ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH
Hari yang menceriakan sebab ada key chain cute tergantung dekat handphone serta pen comel di atas meja. Macam berseri-seri pulak pejabat hari ni dengan kehadiran dua ahli baru ni : )
Cakap pasal pen dan key chain...ada something nak share ni! Malam tadi ibu dan ayah ammar pergi ke sebuah pasaraya. Eh....ammar tinggal mana? Dont wory...don't wory. Ammar confirm dibawak sekali. Saje tak nak sebut sebab cerita ni tak melibatkan anak teruna kesayangan tu.
So suprise bila belek-belek kotak kecil yang tergantung di satu sudut pasaraya yang di dalamnya terdapat pen dan key chain...ala-ala 2 in 1 gettew. Harganya sungguh mengejutkan. Sehinggakan ibu ammar tersengeh-sengeh dan terus cari ayah ammar untuk mintak belanja.
Comel tak?comel tak?.......kan ibu ammar dah cakap. COMEL!. Harganya hanya Rm2.90 tau. Murahkan?murahkan?...sila jangan jeles ye. Kalau nak meh pakat ramai-ramai datang Terengganu!
Kalau dekat kedai yang jual handphone tu...key chain macam ni paling murah pun boleh dapat dengan harga Rm8.00 dan pen tu pulak kalau dekat kedai alat tulis biasanya dalam anggaran Rm1.00 ~ Rm 1.50 kan. So kalau ditambah dah jadi Rm9.50. Maknanya ibu ammar dah jimat Rm6.60. Wooooooowwwww...berbaloi-baloi : )
Moral of the story..."Yang cantik tak semstinya mahal, yang mahal tak semestinya cantik"