mak


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

 14.01.2013 

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada insan yang bernama Zaharah Binti Ismail yang kini berada di Negeri Terengganu. Wah...bagi ucapan ala-ala col Dj radio dekat Hot FM kan :-)

Hehehe....Selamat Hari Lahir yang ke-65 mak. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang sentiasa baik, kebahagiaan yang tiada surutnya, dan rezeki yang melimpah ruah. Aminnnnnnnnnnnnnn....

Harap mak happy!!!
Kitaorang adik beradik mintak maaf sangat-sangat sekiranya ada kekurangan pada majlis ni. Hanya ini yang mampu kami buat mak. Yang pasti...kitaorang sayang mak sangat-sangat.Walaupun dah kahwin...dah ada suami, mak tetap dihati. Tempat kami menumpang kasih dan manja. Tempat kami mengadu bila sakit demam. Kasih sayang mak memang tak kan pernah ada penghujung.

Terima kasih Ya ALLAH kerana menetapkan ku lahir dari rahim wanita ini. Ia seorang ibu amat penyayang yang sanggup buat apa sahaja asalkan anak-anaknya membesarkan tanpa merasa kekurangan walaupun secalit.

Semasa kami kecil, 
Ibu yang mulia ini sanggup bangun seawal 4am membuat kuih baulu untuk dijual, berpanas dengan bara api dan asap sabut kelapa, tidak pernah mengadu tatkala lengannya melecur bila terkena sarang kuih baulu yang panas, berjalan kaki sebelum mentari munculkan diri untuk menghantar kuih sedangkan kami 5 beradik masih lena dibuai mimpi. Tatkala mendapat hasil jualan bukan pakaian cantik mahupun alat solekan untuk dirinya dibeli tetapi longgokan makanan agar anak-anaknya ini tidak lapar. Besarnya pengorbanan mak, mana mungkin kami mampu membalasnya mak.

 Ya ALLAH 
Engkau berilah kami peluang untuk bahagiakan Mak kami sebagaimana dia bahagiakan kami dahulu. Engkau tetapkanlah hati kami untuk terus menyayanginya sebagaimana dia menyayangi kami dahulu. Engkaulah teruskanlah tanam kelembutan dalam hati kami, agar kami sentiasa mengasihaninya dan tidak lalai dari tanggungjawab terhadapnya.

Semoga Muhammad Ammar Muhaimin akan terus menjadi kekuatan kepadaku untuk menyayangi dan merindui Ibuku kerna perasaan kasih dan sayang kita pada anak kita Samalah seperti perasaan Ibu kita menyayangi kita suatu ketika dahulu.
Betul kan?

~ sElaMat HarI LahiR maK ~



 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome