Salah ke kahwin dengan lelaki lebih muda?


Assalamualaikum 

Salah ke kalau berkahwin dengan lelaki yang lebih muda? Apa pandangan korang kalau sesorang wanita berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya? Pasti ada segelintir yang berfikiran kolot memandang negetif tentang isu ini kan. Yang kena tempiasnya pasti si perempuan lah. Ayat standard yang selalu keluar..

"Gatal betul...nak lelaki yang muda-muda je".
"Tak ada lelaki yang lebih tua ke?. Ish-ishhhh".
"Kahwen dengan lelaki muda anak dara si polan tu..dia ingat senang ke kahwin dengan lelaki muda ni".
"Mesti perempuan ni pakai ubat guna-guna"

Yang lebih dahsyattttttttttt!

"Kau tengoklah nanti...tak tahan lama rumah tangga diorang tu!".

Terukkan...setiap kata-kata tu adalah doa. Jadi lebih baik jangan mengeluarkan kata-kata yang buruk...takut Allah kembalikan doa tu pada diri sendiri.

Jom kita bercakap dari pengalaman. Bagi ibu ammar usia bukan lah sesuatu masalah yang besar dalam sesuatu perkahwinan kerana utuhnya sesuatu perkahwinan tu bukanlah bergantung kepada umur pasangan tetapi kematangan dalam mengemudi rumah tangga yang dibina.

Diikutkan ibu ammar juga berkahwin dengan lelaki yang 3tahun lebih muda. Alhamdullillah...setakat ni tiada apa-apa masalah. Ada orang kata bila lelaki muda berkahwin dengan perempaun lebih tua darinya konpem dia akan dicontrol lepas tu kena dengar cakap si isteri. 

Ibu ammar langsung tak sokong statement ni..sebab jika seseorang isteri mengetahui tanggungjawabnya untuk taat pada suami dan patuh pada perintah suami pasti tak akan timbul masalah suami kena control. Walaupun lelaki tu lebih muda tapi dia suami kita maka dia adalah raja di dalam hati kita. Suami harus diutamakan dalam segala hal. 

Ingatlah sesungguhnya dialah yang menanggung segala dosa yang kita lakukan saban setiap hari. Dia juga sanggup melayan setiap kerenah kita walaupun kadang-kadang ia amat memenatkan. Yang lebih penting dia menanggung makan,minum dan pakai kita. Jadi tiada sebab untuk kita ingkar dari mentaatinya.

Menurut kajian lelaki akan matang pada usia 28tahun manakala wanita lebih muda dari itu untuk matang. Ibu ammar tidak mengatakan kajian ini silap tapi usia ayah ammar 24 tahun...namun dia tetap matang dalam melakukan sesuatu keputusan dan mengurus hal ehwal keluarga. Mungkin pengalaman membuatkan dia lebih dewasa dari usia.

Matang yang dimaksudkan ibu ammar:
  1.  Tidak pernah mengabaikan keperluan anak dan isteri
  2.  Setiap kali dapat gaji pamppers,susu,nestum,makanan tambahan ammar menjadi     keutamaan
  3.  Pandai menegur silap isterinya ni (dengan cara yang betul)
  4.  Boleh dibawa berbincang 
  5.  Mengambil berat tentang keluarga mentua
  6.  Bila raya plak ada giliran..tak adalah sampai gaduh2 kan
Bagi ibu ammar ini dah cukup untuk membuktikan umur bukanlah petanda seseorang lelaki tu tidak matang. Ini juga yang diingi oleh setiap isteri dalam perkahwinannya kan.Ok, kalau perangai yang 'gila-gila' tu memang ada tapi sebenarnya itulah pelengkap dalam rumah tangga untuk menjadikan ianya berwarna-warni.Hehehe.

So,siapa-siapa dekat luar sana yang ditakdirkan untuk berkahwin dengan lelaki yang lebih muda jangan takut!. Yakinlah dengan jodoh kita sesungguhnya Allah jauh lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. Wallahua'lam...

Sebelum tu..............upload gambar kahwin dulu.Rindu pulak rasanya :-)






 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome