tips cantikkan kulit wajah dan bagi dia berseri-seri




ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Hari ini ibu ammar nak share tentang tips untuk cantikkan kulit wajah. 
Kadang-kadang mindset kita ni silap. Kalau nak cantik, kalau nak kulit wajah putih,gebu,berseri mesti pakai produk yang mahal-mahal.
Sehinggakan kita terlepas pandang alternatif-alternatif lain yang lebih simple 
untuk kasi kulit wajah nampak cantik dan berseri-seri.

Ok, let's do it!


Antara cara untuk cantikkan kulit wajah ialah:

Cara 1

Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering kemudian 
cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi 
kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka 
anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

Cara 2

Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. 
Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

Cara 3

Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. 
Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut 
kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu 
anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan 
mengelakkan daripada kulit muka kering.

Cara 4

 Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.

Cara 5

Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

  
 Manakala cara untuk naikkan seri wajah ialah:

Cara 1

Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan 
pada wajah lakukan padatiap-tiap pagi 
insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

 Cara 2

Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) 
dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

Cara 3

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

Cara 4

Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu…

SELAMAT MENCUBA YE  SAYANG SEMUA :-)


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome