game dahulu kala yang mendewasakan kita



ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH

Bila mencecah umur 27 tahun dengan status isteri kepada Muhammad Amrie Firdaus bin Shaari dan ibu kepada seorang anak yang comel Muhammad Ammar Muhaimain,  terasa seperti ingin kembali ke zaman kanak-kanak. Ini bukan bermakna alam perkahwinan yang dilalui sekarang tak membahagiakan ya tetapi sekadar mengimbau kenangan lalu.

Zaman kanak-kanak sekarang amat berbeza dengan zaman kanak-kanak dahulu. Amat jauh berbeza ya…boleh dikatakan hampir 80%.  Orang kata ‘dunia dah berubah’ maka zaman kanak-kanak sekarang juga turut berubah. Kadang-kadang apabila melihat kanak-kanak di dunia baru membesar terlintas di fikiran ibu ammar “sungguh rugi korang membesar di zaman sekarang”. 

Kalau semua orang berfikiran seperti anda..mungkin dunia tak kan maju! Terpulanglah kan..setiap orang ada pendapat masing-masing.  Masa zaman kanak-kanak dulu ibu ammar ada ramai kawan..kiranya di kawasan rumah yang umur sebaya akan jadi best friend. Lelaki dan perempuan main sama-sama. Antara permainan yang dikira famous lah kan…hehehe. Ibu ammar gunakan bahasa Terengganu lah yek, hope korang fahamlah.

1.Tol Nusuk 

Permainan ni kalau dalam bahasa standardnya main sorok-sorok tapi dalam dialek Terengganu panggil ‘Tol Nusuk’. Game ni kalau lagi ramai yang main lagi best.. Cara mainnya seorang akan jadi tukang kira yang lain nyorok sesuka hati dekat mana-mana je. Tempat nyoroknya pulak mencabar. Semua tempat sekeliling rumah..kadang-kadang sampai ke rumah jiran sebelah nyoroknya.Hehehe…Dah habis kira..tukang kira ni akan cari orang yang menyorok tu sampai jumpa. Yang paling first dijumpai akan jadi tukang kira pulak..


Budak-budak zaman sekarang ada gak lah yang main tapi parents dah tak bagi main nyorok luar dari dalam kawasan rumah. Bahaya katanya…nanti dibawak lari orang. Terutamanya anak-anak yang perempuankan. Lagi satu main pulak dengan adik beradik je..maklumlah zaman sekarang mana ada lagi budak-budak  yang  datang main kat rumah jiran kan.Kalau game ni main dalam rumah je manelah bestkan..dah boleh agak adik atau abang kita nyorok dekat mana. Hehehe…sungguh tidak mencabar!

2.Lempor Selipar

Korang faham tak permainan apa ni? Ok2..sila jangan marah pada diri sendiri sebab tak faham yek. Let’s me explain. Permainan ni pun sama lagi ramai joint lagi best main. Alatan yang diperlukan hanyalah selipar sahaja.I ni gambaran gamenya...penat i cari dekat tenet tau :-)


Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan. Selipar akan disusun secara berdiri yang berbentuk seakan segi tiga. Pemain akan membaling ke arah selipar yang disusun tu dengan menggunakan selipar jugak sehingga terbalik. Bila dah terbalik pemain tu kena berlari secepat mungkin supaya mencapai satu round sebelum pihak lawan siap menyusun balik selipar yang dah terbalik tadi ke bentuk asal. (Menulis sambil membayangkan zaman kecik-kecik dulu~indahnya kenangan kan).

Budak-budak zaman sekarang dah tak main ni. Diorang main game yang seakan sama tapi tak serupa di tempat tertutup,beraircond,perlu bayar sebelum main dan perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu Bowling. Hehehe..Tu pun bagi kanak-kanak yang mampu mengangkat dan membaling bola bowling tu lah. Kalau tidak...tengok jelah :-)

3. Cepi

Korang tau tak permainan cepi tu apa? Kalau dekat Terengganu, ia merujuk kepada permainan tudung botol tu. Ingat tak zaman kita kecik-kecik dulu kita suka ambil tudung botol kicap mak dekat dapur..siap kena marah lagi tu sebab mak terpaksa tudung kicap guna plastik then ikat dengan getah. Hehehe...Tudung botol tu kena kumpul samapi 5 keping pastu baru boleh main. Selalunya main dengan adik je...2 orang. Tak pun kakak joint sekali..3 orang. Tapi bila kakak joint akan jadi pergaduhan sebab dia lagi pandai main dari kita. So, kita frust...buat muka seposen pastu gaduh. Hehehe...


Tudung botol tu kena simpan elok-elok sebab nanti kalau mak terpijak terus dia buang jauh-jauh. Maknanya lambat lagilah boleh main sebab kena tunggu mak beli kicap seterusnya bulan depan :-)

4. Ziropen

Pelik tak korang rasa nama ni? Ibu ammar pun rasa pelik bila nak tulis. Lucu jer rasa...Ia dipanggil Ziropen sebab setiap kali nak lompat kena sebut "Ziropen" kalau lupa nak sebut giliran dia tu dikira batal. Hehehe.

Permainan Ziropen ni merujuk kepada game yang seurat getah disambung-sambung sampai panjang. Kemudian pemain akan melompat melepasi getah tu. Akan ada 2 orang yang akan tarik getah tu menjadi tegang. Sambungan getah tu mula diletakkan di paras buku lali, then kalau lepas (confirmlah lepas kan..rendah sangat tu) up lagi ke lutut. Seterusnya ke pinggang,dada, telinga, kepala dan atas sekali diangkat melepasi kepala. 


Sapa-sapa yang lepas tahap paling tinggi tu confirm boleh masuk pertandingan lompat tinggi dekat sekolah sebab game ni lebih kurang sama je :-)

Ayah ammar selalu bercerita..masa dia kecil-kecil dulu dia selalu pergi melastik burung dalam hutan dengan member dia. Yang comelnya, arwah ayah mertua selalu ikut senyap-senyap dari belakang untuk pastikan keselamatannya. Ayahnya caring patutlah Muhammad Amrie Firdaus pun caring orangnya. 

Haaaaa....lupa nak bagitahu pernah tengah-tengah ayah ammar story pengalamannya masa kecik, ibu ammar ada tanya "agak-agak abang...ammar boleh merasa pengalaman yang sama macam abang rasa tak?....masuk hutan cari burung". Ayah ammar cakap "sekarang ni hutan tu dah macam tak selamat lagi sebab selalu dengar harimau mengaum"... :-(

Nampaknya ammar tak dapatlah pengalaman melastik burung...tapi pengalaman main game 'angry bird' pasti boleh. Hehehe..

Ok lah semua. Kesimpulannya zaman kecil anak-anak kita tak akan sama dengan kita dulu. Zaman dah berubah, situasi pun berubah tetapi kenangan tetap teguh dalam ingatan.



 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome