ammar pengganti jam loceng



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH 

Mata ngantuk...dekat office dah lah tak ada keje nak dibuat. Lagilah menjadi-jadi ngantuk ni. Ni semua ammar punya pasal lah. Eh...eh...sedap mulut nak salahkan anak aku pulak ek!.Hehehehe....Oh...drama...drama...drama :-)

Situasi dekat bilik tidur 
"Adik ammar...awalnya adik ammar bangun sayang.....baru pukul 4:30am ni"...

"Tidurlah sayang"

Ulit-ulit, bagi susu..tetap nak bangun main. Try plak cara lain masukkan dalam buai...setangah jam dodoi mata langsung tak ada ciri-ciri nak terlelap je.

"Abang...bangunlah abang. Main dengan ammar ni. Sian dia". Si ayah ammar bangun sambil mata terbuka 180 darjah sahaja. Hehehe..Tepat jam 6:00am jam loceng ayah ammar berbunyi..Belum pun sempat jam tu berbunyi nyaring cepat-cepat off. 

Ni menunjukkan ammar membuatkan ibu dan ayah sentiasa bangun awal dari jam loceng. Mungkin lepas ni perlu buang sahaja jam loceng tu sebab setiap pagi ammar menjalankan tugasnya dengan baik sekali. 

Sekarang ni ammar dah ada pe'el dia tau. Korang faham tak pe'el tu maksudnya apa. Pe'el ni macam perangai dia lah ek..Kalau kita tak layan dia mulalah dia jerit kuat-kuat. Aduiiiii.......


Mungkin ammar bangun awal sebab rindu nak main dengan ibu dan ayah dia kan..Maklumlah, ibu balik keje pukul 5:30pm. Pergi ambil dia kadang-kadang pukul 6:00pm. Pukul 7:00pm dia dah tidur..masa manalah sempat nak bermanjakan. Sian anak ibu..Tak apa sayang...kalau memerlukan one day ibu perlu berhenti kerja, ibu akan resign demi anak ibu. Huhuhu.

Ibu sayang adik ammar!



 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome