Ammar excited naik kereta harga rm0.50


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Dah lama ibu ammar tak story pasal anak teruna kesayangan yang sorang tu, Ammar. Sekarang ni umur dia dah 9 bulan 3 hari. Alhamdulillah...dah besar anak ibu. Dah boleh kahwin...hehehe. "saya ni kecik lagilah ibu...sunat pun belum". 

Di usia ni perangai dia makin pelbagai tau. Dia paling excited naik kereta yang harga rm0.50 tu. Murahnya.....kenapa rm0.50? Sebab bila nak naik kena bank in rm0.50, then baru boleh nak santai lama-lama atas tu kan. Alaaaaaa....kereta yang comel berwarna-warni + ada lagu riang ria + dia gerak ngokngek2 ke depan ke belakang yang selalunya ada dekat pasaraya tu. Setakat ni dekat pasar malam belum ada lagi k...sebab takut Majlis Daerah halau kan. Hehehe.

Mempersembahkan anak teruna yang masih teruna lagi shomelll dan sentiasa tercenyum. Muhammad Ammar Muhaimin bin Muhammad Amrie Firdaus bersama dengan kereta idamannya yang setakat ni belum mampu dibeli oleh ibu dan ayahnya :-)

Happynya anak ibu dapat naik ni ek. 


Orang lain rileks jer naik dia jer yang excited lebih...tak boleh duduk diam.
Tengok tu...stereng pun digigitnya.


Senyuman yang ala-ala malu ni dia hadiahkan dekat awek sebelahnya. Jeles ibu...
Kecik-kecik dah pandai yek. Nak kena gigit ammar ni!



 Jangan jeles ibu...nah amik senyuman versi nganga saya ni. 
Khas untuk ibu!Hehehe.


Melayan kerenah anak memang menggembirakan. Cepat besar ye sayang ibu tak sabar nak ajar adik membaca A B C  dan membilang 1 2 3. Ibu sayang adik sangat-sangat. Adik dan ayah cinta hati ibu sampai bila-bila.


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome