‘ Itu dah memang tugas isteri ‘


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Perihal dalam rumah tangga memang tak akan ada kesudahannya. Keadaan hubungan suami isteri yang suka, duka, suam-suam kuku bab kata orang  saling bersilih ganti. Ada masa ketawa bersama (time bergurau senda), ada masa isteri berduka (semua kerja rumah isteri buat seorang tanpa sedikit pun tergerak di hati suami untuk menolong), ada masa suami berduka (asyik-asyik suami  je drive kereta isteri di sebelah tidur nyenyak di sepanjang perjalanan sebab isteri tak pandai drive, ini normal okey!!!). Hehehe. 

Rata-rata sekarang kedua-dua suami isteri bekerja. Korang rasa dalam situasi dua-dua bekerja ni…siapa yang akan lebih penat? Suami atau isteri?. 

Golongan suami akan jawab:
“Abang  lebih penat sebab seharian di tempat kerja berhadapan dengan pelbagai kerenah orang, dah habis kerja kena pergi ambil awak pulak”

Golongan isteri pula akan jawab:
“Confirmlah sayang yang lebih penat sebab seharian di tempat kerja…kena berhadapan dengan macam-macam hal, balik rumah kena mandikan anak, layan dia sampai dia tertidur, malam pulak tak pernah dapat tidur dengan lena sebab kena bangun buatkan susunya. Bila anak dah lena masak untuk makan malam lagi, gosok baju, ada masa basuh baju, lepas tu kena lipat kain-kain yang dah kering”

Golongan suami tersayang jawab lagi:
“Eh, tu kan dah memang tanggungjawab seorang isteri!”

Bersabar ye wahai sang isteri yang baik hati semua…ini memang jawapan yang normal.

Suami  yang menganggap ‘Itu dah memang tugas seorang isteri’ maka kasihanlah dekat isteri-isteri anda semua. Bayangkan..isteri yang seharian di pejabat, bila balik rumah semua benda nak disettle kan sebelum lewat malam sebab semua kena siap secepatnya untuk pastikan dia ada masa untuk dirinya berehat sebelum bangun balik di awal pagi esok untuk lakukan rutin yang sama. 

Percayalah wahai para suami semua, ia amat memenatkan. Kasihanilah isteri anda..Tak apa nak berehat dengan alasan penat bekerja tapi kalau nampak isteri kelam kabut buat kerja rumah, tolonglah apa yang patut. Jangan bimbang…tak akan jatuh maruah seorang suami jika tolong isteri jemurkan kain atau mungkin sekali sekala masak di dapur. Tolong seikhlas hati kerna kasihankan isteri pasti Malaikat di bahu kanan mencatat pahala untuk anda.




 Isteri adalah anugerah dari Allah untuk kaum lelaki. Bersyukurlah anda dikurniakan seorang isteri. Perlu ingat, masih ramai lelaki di luar sana yang ingin memiliki isteri peneman hidup tetapi belum diizinkan oleh Allah. Sekali anda menghargai isteri anda, pasti dia akan membalas dengan berpuluh-puluh kali penghargaan lain kerna dalam hati wanita telah diciptaan oleh Allah  penuh dengan kasih sayang.
Syurga isteri di telapak kaki mu wahai para suami. Syurga di akhirat belum tentu mereka mampu jejaki, tetapi izinkan lah mereka merasa nikmat syurga berumah tangga di dunia ini. Wallahua’lam 

 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome