ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Pagi yang indah...cuaca yang terang, hati yang tenang. Tapi menjadi sedikit sedih bila on the way datang kerja tadi tiba-tiba suami tersayang mengimbau kenangan mengiringi van jenazah ibu mertuaku.Disaat suami rancak meluahkan rasa...seakan terpampang skrin yang besar didepan mata ku, ternampak setiap detik disaat pemergian arwah mek (panggilan ibu mertua).
Suatu kenangan yang cuba aku elak dari bercerita sejak pemergian mek kerna aku tahu bila lipatan kenangan ini dibuka satu persatu pasti diakhiri dengan tangisan suami tersayang. Tapi apakan dayaku, tadi dekat traffic light tiba-tiba ada ambulans kecemasan...terus suami tersayang menyatakan "benci tengok ambulans ni, ambulans ni lah yang bawa mek ke Hospital Sultanah Nur Zahirah"..."Tapi yang lebih memeritkan dalam hidup ialah ketika mengiringi van jenazah mek". Aku terus terdiam kerna aku faham suami tersayang belum boleh terima pemergian mek 100% walaupun dah hampir 10 bulan mek telah kembali ke rahmatullah.
Aku ingat lagi...masa mek jatuh sakit, aku mengandungkan ammar 7 bulan. Pada mulanya mek hanya demam biasa..mek dibawa ke Hospital Kuala Berang dan hanya diberi ubat demam serta antibiotik. Mek jenis yang agak susah untuk makan ubat, maka antibiotik tidah dihabiskan sehinggalah sampai ke satu tahap dia demam teruk kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Sesampai di sana pada mulanya dia nampak sihat...dia cuma mengadu tidak dapat makan kerana tiada selera. Tapi doktor ada bagitahu mata mek nampak sedikit kekuningan. Mungkin demam kuning.
Seperti biasa doktor membuat pemeriksaan lanjutan dan tidak menjumpai apa-apa punca. Kemudian mek di scan..masih tidak menunjukkan apa-apa punca. Seterusnya doktor meminta kebenaran untuk memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan untuk melihat keadaan dalamannya. Suami terus sign surat kebenaran. Selepas kamera dimasukkan hasilnya tetap sama, punca tidak diketahui...mek mengadu tak dapat nak makan sebab tekaknya sakit. Kesian mek...kurus sangat-sangat dia time tu.
Tak lama selepas tu mek boleh balik tapi ini bukan petanda mek dah sihat sebab doktor ada jumpa suami tersayang dan menyatakan mek ada masalah hati..tapi belum ada ubat yang sesuai. Di rumah keadaan mek semakin hari semakin teruk. Luluh hati melihat keadaan kesihatan mek yang semakin merosot.
Mek ni sebenarnya seorang wanita yang amat kuat..ayah mertuaku meninggal dunia ketika suami tersayang berusia 10 tahun dan masih ada dua lagi adik perempuan yang berusia 6 & 3 tahun yang kini telah berusia 24,20 dan 17 tahun. Dengan kudrat seorang ibu tunggal, mek menjual nasi lemak dan kuih muih di waktu pagi dan di waktu petang pula menjual pisang goreng. Dia pernah bagitahu dekat aku...bila anak bongsunya tamat sekolah tingkatan 5, dia akan berhenti menjual. Dia ingin berehat sepuas-puasnya tapi belum pun sempat dia berehat Allah telah menjemputnya untuk berehat selama-lamanya.
Petang 25.2.2012 mek tidak sedarkan diri. Selepas azan maghrib habis dilaungkan mek terus dihantar ke Hospital Kuala Berang. Semalaman mek langsung tidak sedarkan diri, keesokan paginya dia dihantar sekali lagi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.Di sana dia tetap tak sedarkan diri sehinggalah seawal 5am pada 27.2.2012 kami mendapat panggilan yang mek dah tiada. Bila kami sampai di hospital mek dah ditutup dengan kain putih. Inna lilla hiwainna lillah hirojiun...
Mek dihantar pulang dengan van jenazah...aku,suami tersayang dan adip ipar naik 1 kereta. Jiwa kosong sekosong jalan ketika itu. Suami tersayang tidak dapat menahan sebak..menangis sepuas-puasnya. Adik ipar di belakang kaku memikirkan tiada lagi tempat untuknya bermanja. Aku hanya mampu menenangkan suami tersayang kerana bimbang hilang tumpuan memandu. Terasa seakan jauh sangat perjalanan tu.
Sesampai dirumah..suami tersayang terus pergi ke kedai tempat mek menjual. Ternampak appront yang mek selalu pakai, terus dia menangis sambil memeluk-meluk appront tu. Tiada lagi dayaku ketika itu untuk memujuknya..dalam keadaan yang sarat mengandung tu, ku kuatkan semangat untuk suami tersayang. Sehinggalah ada sepupu dan kawan-kawannya yang kesian tengok aku agaknya suruh aku naik berehat.
Ramai sangat orang yang datang menziarahi arwah mek...sebab masa hidupnya mek baik dengan semua orang. Dalam jualan pula dia pemurah orangnya...selalu je bagi lebih. Selepas solat zuhur..arwah mek selamat disemadikan.
Kini, tiada lagi seri seorang ibu dirumah tu...tiada lagi masakan seorang ibu...tiada lagi bebelan seorang ibu...dan yang pasti tiada lagi DOA seorang ibu untuk anak-anaknya.
Ada antara hajat mek yang tidak kesampaian salah satunya dia tidak sempat melihat anak bongsunya menjejakkan kaki ke menara gading. Mek juga tak sempat melihat anak kepada anak lelaki kesayangannya ~ Muhammad Ammar Muhaimin.
Bila ammar dah besar sikit...kita dan abang akan bawak ammar melawat kubur mek yek. Sebelum tu...kita nak hadiahkan ni untuk mek dan arwah ayah sekali.
Semoga mek ditempat dikalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala hal pengadilannya di sana.
Al-Fatihah untuk arwah :-)
Al-Fatihah untuk arwah :-)