Tips menjaga telefon 'touch skrin'


Assalamualaikum semua...

Bila dah ada telefon skrin sentuh ni...ibu ammar bimbang pulak rasanya nak berkasarkan. Maklumlah...skrin dia tu terlalu sensitif. Jadi untuk peringatan diri sendiri...ibu ammar search lah dekat google cara-cara untuk jaga telefon skrin sentuh. Tiba-tiba pulak rasa nak share dekat Blog keluargaKECILkami..Jom kita sama-sama tambah ilmu :-)

Ok, cara-caranya:
  1. Pastikan skrin hanphone dilindungi oleh 'screen protector' supaya skrin telefon kesayangan tidak mudah tercalar. 
      
      2.  Jika ingin menggunakan stylus, sila guna stylus yang telah disediakan. Jangan 
           menggunakan stylus yang sebarangan.


      3.  Elakkan dari menekan skrin sentuh terlalu kuat kerana skrin sentuh amat sensitif  
          dan peka kepada sentuhan.

      4.  Boleh menggunakan kuku untuk menyentuh skrin tapi pastikan kuku tidak tajam dan 
           meruncing. Tapi ibu ammar rasa better jangan guna kuku,gunakan hujung jari lebih 
           selamat.

      5.  Gunakan pelindung sarung handphone supaya tidak terjadi tekanan yang terlalu kuat 
           jika dimasukkan dalam beg @ poket baju.

      6.  Hindari handphone dari medan magnet kerana medan magnet boleh merosakkan 
           skrin.

      7.  Sentuh skrin menggunakan ibu jari. Jangan gunakan jari telunjuk kerana tekanan 
         pada skrin menjadi terlalu kuat.Kalau tak percaya..try buat sendiri dekat handphone 
           skrin sentuh korang.Boleh rasa perbezaannya.

Ok. Babai..


 
Fully Design By Ibu Ammar | For IBU AMMAR 2012 - 2013 ©| Best View: Google Chrome